Belia Masjid Perlis

Belia Masjid Perlis Persatuan ini wujud sejak 2009 dan dikenali dengan nama Rakan Muda Masjid (Perlis).

Sekarang persatuan ini merupakan persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Belia & Sukan dan diberi nama baru selaras dengan kehendak kemeterian.

30/01/2026
Tahukah anda, sebelum Persatuan Belia Masjid Perlis berdaftar dengan ROY pada tahun 2013 ia dikenali sebagai Rakan Muda ...
28/01/2026

Tahukah anda, sebelum Persatuan Belia Masjid Perlis berdaftar dengan ROY pada tahun 2013 ia dikenali sebagai Rakan Muda Masjid (Perlis) yang bermula pada tahun 2009.

Ahamdulillah sampai sekarang Persatuan Belia Masjid Perlis masih bergiat aktif dan memainkan peranan dalam memupuk belia yang bergiat aktif dan selari dengan visi dan misi Persatuan ini.

TAHUKAH ANDA BAHAWA 🧐📣Berdasarkan pindaan yang diluluskan, had umur belia kini ditetapkan antaranya 15 hingga sebelum me...
31/12/2025

TAHUKAH ANDA BAHAWA 🧐📣

Berdasarkan pindaan yang diluluskan, had umur belia kini ditetapkan antaranya 15 hingga sebelum mencapai 30 tahun. 

1️⃣Pindaan ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2026. 
2️⃣Ia juga menetapkan bahawa pemegang jawatan dalam pertubuhan belia perlu berumur antara 18 hingga 30 tahun dan tempoh maksimum jawatan ialah empat tahun. 
3️⃣Penetapan ini dibuat selaras dengan Dasar Belia Malaysia yang menyatakan had umur belia diselaraskan kepada 15-30 tahun. 

👉 Jadi, bermula esok, secara rasmi umur belia di Malaysia akan dianggap antara 15 hingga 30 tahun — ini berkuatkuasa kerana Akta pindaan tersebut telah diputuskan untuk dilaksanakan pada tarikh itu.



#2026

✨ DIRGAHAYU TUANKU ✨Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun KeputeraanDuli Yang T...
30/12/2025

✨ DIRGAHAYU TUANKU ✨

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
Raja Muda Perlis.

Semoga DYTM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan oleh Allah SWT serta terus dilimpahi rahmat dalam memayungi negeri dan rakyat jelata.

📅 30 Disember 2025 Bersamaan 9 Rejab 1447H

Sekian, sembah takzim daripada
Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis

📢 HEBAHAN RASMI✨ Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Belia Masjid Perlis Kali Ke-12 ✨📅 30 Disember 2025⏰ 8.30 Malam📍 Googl...
30/12/2025

📢 HEBAHAN RASMI

✨ Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Belia Masjid Perlis Kali Ke-12 ✨

📅 30 Disember 2025
⏰ 8.30 Malam
📍 Google Meet / Bilik Mesyuarat MNAPs

Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk membentangkan laporan, merancang hala tuju persatuan serta memperkukuhkan peranan belia masjid.

🚨 AHLI DIWAJIBKAN HADIR 🚨
Kehadiran anda melambangkan komitmen dan sokongan terhadap masa depan Persatuan Belia Masjid Perlis.



-12

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 🇲🇾✨Tanggal 16 September menjadi detik bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia keran...
15/09/2025

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 🇲🇾✨

Tanggal 16 September menjadi detik bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia kerana inilah tarikh yang menyatukan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu bendera, satu jiwa, satu negara.

Hari Malaysia bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi simbol kepada kekuatan perpaduan, keharmonian dan semangat cintakan tanah air. Marilah kita bersama-sama memelihara nilai kebersamaan, menghargai kepelbagaian budaya, serta terus mengukuhkan ukhuwah demi Malaysia yang makmur dan sejahtera.

Ikhlas daripada,
Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis.

✨📢 Hebahan Jemputan 📢✨Orang ramai dijemput hadir ke Forum Hari Malaysia, Belia Sejahtera: Inspirasi Pemuda Islam yang ak...
13/09/2025

✨📢 Hebahan Jemputan 📢✨

Orang ramai dijemput hadir ke Forum Hari Malaysia, Belia Sejahtera: Inspirasi Pemuda Islam yang akan berlangsung pada:

📍 Masjid Negeri Arau, Perlis
🗓️ Isnin, 15 September 2025
⏰ Selepas Solat Maghrib

Panel jemputan:
👤 Ustaz Muhammad Munir bin Zakaria (Yang Dipertua ABIM Perlis)
👤 Ustaz Shafiy bin Zakaria (Pendakwah Bebas, Guru Takmir JAIPs)

Moderator:
👤 Anaqei Zakwan bin Saifol Zairy (Presiden KOMAPS)

Jom bersama kita raikan Hari Malaysia dengan pengisian bermanfaat, mengukuhkan ukhwah serta membina semangat pemuda Islam yang sejati. 🇲🇾✨

🔖 Semua dijemput hadir!

