23/11/2025
Suasana sesi di Flat Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu, 22 November 2025
Sesi kelas berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 tengah hari dengan pelbagai aktiviti menarik dijalankan.
Aktiviti yang dilaksanakan adalah termasuk permainan Booklets (Mathematics) serta aktiviti menyemak dan menyiapkan modul English dan Mathematik
Untuk sesi kelas kali ini, kehadiran pelajar sedikit rendah kerana ramai yang terlibat dengan program di sekolah serta urusan keluarga.
Kelas terakhir bagi sesi 2025 akan diadakan pada minggu hadapan. Maklumat mengenai sesi 2026 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Nota kaki :-
----------------
Program Kelas Rakyat bagi tahun 2025 merupakan hasil kolaborasi antara Projek Iqra' dan Tim Pemuda Gema Negeri Sembilan, yang bersama-sama menjayakan program ini untuk lokasi Nilai.
Peluang menjadi sukarelawan masih dibuka.Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Encik Safuan (WhatsApp: 013-645 7421)