PWB DUN Bukit Antarabangsa

PWB DUN Bukit Antarabangsa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PWB DUN Bukit Antarabangsa, Community Center, NO 2, TASIK AMPANG, Plaza FLAMINGO, LOT G-0-3, GROUND FLOOR, Ampang.

25/11/2025

23.11.25

Program “Empower with Beauty : Keanggunan Milik Semua" petang semalam memang super meriah! 🎉💄Lebih 50 peserta join belajar makeup asas — semua pulang dengan ilmu & keyakinan baru! ✨

Terima kasih YB Tuan Kamri Kamarudin atas sokongan, dan terima kasih juga kepada semua peserta & AJK yang memeriahkan program ini. You all are amazing! 🌸💖





23 November 2025 | “Empower of Beauty: Keanggunan Milik Semua”Program penutup tahun 2025 anjuran PWB DUN Bukit Antaraban...
25/11/2025

23 November 2025 | “Empower of Beauty: Keanggunan Milik Semua”

Program penutup tahun 2025 anjuran PWB DUN Bukit Antarabangsa dengan kerjasama Wanita Keadilan Ampang berlangsung dengan begitu meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan!

Turut hadir memberikan sokongan penuh, ADN Bukit Antarabangsa, YB Tuan Kamri Kamarudin, yang bersama-sama meraikan para peserta dalam sesi pembelajaran teknik solekan asas untuk kegunaan harian. Ilmu yang dikongsikan bukan sahaja meningkatkan kemahiran, tetapi juga menambah keyakinan wanita untuk tampil cantik setiap masa.

Dengan kehadiran lebih 50 peserta, program ini jelas mendapat tempat di hati golongan remaja, ibu-ibu suri rumah serta pelbagai lapisan masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar (MUA) puan Neela Kannapan , semua peserta yang meluangkan masa hujung minggu bersama kami. Tidak dilupakan, penghargaan khas buat barisan AJK yang banyak membantu menjayakan program ini. 🌸✨





💄✨Jemputan Eksklusif untuk Komuniti Ampang! 💄✨Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Nak belajar makeup yang simple, cantik, ...
18/11/2025

💄✨Jemputan Eksklusif untuk Komuniti Ampang! 💄✨

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nak belajar makeup yang simple, cantik, dan sesuai untuk harian?

Jom sertai "Program Empower With Beauty: Keanggunan Milik Semua" — bengkel solekan santai yang akan bantu anda tampil lebih yakin dengan teknik mudah dan praktikal! 🌸

*📅 Ahad, 23 Nov 2025*
*🕑 2.00 ptg – 5.00 ptg*
*📍 Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Antarabangsa*
*Tingkat Bawah, Plaza Flamingo, Jalan Hulu Kelang, Ampang, Selangor*
https://share.google/7kE89vGokuhFE6YDn

*✨ PENDAFTARAN PERCUMA!*
Tempat sangat *TERHAD* — rebut peluang ini sebelum penuh!

👉 Daftar sekarang:
https://forms.gle/b95TaBfB7CCAmPLj8

Datanglah bersama kawan, jiran atau keluarga — kita belajar, berkenalan, dan serlahkan keyakinan bersama! 💖

Jumpa anda di sana!




16 NOVEMBER 2025 | DECOUPAGE TUDUNG SAJI | PKM DUN BKT ANTARABANGSAProgram "Cantik di Dapurku: Decoupage Tudung Saji" an...
17/11/2025

16 NOVEMBER 2025 | DECOUPAGE TUDUNG SAJI | PKM DUN BKT ANTARABANGSA

Program "Cantik di Dapurku: Decoupage Tudung Saji" anjuran PWB DUN Bukit Antarabangsa telah berlangsung dengan suasana yang sangat meriah. Program ini turut dihadiri oleh YB Tn. Kamri Kamarudin, ADN Bukit Antarabangsa serta dua orang pegawai dari UPEN yang bersama-sama menyertai komuniti.

