Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan GPMS N9 Official Page

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mula ditubuhkan di negara ini pada 14 dan 15 Ogos 1948 di Maktab Teknik, Jalan Bandar @ Hale, Kuala Lumpur hasil kesedaran kepentingan akademik dalam kalangan anak Melayu. GPMS Negeri Sembilan ialah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Belia serta merupakan badan-badan gabungan di bawah Majlis Belia Negeri Sembilan. Page ini dicipta bagi memudahkan ahli-ahli GPMS dan masyarakat untuk mengetahui update bagi program-program yang akan dijalankan oleh GPMS Negeri Sembilan. Media Sosial Rasmi,
Facebook :- https://www.facebook.com/GPMSN9
Instagram :- https://www.instagram.com/gpmsns
Tiktok :- https://www.tiktok.com/
Twitter :- https://x.com/gpmsn9
Whatsapp Channel :- https://whatsapp.com/channel/0029Va8WpANHrDZlqzRtN53D

πŸ‡²πŸ‡Ύ π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ π™ˆπ™€π™‰π™”π˜Όπ™ˆπ˜½π™π™ π™ƒπ˜Όπ™π™„ π™†π™€π˜½π˜Όπ™‰π™‚π™Žπ˜Όπ˜Όπ™‰ 𝙆𝙀-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ69 tahun kemerdekaan bukan sekadar angka, tetapi lambang kepada perjuangan,...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ π™ˆπ™€π™‰π™”π˜Όπ™ˆπ˜½π™π™ π™ƒπ˜Όπ™π™„ π™†π™€π˜½π˜Όπ™‰π™‚π™Žπ˜Όπ˜Όπ™‰ 𝙆𝙀-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

69 tahun kemerdekaan bukan sekadar angka, tetapi lambang kepada perjuangan, pengorbanan dan keberanian generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang bebas dan berdaulat.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyala dalam jiwa anak muda Malaysia untuk bersama-sama membina masa depan negara yang lebih maju, adil dan sejahtera.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Kerana kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi sebuah amanah untuk dipelihara, diperjuangkan dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

Ikhlas daripada,
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan



πŸŒ™π‘Ίπ‘¨π‘³π‘¨π‘΄ 𝑴𝑨𝑼𝑳𝑰𝑫𝑼𝑹 𝑹𝑨𝑺𝑼𝑳 1448𝑯 πŸŒ™Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Ma...
25/08/2026

πŸŒ™π‘Ίπ‘¨π‘³π‘¨π‘΄ 𝑴𝑨𝑼𝑳𝑰𝑫𝑼𝑹 𝑹𝑨𝑺𝑼𝑳 1448𝑯 πŸŒ™

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita menjadikan kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar melalui ucapan, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, ilmu, perpaduan dan amal dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada,
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ο·Ί



✨️JUTAAN TERIMA KASIH BUAT SELURUH PETUGAS DAN JENTERA PRN N9! πŸ™βœ¨οΈSetinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti,...
04/08/2026

✨️JUTAAN TERIMA KASIH BUAT SELURUH PETUGAS DAN JENTERA PRN N9! πŸ™βœ¨οΈ

Setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti, pengorbanan masa, tenaga dan keringat yang telah dicurahkan sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16.

Di sebalik setiap gerak kerja, perjalanan dan kejayaan, tersimpan kesungguhan serta semangat berpasukan yang luar biasa. Segala jasa dan pengorbanan anda amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang.

Terima kasih kerana terus cekal berkhidmat demi amanah dan tanggungjawab bersama.





πŸ—³οΈ TERIMA KASIH KEPADA SELURUH WAGHIH NISMILAN YANG TELAH KELUAR MENGUNDI!GPMS Negeri Sembilan mengucapkan jutaan terima...
03/08/2026

πŸ—³οΈ TERIMA KASIH KEPADA SELURUH WAGHIH NISMILAN YANG TELAH KELUAR MENGUNDI!

GPMS Negeri Sembilan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Waghih Negeri Sembilan yang telah menuunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

Setiap undi anda membawa suara dan menentukan masa depan Negeri Sembilan.
Kepada kesemua wakil rakyat yang dipilih laksanakan tanggungjawab dan berbaktilah kepada rakyat di DUN anda kepada semua, tidak kisah mereka mengundi anda ataupun tidak. Kini tanggungjawab anda melaksanakan tugas πŸ’ͺ

Tahniah diucapkan kepada semua ❀️❀️❀️

Ikhlas daripada,
Pengerusi dan Saf Kepimpinan
GPMS Negeri Sembilan




πŸ“Ί Suara Belia, Aspirasi Negara! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi GPMS Negeri Sembilan, En. Shahrima...
18/07/2026

πŸ“Ί Suara Belia, Aspirasi Negara! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi GPMS Negeri Sembilan, En. Shahriman Ramly atas jemputan sebagai panel program khas sempena PRN Negeri Sembilan di RTM pagi tadi.

Kehadiran beliau bersiaran secara langsung dalam mengupas isu belia membuktikan komitmen berterusan GPMS Negeri Sembilan dalam memperkasakan agenda anak muda. Ini menjadi bukti jelas bahawa kepimpinan dan suara generasi baharu sentiasa relevan dalam memacu masa depan negara.

