10/08/2026
Ada yang tanya info nak ziarah Shahir. Buat masa ini isteri beliau maklumkan bahwa pihak Shahir dan keluarganya mohon maaf tidak menerima orang untuk ziarah kerana keadaan Shahir yang lemah selepas kimo terapi dan juga imun badan yang lemah.
Beliau baru sahaja Masuk ke wad bagi prosedur memasang chemo port.
Mohon doakan agar kondisi badan dan bacaan darah beliau OK untuk prosedur tersebut dan seterusnya untuk meneruskan rawatan kemoterapi.
Bagi yang ingin Menyumbang buat Shahir boleh Salurkan kepada pihak yang telah mendapat kebenaran dari pihak Shahir & keluarganya iaitu Glokal Ihsan.
Sebagai jurukamera PROmediaTAJDID, Ahmad Shahir Nordin memang selalu memberi khidmat merakam & buat livestream tokoh besar seperti Dr Muhamad Rozaimi & SS dato M***i Perlis Media Team Dr MAZA. Selain itu beliau juga membantu kuliah-kuliah di Baitussalam dan hampir setiap subuh beliau merakam Dan buat live kuliah Tuan Guru Ahmad Hasyimi Al hafiz serta ramai lagi kuliah-kuliah asatizah lain sekitar lembah Klang dan lain-lain.
Terlalu banyak kita semua terhutang budi kepada insan bernama Shahir ini.
Allah uji beliau dengan ujian penyakit berat, tak pernah beliau mengeluh & meminta-minta Sama sekali. Bahkan amat susah sekali bagi beliau membenarkan mana-mana pihak mengadakan kutipan derma bagi dirinya atas ujian ini.
Setelah beberapa kali pihak yang datang & hasil beliau dengan pihak isterinya berbincang dengan guru beliau ustaz hasyimi, Akhirnya Satu persetujuan dicapai dengan Memberi kebenaran kepada pihak GLOKAL IHSAN membantu dalam urusan kutipan derma bagi membantu me mudahkan urusan Shahir sekeluarga.
Tak sedikit yang meminta akaun number beliau sebelum ini untuk Memberikan sumbangan. Mulai hari ini boleh Salurkan kepada pihak yang telah diamanahkan seperti info dibawah:
*Beliau Pernah Berkhidmat Untuk Dakwah, Kini Tiba Giliran Kita Berkhidmat Untuknya*
السلام عليكم ورحمة الله ..
Sebelum ini, saudara Ahmad Shahir Nordin banyak berada di belakang tabir. Beliaulah antara individu yang merakam dan membantu menyebarkan kuliah-kuliah dakwah sunnah sehingga ilmu tersebut dapat sampai kepada kita semua.
Hari ini, Allah mentakdirkan beliau p**a diuji.
Maklumat ringkas beliau:
Nama: Ahmad Shahir Nordin (35 tahun)
Pekerjaan: Kru Media PMT, Kuala Lumpur
Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang juga menghidap sakit jantung berlubang, asthma kronik, eczema kronik
Isteri tidak bekerja.
*SEJARAH PENYAKIT*:
Kanser paru-paru tahap 3 (berjaya dirawat)
Kanser otak (berjaya dirawat)
Kini sedang berjuang melawan kanser pankreas tahap 4 dan baru menjalani sesi pertama rawatan kemoterapi.
Keadaan kesihatannya kini semakin merosot, badan semakin lemah dan pergerakannya juga agak terbatas.
Kini tiba p**a giliran kita untuk membalas sedikit jasa beliau. Jika sebelum ini beliau membantu menyampaikan ilmu kepada kita, hari ini marilah kita bersama-sama membantu meringankan beban yang sedang beliau dan keluarganya tanggung, sama ada dengan sumbangan, doa, atau berkongsi maklumat ini kepada orang lain.
Bank Muamalat | 12020003854718 | Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia
Ref: Shahir
Semoga Allah ﷻ mengangkat segala kesakitan beliau, mengurniakan kesembuhan, memberikan ketabahan kepada seluruh keluarganya, dan membalas setiap kebaikan para penyumbang dengan ganjaran yang berlipat ganda. Aamiin.