✨🇲🇾 HEBAHAN & JEMPUTAN 🇲🇾✨Orang ramai dijemput hadir ke Program Hari Malaysia Dirai, Masjid Disemarak – Belia & Mahasisw...
12/09/2025

✨🇲🇾 HEBAHAN & JEMPUTAN 🇲🇾✨

Orang ramai dijemput hadir ke Program Hari Malaysia Dirai, Masjid Disemarak – Belia & Mahasiswa Bersatu Hati 🕌❤️

📍 Masjid Negeri Arau, Perlis
📅 Isnin, 15 September 2025
⏰ 7.30 pagi – 9.00 malam

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! 🎉
✅ Gotong-royong komuniti
✅ Pertandingan mewarna (kanak-kanak)
✅ Pameran agensi kerajaan & NGO
✅ Forum perdana
✅ Sukan komuniti
✅ Pertandingan azan (sekolah rendah & menengah)
✅ Pertandingan mewarna batik
✅Pameran NGO BELIA
✅Jualan Makanan& Minuman

Jom hadir beramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat Kariah Masjid Negeri Arau.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:-

1. Cik Nurul Azlifa - 016-7904487
2. ⁠En. Muhd Ariff - 017-5374213

💫 “Hari Malaysia Dirai, Masjid Disemarak – Belia & Mahasiswa Bersatu Hati”

✨🇲🇾 HEBAHAN & JEMPUTAN 🇲🇾✨Orang ramai dijemput hadir ke Program Hari Malaysia Dirai, Masjid Disemarak – Belia & Mahasisw...
12/09/2025

✨🇲🇾 HEBAHAN & JEMPUTAN 🇲🇾✨

Orang ramai dijemput hadir ke Program Hari Malaysia Dirai, Masjid Disemarak – Belia & Mahasiswa Bersatu Hati 🕌❤️

📍 Masjid Negeri Arau, Perlis
📅 Isnin, 15 September 2025
⏰ 7.30 pagi – 9.00 malam

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! 🎉
✅ Gotong-royong komuniti
✅ Pertandingan mewarna (kanak-kanak)
✅ Pameran agensi kerajaan & NGO
✅ Forum perdana
✅ Sukan komuniti
✅ Pertandingan azan (sekolah rendah & menengah)
✅ Pertandingan mewarna batik
✅Pameran NGO BELIA
✅Jualan Makanan& Minuman

Jom hadir beramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat Kariah Masjid Negeri Arau.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:-

1. Cik Nurul Azlifa - 016-7904487
2. ⁠En. Muhd Ariff - 017-5374213

💫 “Hari Malaysia Dirai, Masjid Disemarak – Belia & Mahasiswa Bersatu Hati”

Salam Maulidur Rasul 1447H 🌸Persatuan Belia Masjid Perlis mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H dengan tema...
04/09/2025

Salam Maulidur Rasul 1447H 🌸

Persatuan Belia Masjid Perlis mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H dengan tema “Membangun Ummah Madani”.

Marilah kita mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam membentuk generasi belia yang berilmu, berakhlak, serta berperanan aktif membangun masyarakat. Semoga semangat perjuangan Baginda menjadi pedoman untuk kita bersama dalam membina ummah yang kuat, bersatu dan sejahtera.

✨ Salam penuh keberkatan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68 🇲🇾Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Persatuan Belia Masjid Perlis merak...
30/08/2025

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68 🇲🇾

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Persatuan Belia Masjid Perlis merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh kesyukuran, semangat perpaduan, dan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air tercinta.

Generasi belia hari ini memikul amanah besar untuk meneruskan perjuangan membina negara yang harmoni, sejahtera dan berdaya maju, selaras dengan semangat MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat serta nilai kemanusiaan.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita semua, tanpa mengira latar belakang, demi Malaysia yang makmur dan berdaulat.

Dirgahayu Malaysiaku!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Persatuan Belia Masjid Perlis


-68

Address

Mercu BMP, Masjid Negeri Arau
Arau
02600

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+60174225771

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia Masjid Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia Masjid Perlis:

Share