Masjid Darul Ehsan Official

Masjid Darul Ehsan Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Darul Ehsan Official, Community Organization, Jalan 12, Ampang.

WAJIB IZIN PESERTAAsal daging, kulit, lemak, tulang dan seluruh bahagian haiwan korban sunat adalah milik peserta korban...
27/05/2026

WAJIB IZIN PESERTA

Asal daging, kulit, lemak, tulang dan seluruh bahagian haiwan korban sunat adalah milik peserta korban. Maka tidak boleh digunakan, dimakan atau dimasak oleh orang lain tanpa izin pemiliknya.

Imam al-Nawawī رحمه الله menyebut:

> “الأُضْحِيَّةُ تَمْلِيكٌ لِلْمُضَحِّي، يَتَصَرَّفُ فِيهَا كَيْفَ شَاءَ”

Maksudnya: “Haiwan korban itu menjadi milik orang yang berkorban, maka dia berhak melakukan apa yang dia kehendaki padanya.”

Al-Majmūʿ Sharḥ al-Muhadhdhab

Bahkan para fuqaha menyebut bahawa tulang juga termasuk bahagian yang dimiliki peserta korban.

Dalam kitab I‘ānat al-Ṭālibīn disebut:

> “وَيَحْرُمُ التَّصَرُّفُ فِي شَيْءٍ مِنْهَا بِغَيْرِ إِذْنِ الْمَالِكِ”

Maksudnya: “Haram melakukan sebarang urusan terhadap mana-mana bahagiannya tanpa izin pemilik.”

I‘ānat al-Ṭālibīn

Justeru, jika tulang korban hendak dimasak beramai-ramai untuk dibuat sup selepas sembelihan, maka hendaklah dengan persetujuan peserta-peserta korban terlebih dahulu. Jika mereka reda dan mengizinkan, maka harus dan tiada masalah.

Namun jika diambil terus tanpa izin atau hanya dianggap “adat biasa program korban”, sedangkan ada peserta tidak reda, maka itu termasuk mengambil hak orang lain tanpa izin.

Tambahan p**a ada peserta yang memang mahu membawa balik tulang, kepala, perut atau bahagian tertentu untuk keluarga mereka sendiri. Maka pihak pengurusan tidak boleh menganggap semua peserta pasti reda.

Sebab itu para ulama menyebut kaedah:

> “لَا يَجُوزُ التَّصَرُّفُ فِي مَالِ الْغَيْرِ إِلَّا بِإِذْنِهِ”

Maksudnya: “Tidak harus melakukan sebarang urusan terhadap harta orang lain melainkan dengan izinnya.”

Al-Asybah wa al-Naẓāʾir

Nasihat kepada peserta korban juga:

Jika seseorang memang sangat berkira setiap bahagian korban — tulang pun mahu dikira satu persatu, sup pun tidak mahu dikongsi langsung — maka lebih baik dia urus korban sendiri atau buat korban secara persendirian.

Program korban beramai-ramai biasanya berjalan atas semangat tolong-menolong, ihsan dan saling reda-meredai sesama peserta. Jangan sampai perkara kecil akhirnya menimbulkan sangka buruk, pergaduhan dan hilang keberkatan ibadah korban itu sendiri.

Namun dalam masa yang sama, pihak pengurusan juga wajib amanah menjaga hak peserta dan tidak mengambil mudah dengan alasan “sudah biasa buat macam ni”. Hak tetap hak. Reda tetap perlu diminta.

Wallahu a‘lam.

Mohd Hazri al-Bindany

Address

Jalan 12
Ampang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darul Ehsan Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share