15/09/2025
PERTANDINGAN E-SPORTS KOMUNITI DAERAH PONTIAN (MOBILE LEGENDS BANG BANG)
AYER BALOI, 14 September 2025 - Pertandingan E-Sports Komuniti Daerah Pontian (Mobile Legends Bang Bang) yang telah dianjurkan oleh Kelab Belia Kg Parit Jawa Sanglang (KBPJ) berkolaborasi bersama Lorkass Esports pada Ahad, 14 September 2025.
Pertandingan ini berjaya mendapat sambutan sebanyak 24 pasukan yang bertanding dimana setiap pasukan diwakili oleh 5 hingga 6 individu. Format pertandingan dijalankan menggunakan format Grouping Swiss Stage dengan 2 kumpulan, melibatkan 12 pasukan setiap kumpulan. Hanya 4 pasukan terbaik daripada setiap kumpulan yang akan mara ke peringkat upper bracket dan lower bracket dan seterusnya berjumpa di final pertandingan. Pertandingan berjalan dengan jayanya, menyaksikan kesungguhan para pemain bermain dan menyajikan permainan menarik dan sengit.
Mobile Legends semakin jadi fenomena di kalangan belia pada masa kini. Bukan sekadar hiburan, ia juga platform untuk mengasah strategi, kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi. Dengan semangat kesukanan dan minat yang tinggi, belia mampu menjadikan e-sport sebagai medium mengeratkan ukhuwah serta membuka peluang ke arah kerjaya digital pada masa depan.