Melalui aktiviti decoupage tudung saji ini, para peserta bukan sahaja dapat menyerlahkan kreativiti masing-masing, malah seni ini juga berpotensi untuk menjana pendapatan apabila diusahakan dengan konsisten dan berstrategi.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan AJK PWB yang telah berusaha menjayakan program ini. ✨💐




🌸 PROGRAM CANTIK DI DAPURKU: DECOUPAGE TUDUNG SAJI🌸Assalamualaikum & Salam SejahteraPusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Bukit...
09/11/2025

🌸 PROGRAM CANTIK DI DAPURKU: DECOUPAGE TUDUNG SAJI🌸

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Bukit Antarabangsa menjemput semua wanita hebat yang gemar berkreativiti untuk menyertai program istimewa:

🎨 "Cantik Di Dapurku: Decoupage Tudung Saji"

Mari kita serikan dapur dengan sentuhan seni dan kreativiti anda sendiri! 💐✨

📅 Tarikh: Ahad, 16 Nov 2025
🕑 Masa: 2.00 ptg – 5.00 ptg
📍Tempat: Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Antarabangsa*
Ground Floor, Plaza Flamingo, Jalan Hulu Kelang, Ampang
📍 https://share.google/MUP5wHCxtBOlR9LWJ

💰 Penyertaan: PERCUMA!
👩‍🎨 Tempat adalah TERHAD– siapa cepat, dia dapat!

✨ Daftar sekarang di pautan berikut:
👉 https://forms.gle/rvUpaKXV6KC7yjfd6

Jangan lepaskan peluang untuk belajar seni decoupage* sambil beramah mesra dengan komuniti setempat!

Kehadiran dan sokongan puan-puan amatlah kami hargai 💕

Program “Kembali Bertemu Ilahi: Panduan Pengurusan Jenazah Muslimat”📅 Sabtu, 25 Oktober 2025📍 Surau Sri Impian, Ukay Per...
26/10/2025

Program “Kembali Bertemu Ilahi: Panduan Pengurusan Jenazah Muslimat”
📅 Sabtu, 25 Oktober 2025
📍 Surau Sri Impian, Ukay Perdana

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan rahmat-Nya, program “Kembali Bertemu Ilahi: Panduan Pengurusan Jenazah Muslimat Bersama Komuniti Setempat” yang dianjurkan bersama Surau Sri Impian, Ukay Perdana telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir — para peserta, fasilitator, ahli jawatankuasa, serta seluruh warga komuniti yang telah meluangkan masa, memberi sokongan dan turut sama menjayakan program ini dari awal hingga akhir. Kehadiran dan semangat anda semua benar-benar menceriakan suasana serta menambah keberkatan dalam majlis ilmu ini.

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang dikongsikan hari ini dapat dimanfaatkan serta diamalkan bersama, insya-Allah.
Moga juga ukhwah yang terjalin antara kita terus kukuh dan diberkati Allah SWT.

Terima kasih sekali lagi atas kerjasama dan sokongan semua.






20 OCTOBER 2025✨ Selamat Menyambut Deepavali | தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள் ✨Semoga cahaya Deepavali membawa sinar kebahagiaan...
19/10/2025

20 OCTOBER 2025

✨ Selamat Menyambut Deepavali | தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள் ✨

Semoga cahaya Deepavali membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kejayaan dalam hidup anda. Raikan perayaan ini dengan penuh keceriaan bersama yang tersayang.

Setiap cahaya yang dinyalakan adalah simbol harapan untuk dunia yang lebih baik. Marilah kita menjadi penyebar cahaya dalam kehidupan diri kita sendiri dan orang lain.

**Deepavali Nal Vazhthukal!** 🪔

Address

NO 2, TASIK AMPANG, Plaza FLAMINGO, LOT G-0-3, GROUND FLOOR
Ampang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PWB DUN Bukit Antarabangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share