Syabas dan tahniah! Semoga terus sukses menjadi inspirasi dan membawa suara belia ke peringkat yang lebih tinggi. πŸš€



πŸŽ“βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! NAIB PENGERUSI HEWA GPMS NEGERI SEMBILAN βœ¨πŸŽ“Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Sembilan mera...
15/07/2026

πŸŽ“βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! NAIB PENGERUSI HEWA GPMS NEGERI SEMBILAN βœ¨πŸŽ“

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Nurul Izzah binti Kamsidi, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita GPMSNS atas kejayaan menamatkan pengajian secara rasminya dengan penuh gilang-gemilang dalam Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-17 Tahun 2026.

Semoga kejayaan dalam merangkul Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan berjaya ditauliahkan sebagai Munsyi Siswa ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang dalam mendidik anak bangsa, menyebarkan ilmu serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Teruskan melangkah dengan penuh yakin, amanah dan berintegriti. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk membina generasi masa hadapan yang gemilang.

Ikhlas Daripada :
Pengerusi dan Saf Kepimpinan
GPMS Negeri Sembilan

Belajar Terus Belajar
Berilmu dan Beradat.

πŸ’™ HENTIKAN BULI SIBER. MULAKAN SOKONGAN.Di sebalik setiap akaun media sosial, ada seorang insan yang mempunyai hati dan ...
05/07/2026

πŸ’™ HENTIKAN BULI SIBER. MULAKAN SOKONGAN.

Di sebalik setiap akaun media sosial, ada seorang insan yang mempunyai hati dan perasaan.

Satu komen yang menghina boleh meninggalkan luka yang sukar sembuh. Namun, satu kata-kata semangat mampu mengembalikan harapan.

Jangan menjadi pemerhati.
Jangan menjadi penyebar.

Jadilah individu yang berani untuk:
βœ… LAPORKAN kandungan yang berunsur buli.
🀝 SOKONG mangsa dengan kata-kata positif.
πŸ›‘οΈ LINDUNGI ruang digital agar lebih selamat untuk semua.

Sebelum menaip, fikirkan.
Sebelum berkongsi, pertimbangkan. Sebelum menghakimi, fahami.

Kerana dunia digital yang lebih selamat bermula dengan sikap kita sendiri.

"Satu Komen Mampu Melukakan. Satu Sokongan Mampu Menyelamatkan."

Bersama kita hentikan budaya kebencian dan bina komuniti digital yang lebih beretika, berempati dan saling menghormati.

✨ TAHNIAH BENDAHARI GPMS NEGERI SEMBILAN - SAUDARI PUTRI SHARMINE SHARINA BINTI JOHARIβœ¨πŸ† NAIB JOHAN KATEGORI INDIVIDU WA...
27/06/2026

✨ TAHNIAH BENDAHARI GPMS NEGERI SEMBILAN - SAUDARI PUTRI SHARMINE SHARINA BINTI JOHARI✨

πŸ† NAIB JOHAN KATEGORI INDIVIDU WANITA, ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi Kesyukuran ke Hadrat Allah SWT atas kejayaan Saudari Putri Sharmine Sharina Binti Johari Bendahari GPMS Negeri Sembilan yang juga merangkap Naib Pengerusi Wanita Majlis Belia Daerah Rembau dan juga Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - Rasmi sesi 2021 - 2024 dalam satu pertandingan yang berprestij dalam pengiktirafan peringkat Negeri bagi individu terbaik belia berpersatuan.

Malam penuh gilang-gemilang ini memberi impak kepada kesemua individu-individu yang menyertai Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan tersebut.

GPMS Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Saudari Putri dan kami amat berbangga atas pencapaian yang telah dinobatkan semalam.

Semoga detik-detik pengiktirafan yang penuh kegemilangan itu terus kekal senantiasa menjadi asbab dan pemangkin semangat agar semua individu-individu yang bergiat aktif dalam persatuan belia untuk bersama-sama meneruskan bakti kepada masyarakat Negeri Sembilan.

Dengan kejayaan yang telah dinobatkan itu juga menjadi asbab-asbab kepada kami GPMS Negeri Sembilan untuk senantiasa terus berbakti demi pendidikan anak bangsa khususnya dan masyarakat Negeri Sembilan amnya.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Saudari Putri Sharmine Sharina Binti Johari atas kejayaan beliau.



πŸŒ™βœ¨ Salam Maal Hijrah βœ¨πŸŒ™Semoga tahun baharu hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan hati, dan rezeki yang melimpah. Sem...
17/06/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Maal Hijrah βœ¨πŸŒ™

Semoga tahun baharu hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan hati, dan rezeki yang melimpah. Semoga setiap langkah kita dipermudahkan, setiap doa diangkat, dan setiap usaha diberkati Allah SWT.

Selamat Menyambut Awal Muharam.



πŸŒ™πŸ„π‘Ίπ‘¬π‘³π‘¨π‘΄π‘¨π‘» 𝑴𝑬𝑡𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑬𝑰𝑫 𝑨𝑳-𝑨𝑫𝑯𝑨 1447πŸ„πŸŒ™Seluruh barisan kepimpinan dan warga Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung...
27/05/2026

πŸŒ™πŸ„π‘Ίπ‘¬π‘³π‘¨π‘΄π‘¨π‘» 𝑴𝑬𝑡𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑬𝑰𝑫 𝑨𝑳-𝑨𝑫𝑯𝑨 1447πŸ„πŸŒ™

Seluruh barisan kepimpinan dan warga Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha ini membawa seribu keberkatan, memperkukuhkan nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang dalam diri kita semua. Semoga setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati Allah SWT.

Raikan hari mulia ini bersama insan tersayang dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan. ✨🀍



Address

Ampangan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share