Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Page PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA merupakan page rasmi PSSGM Kebangsaan yang telah dijenamakan semula pada tahun 2018 lagi.

Pendaftaran PSSGM Kebangsaan diakui sah oleh ROS dan PESAKA Malaysia sebagai badan asal Gayong Malaysia

๐ŸŒ™ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhโœจ Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin โœจDengan hati yang berat...
25/03/2026

๐ŸŒ™ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

โœจ Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin โœจ

Dengan hati yang berat, kami ingin berkongsi satu berita yang menyentuh perasaanโ€ฆ

Seorang sahabat kita,
๐Ÿค Cikgu Yana (Perlis) โ€“ adik beradik kita, wasit juri dan juga cikgu silat,
telah diuji dengan musibah rumah terbakar dalam bulan Syawal ini.

Ujian ini pastinya sangat berat untuk beliau dan keluargaโ€ฆ

๐Ÿ’” Justeru, kami menyeru kepada sahabat semua,
marilah kita bersama-sama menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung.

๐Ÿคฒ Semoga setiap sumbangan kita menjadi asbab kebaikan dan ganjaran berlipat ganda di sisi Allah.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun beliau melalui QR yang disertakan di bawah.

๐Ÿ™ Sama-sama kita doakan agar Cikgu Yana diberi kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan.

โ€œRingan sama dijinjing, berat sama dipikul.โ€

Terima kasih atas keprihatinan semua โค๏ธ

Video kebakaran rumah diruangan komen.

26/01/2026

๐™†๐™€๐™‡๐™€๐˜ฝ๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™…๐˜ผ๐™ ๐™„๐™‡๐™ˆ๐™

Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู ู„ูู„ู’ุนูŽุงู„ูู…ู ู…ูŽู†ู’ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุงู„ู’ุญููŠุชูŽุงู†ู ูููŠ ุงู„ู’ุจูŽุญู’ุฑู
Maksud :"Sesungguhnya akan memintakan ampun untuk seorang alim, makhluk yang berada di langit dan di bumi sehingga ikan hiu di dasar laut."

(Sunan Ibn Majah, 235 - dinilai sahih)
-----------------------------------------
# Orang berilmu memberi manfaat kepada makhluk lain melalui bimbingan dan hidayah, sehingga makhluk turut mendoakan kebaikan kepadanya. Orang berilmu tidak semestinya berilmu tinggi, memadai ilmu dalam bidangnya yang bermanfaat.
# Doa makhluk di langit dan bumi menunjukkan manfaat ilmu itu luas. Ia menjadi bukti bahawa ilmu yang dihayati akan beri kebaikan pada masyarakat dan juga alam melalui pengurangan kerosakan, kezaliman dan pencemaran.
# Sehingga ikan di laut pun beristighfar kerana manfaat ilmu itu sampai kepada sistem kehidupan air juga. Hadis mengajar bahawa keserakan ilmu memberi natijah duniawi dan ukhrawi, dan amal ilmu memberi pulangan pahala selepas kematian.

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN PERKUKUH HALA TUJU MELALUI MESYUARAT AGUNG TAHUNANAMPANG, 10 Januari 20...
10/01/2026

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN PERKUKUH HALA TUJU MELALUI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

AMPANG, 10 Januari 2026 . Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) hari ini telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bertempat di Dewan Datoโ€™ Adiwijaya, Wisma Gayong, Ampang.

AGM berlangsung dalam suasana tertib dan harmoni, dengan penyertaan ahli yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap perjalanan persatuan. Sepanjang mesyuarat, pelbagai usul telah diperbincangkan dan dipersetujui secara bersama demi memperkukuh hala tuju pertubuhan, merancang keutamaan gerak kerja, serta memastikan kesinambungan perjuangan silat dan pembangunan ahli terus diperkasa.

Dalam sesi pemilihan, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu telah dipilih bagi menerajui pentadbiran dan program pertubuhan untuk penggal semasa. Pada masa yang sama, Yang Dipertua, Tuan Haji Mohamed Faid bin Musa, DSM, PJK, turut berjaya mempertahankan jawatan tersebut berdasarkan keputusan bersama semua perwakilan.

โ€œSalam. Alhamdulillah selesai AGM kita. Terima kasih kepada semua yang memberi komitmen semasa AGM diadakan. Tahniah kepada semua AJK yang terpilih. Marilah kita sama-sama majukan PSSGMK lebih cemerlang dan terbilang,โ€ kata Yang Dipertua, Cikgu Tuan Haji Mohamed Faid bin Musa, DSM, PJK.

PSSGMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang hadir dan menyumbang tenaga, idea serta kerjasama sepanjang AGM berlangsung. Persatuan turut menyeru seluruh ahli agar terus bersatu hati, memperkukuh disiplin, memperluas latihan serta program pembangunan, di samping mempertingkat imej pertubuhan melalui aktiviti yang tersusun dan bermanfaat kepada masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberi kerjasama dalam program gotong-royong membersihkan kawasan Wisma ...
04/01/2026

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberi kerjasama dalam program gotong-royong membersihkan kawasan Wisma Gayong pada 4.1.26 (Ahad), jam 9.00 pagi. Kehadiran dan semangat anda semua sangat dihargai. Sama ada yang bawa peralatan, yang bertungkus-lumus membersih, angkat, sapu, cangkul, atau kemas kawasan. Semuanya membantu melancarkan kerja.

Alhamdulillah, dengan kerjasama kita, kawasan Wisma Gayong jadi lebih bersih dan selesa. Terima kasih juga kepada yang membantu penyediaan makan tengah hari.

Kalau kita tidak bersihkan, siapa lagi. Yang penting kerjasama dan semangat muafakat. Jumpa lagi dalam program seterusnya.

Address

Rumah Gayong, Lot 175, Jalan F, Kampung Pandan
Ampang
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan:

Shortcuts

Share