CFR ZON 7

Directions Contact the organization

CFR ZON 7 "Memahami Aspirasi, Membina Harapan"

11/10/2026

Pemimpin bukan hanya hadir ketika diperlukan, tetapi sentiasa dekat untuk mendengar.

Meet & Greet. Kenali masyarakat, fahami keperluan, bina kepercayaan.

MEET & GREET BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT (2)7 Oktober 2026■ Tomyam Udang Galah (Depan Masjid)Alhamdulillah, berkesempata...
10/10/2026

MEET & GREET BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT (2)

7 Oktober 2026
■ Tomyam Udang Galah (Depan Masjid)

Alhamdulillah, berkesempatan mengadakan pertemuan santai bersama Tok Ketua Jehan Mohd dan komuniti JPKKP Kg Melayu Ampang bagi bertukar pandangan serta membincangkan usaha penambahbaikan kawasan, khususnya dalam menangani ancaman denggi.

Dalam pertemuan ini, saya telah mencadangkan penubuhan Pasukan Sukarelawan Communication for Behavioural Impact (COMBI) di Kg Melayu Ampang sebagai penghubung antara MPAJ dengan masyarakat setempat dalam memperkukuh kesedaran, menggalakkan tindakan pencegahan dan menggerakkan penglibatan komuniti.

Insya-Allah, dengan kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat, usaha membanteras denggi dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.

Kesihatan rakyat tanggungjawab bersama. Pencegahan bermula daripada komuniti.

MEET & GREET BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT (1)3 Oktober 2026■ Restoran Mamak Cafe, Kg Melayu AmpangKadang-kadang, suasana ...
04/10/2026

MEET & GREET BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT (1)

3 Oktober 2026
■ Restoran Mamak Cafe, Kg Melayu Ampang

Kadang-kadang, suasana santai lebih mudah membuka ruang untuk kita mendengar dan berkongsi pandangan.

Pagi ini saya bersama Persatuan Flat Dato’ Ahmad Razali bersarapan sambil berdialog secara santai mengenai isu dan keperluan penduduk setempat.

Alhamdulillah, banyak pandangan yang positif dikongsikan, khususnya berkaitan keselamatan, keselesaan dan kebajikan komuniti.

Tidak perlu menunggu semuanya sempurna untuk kita bermula. Perubahan yang baik bermula dengan keberanian untuk mendengar dan kesungguhan untuk bertindak.

Kalau bukan hari ini, bila lagi?

03/10/2026

Tahniah dan syabas kepada para penganjur, guru-guru, ibu bapa serta semua yang menjayakan program ini.

Teruskan usaha menyemai nilai patriotisme kerana generasi kecil hari ini adalah pewaris Malaysia pada masa hadapan.

Kecil langkahnya, besar semangatnya.
Merdeka jiwanya, teguh negaranya.

1 Oktober 2026■ Flat Dato Ahmad RazaliHari ini melangkah bersama anak-anak kecil dalam Merdeka Walk di bawah Tadika KEMA...
02/10/2026

1 Oktober 2026
■ Flat Dato Ahmad Razali

Hari ini melangkah bersama anak-anak kecil dalam Merdeka Walk di bawah Tadika KEMAS. Langkah yang mungkin kecil, tetapi membawa makna yang besar buat masa depan negara.

Empat buah tadika KEMAS mengambil bahagian, melibatkan hampir 100 orang murid bersama ibu bapa. Suasana penuh keceriaan, kebersamaan dan semangat cintakan tanah air jelas terasa sepanjang program.

Inilah wajah Malaysia yang kita mahu bina anak-anak yang membesar dalam suasana perpaduan, ibu bapa yang sentiasa menyokong, dan masyarakat yang bergerak bersama.

Tahniah dan syabas kepada para penganjur, guru-guru, ibu bapa serta semua yang menjayakan program ini. Teruskan usaha menyemai nilai patriotisme kerana generasi kecil hari ini adalah pewaris Malaysia pada masa hadapan.

01/10/2026

Biar kecil nilainya, besar manfaatnya.
Budi disemai, masyarakat disantuni.

27 September 2026■ Flat PKNS Jalan 4M, Ampang JayaHari ini saya berkesempatan menyerahkan sumbangan sebuah printer kepad...
28/09/2026

27 September 2026
■ Flat PKNS Jalan 4M, Ampang Jaya

Hari ini saya berkesempatan menyerahkan sumbangan sebuah printer kepada Persatuan Penduduk Jalan 4M untuk kegunaan pengurusan dan urusan berkaitan penduduk setempat.

Mungkin nilainya tidak seberapa, namun saya percaya setiap sumbangan yang diberikan dengan niat untuk memudahkan urusan masyarakat pasti membawa makna yang besar.

Kemudahan yang kecil, jika dimanfaatkan dengan sebaiknya, mampu membantu persatuan bergerak lebih lancar dalam menyantuni dan mengurus keperluan komuniti.

26/09/2026

Kepada anak-anak semua, jadilah generasi yang berilmu, berdisiplin, berakhlak dan mempunyai jati diri yang kukuh. Kalian adalah pewaris masa depan negara.

"Membentuk buluh biarlah dari rebungnya."

22 September 2026■ SK AmpangSaya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah, para guru serta anak-anak mu...
25/09/2026

22 September 2026
■ SK Ampang

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah, para guru serta anak-anak murid atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan.

Dalam ucapan perasmian penutupan saya ada mengatakan Bulan Kebangsaan bukan sekadar tentang mengibarkan Jalur Gemilang atau mengingati tarikh kemerdekaan. Lebih daripada itu, ia adalah kesempatan untuk kita menghayati erti kemerdekaan, menghargai pengorbanan generasi terdahulu dan menyemai rasa cinta serta tanggungjawab kepada tanah air.

Terima Kasih kepada pihak SK Ampang atas jemputan untuk bersama-sama dalam Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia Tahun 2026 pada hari yang penuh bermakna ini.

Address

Pejabat Ahli Majlis, JKP MPAJ Zon 7, Dewan Kg Sri Tanjung, Kg Melayu Ampang
Ampang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CFR ZON 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CFR ZON 7:

Shortcuts

Share