Ampang Juara

Ampang Juara Seputar aktiviti dan program Ampang Juara

Program Kembara Korban Ampang Juara telah berlangsung dengan jayanya menerusi  ke lima lokasi sekitar Ampang. Program in...
27/05/2026

Program Kembara Korban Ampang Juara telah berlangsung dengan jayanya menerusi ke lima lokasi sekitar Ampang. Program ini dihadiri oleh Daing Muhammad Reduan selaku Pegawai Khas Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Ketua Cabang Keadilan Ampang bersama para sukarelawan dalam menyantuni masyarakat sempena Aidiladha.

Program ini bukan sahaja membantu komuniti setempat dari sudut kebajikan, malah turut mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Salam Aidiladha 1447H Dalam semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dibawa Aidiladha, marilah kita bersama memperkukuh ...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Dalam semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dibawa Aidiladha, marilah kita bersama memperkukuh nilai perpaduan, kasih sayang dan kebersamaan demi masa depan masyarakat yang lebih baik.

Semoga ibadah korban tahun ini menjadi simbol keprihatinan, pengorbanan dan tanggungjawab kita terhadap agama, bangsa serta negara.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Selamat kembali ke tanah air buat para peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.Terima kasih atas keberanian d...
24/05/2026

Selamat kembali ke tanah air buat para peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.

Terima kasih atas keberanian dan usaha dalam membawa suara solidariti buat Palestin. Semoga segala pengorbanan ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus peduli dan bersatu demi kemanusiaan.

Alhamdulillah, program Semarak Kasih anjuran JKP Zon 12 berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik darip...
02/05/2026

Alhamdulillah, program Semarak Kasih anjuran JKP Zon 12 berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Daing Reduan, Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Tuan Hasrolnizam, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), serta Tengku Zafrul Aziz.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga ukhwah terus erat, komuniti terus diberkati.

Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Majlis Aidilfitri Madani DUN Lembah Jaya 2026 Meriah dengan kehadiran penduduk set...
18/04/2026

Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Majlis Aidilfitri Madani DUN Lembah Jaya 2026

Meriah dengan kehadiran penduduk setempat yang datang bersama keluarga, jelas terasa semangat kebersamaan dan ukhuwah yang erat dalam komuniti

Semoga sambutan seperti ini terus mengeratkan silaturahim dan membawa keberkatan

19/03/2026

Alhamdulillah, antara momen Program Semurni Aidilfitri semalam

Di penghujung Ramadan, kita teruskan tradisi Mantai — berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim dalam komuniti.

Seramai hampir 600 penerima telah disantuni melalui agihan dari rumah ke rumah serta penyerahan kepada wakil (PIC).
Sedikit rakaman untuk kita kongsi bersama — semoga setiap usaha ini memberi makna buat mereka yang menerima.

Terima kasih kepada semua yang terlibat

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Program Semurni Aidilfitri .Kita bersama-sama menghidupkan tradisi Mantai — ...
18/03/2026

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Program Semurni Aidilfitri .

Kita bersama-sama menghidupkan tradisi Mantai — bukan sekadar agihan daging, tetapi satu amalan berkongsi rezeki, mengeratkan silaturahim dan menyemai semangat kebersamaan dalam komuniti.

Agihan dilaksanakan dari rumah ke rumah serta penyerahan kepada wakil (PIC) bagi memastikan sumbangan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Mungkin kecil pada kita, tetapi besar maknanya buat mereka.
Semoga setiap rezeki yang dikongsi ini membawa kegembiraan, keberkatan dan manfaat kepada semua 🤲✨

Address

Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30

Telephone

+60342889197

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ampang Juara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ampang Juara:

Share