Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Directions Website

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia,
Lot 2424, Jalan Titiwangsa 2,
Taman Bukti, 70400 Ampangan,
N.

Sembilan Darul Khusus

https://linktr.ee/silatcekakmalaysia_N9

https://www.tiktok.com/ Alamat Cawangan
Lot 2424, Lorong Titiwangsa 2, Taman Bukti Setia, 70400 Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

https://linktr.ee/silatcekakmalaysia_N9

Dapatkan Maklumat Silat Cekak Malaysia di cawangan lain;
https://www.silatcekak.org.my/cawangan/

07/08/2026

2 tahun kita menunggu….
Harinya kini menjelang tiba…

Malam ini…
Majlis pelancarannya…

Esok…
Kesemua mereka akan memasuki petak pertandingan….
Sedaya upaya akan mempamerkan yang terbaik!

KWD 11.
USM Pulau Pinang.

06/08/2026

🚩 1 Hari Lagi!

Esok medan perjuangan bermula!

Ayuh kita buktikan bahawa semangat, kesatuan dan keteguhan adalah kekuatan kita.

Jumpa di KWD 2026! PSSCM Ibu Pejabat, terus melangkah! 💪

*MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN KWD11 PSSCM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN*5 Ogos 2026 - Majlis Pelepasan Kontinjen KWD11 PSSCM Ca...
06/08/2026

*MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN KWD11 PSSCM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN*

5 Ogos 2026 - Majlis Pelepasan Kontinjen KWD11 PSSCM Cawangan Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Ogos 2026 sebagai tanda simbolik pelepasan kontinjen yang bakal mewakili negeri dalam Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-11.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PSSCM Cawangan Negeri Sembilan, Tuan Haji Hazaidi bin Osman. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Mantan Yang Dipertua PSSCM Cawangan Negeri Sembilan, Tuan Haji Baharudin bin Mohd Abd Rahim serta Encik Faisal bin Said.

Dalam majlis tersebut, para hadirin diberikan taklimat ringkas berkaitan persiapan kontinjen, di samping penyampaian kata-kata semangat dan amanat kepada semua peserta sebelum simbolik pelepasan pasukan dilaksanakan.

Bagi menghadapi kejohanan kali ini, pasukan demonstrasi dibimbing oleh Saudara Herry bin Julkarim selaku Jurulatih Pasukan Demonstrasi, manakala Saudara Mohamad Taufiq bin A. Aziz bertindak sebagai Penyelaras Pasukan bagi memastikan segala urusan persiapan dan penyertaan kontinjen berjalan lancar.

Kontinjen PSSCM Cawangan Negeri Sembilan akan diwakili oleh dua pasukan iaitu:

* Pasukan Cawangan Negeri Sembilan
* Pasukan Putera Politeknik Port Dickson

Pihak PSSCM Cawangan Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan, jurulatih, penyelaras pasukan, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan persiapan kontinjen. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi pemangkin kejayaan Kontinjen Negeri Sembilan dalam Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-11.

*Steady Negeri Sembilan, Hidup Cekak! 💪*

06/08/2026

🔥 𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐖𝐃 𝟏𝟏🔥

𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 menuju ke Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-11!

Semakin dekat, semakin terasa bahangnya.

🗓 𝟳 & 𝟴 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 & 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)
📍 𝗔𝗿𝗲𝗻𝗮 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗔𝘇𝗺𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺, 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

JUMPA ANDA DI USM!





06/08/2026

Banyak emas perkara emas,
Emas dipakai buat bergaya;
Kalau kita buat bagi kemas,
Juri bagi markah saja saja..

Buat semua pasukan yang akan bertanding dalam acara KWD11 di USM, para juri dan urusetia bertugas.. semoga semuanya dipermudahkan urusan di sempurnakan segala tugasan.

Dari Cawangan Negeri Sembilan akan hadir dengan sebuah bas dan diiringi beberapa buah kereta..

Kita jumpa disana..


#𝑃𝑆𝑆𝐶𝑀

Tahniah kepada YAB Dato' Ismail bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Ke-12.Semoga dikurniakan...
02/08/2026

Tahniah kepada

YAB Dato' Ismail bin Lasim

atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Ke-12.

Semoga dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memimpin Negeri Sembilan ke arah yang lebih maju dan sejahtera.

Daripada
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
Cawangan Negeri Sembilan

Layar dikembang menuju muara,Ombak membelah penuh berani;Menang atau kalah bukan perkara,Ingin bersama bersatu hati.Alan...
25/07/2026

Layar dikembang menuju muara,
Ombak membelah penuh berani;
Menang atau kalah bukan perkara,
Ingin bersama bersatu hati.

Alang alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan;
Alang alang dah nak ke USM,
Kami datang jadi saingan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kontijen PSSCM Cawangan Negeri Sembilan bersedia menggalas amanah di Kejohanan Wajadiri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-11.

Nantikan PASUKAN PUTERA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

"All Star Waghih"

Bertatah keris di pinggang,Langkah diatur menuju medan;Biar gentar tidak dipandang,Biar berani menjadi taruhan. ⚔️🔥⚔️KEJ...
25/07/2026

Bertatah keris di pinggang,
Langkah diatur menuju medan;
Biar gentar tidak dipandang,
Biar berani menjadi taruhan. ⚔️🔥

⚔️KEJOHANAN WAJA DIRI 11⚔️
Satu medan bakal menyaksikan, satu nama bakal kami perjuangkan.

Kini kami mara ke medan juang, membawa nama Politeknik Port Dickson dengan semangat waja dan tekad yang membara.

🔥NANTIKAN KAMI, POLITEKNIK PORT DICKSON! 🔥

Bukan sahaja langkah yang diuji, tetapi semangat juang dan disiplin turut menjadi taruhan dalam mengharungi setiap cabaran menuju kemenangan. ⚔️🔥

Biar Piala dan pingat menjadi taruhan,
asalkan sepinggan nasi kandaq tidak akan dilupakan!🍛





Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangk...
16/07/2026

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta keluarga & KDPB Pemangku Raja Pahang ke Program Kunjungan Muhibbah DiRaja.

Silat Cekak:
Dari Istana ke Jiwa Bangsa.

Silat Cekak:
Adat dijunjung, Daulat disanjung.

Silat Cekak:
Silat DiRaja, Bangsa Berdaulat.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

Address

Dewan Datuk Haji Maideen
Ampangan
70400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share