Surau Sering Ukay

Surau Sering Ukay Surau Sering Ukay
dirasmikan pada 23hb April 2017, bersamaan dengan 26 Rejab 1438H oleh Y.A.D.

Tan Sri Dato' Paduka Raja Dato' Haji Wan Mahmood bin Pa Wan The, Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak.

22/08/2026

"Tidak berganjak kedua-dua kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, untuk apa dihabiskan; tentang ilmunya, bagaimana dia mengamalkannya; tentang hartanya, dari mana dia peroleh dan ke mana dibelanjakan dan tentang tubuhnya, untuk apa ia gunakan."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

10/08/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

*Utamakan Redha Allah SWT Daripada SelainNya*

Sabda Nabi SAW;

*مَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ*

_*“Barangsiapa yang mencari redha Allah saat manusia tidak s**a akan hal itu, maka Allah akan cukupkan dia dari beban manusia.*_

_*Barangsiapa yang mencari redha manusia namun Allah murka akan hal itu, maka Allah akan biarkan dia bergantung pada manusia.”*_

(HR. Tirmidzi #2414 & Ibnu Hibban #276. Status: Sahih (menurut Ibnu Hibban, Sh Syuaib Al-Arnawooth & Sh Albani))

Kata Ibnul Qayyim RH (Kitab Madarij Al-Salikin);

أَعْظَمُ النَّاسِ خُذْلَانًا مَنْ تَعَلَّقَ بِغَيْرِ اللَّهِ، فَإِنَّهُ يُوكَلُ إِلَيْهِ، وَيُخْذَلُ مِنْ جِهَتِهِ.

_"Manusia yang paling besar kehampaannya (paling dikecewakan) ialah orang yang bergantung kepada selain Allah. Sesungguhnya dia akan diserahkan kepada apa yang dia bergantung itu, lalu dibiarkan dan dikecewakan daripadanya."_

Selamat Tahun Baru 1448H kepada semua ahli kariah SSU dan kawasan sekitarnya. Semoga Allah memBerkati kita semua.
16/06/2026

Selamat Tahun Baru 1448H kepada semua ahli kariah SSU dan kawasan sekitarnya. Semoga Allah memBerkati kita semua.

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Surau Sering Ukay.Terima kasih kepada semua ahli kariah yang dapat ...
28/04/2026

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Surau Sering Ukay.
Terima kasih kepada semua ahli kariah yang dapat turut serta. Terima kasih juga kepada semua penderma yang menyumbang untuk menggantikan karpet yang lama. Besar pahala kerana dapat digunakan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.

06/03/2026

Dunia atau Akhirat: Dua Jalan Niat Manusia
(Tadabbur Surah Hūd: 15–16 )

Pendahuluan

Al-Qur’an sering mengingatkan manusia tentang bahaya amal tanpa niat akhirat. Ada manusia yang beramal, bersungguh-sungguh bekerja, berkorban tenaga dan masa, tetapi semua itu hanya untuk dunia. Mereka mungkin memperoleh hasil dunia — harta, kemasyhuran atau kedudukan — tetapi apabila tiba di akhirat, mereka tidak membawa apa-apa.

Allah Ta‘ala menegaskan hakikat ini dalam Surah Hūd.

Allah Ta‘ala berfirman:

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya semata-mata, Kami akan sempurnakan balasan amal mereka di dunia itu, dan mereka tidak akan dikurangkan sedikit pun di dunia.

Merekalah orang-orang yang tidak mendapat pada hari akhirat kelak selain daripada neraka; dan gugurlah segala amal yang mereka kerjakan di dunia itu, dan sia-sialah apa yang mereka lakukan.”
(Surah Hūd: 15–16)

Ibn Kathir menjelaskan:

من عمل عملاً للدنيا فقط أعطاه الله منها ما شاء وليس له في الآخرة نصيب
“Sesiapa yang melakukan amal hanya untuk dunia, Allah memberi kepadanya sebahagian dunia itu, tetapi dia tidak mempunyai bahagian di akhirat.”
(Tafsir Ibn Kathir, 4/305)

Maknanya:

Allah boleh memberi dunia walaupun kepada orang yang niatnya tidak ikhlas. Namun amal itu tidak mempunyai nilai akhirat.

Al-Tabari menyatakan bahawa ayat ini merujuk kepada orang yang:
• beramal
• melakukan kebajikan
• berusaha
tetapi niatnya hanya untuk kemasyhuran atau keuntungan dunia.
(Jāmiʿ al-Bayān, 15/361)

Prinsip Besar Dalam Islam: Niat

Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat, dan setiap orang mendapat apa yang diniatkannya.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 1; Muslim, no. 1907)

Hadis ini menjadi asas kepada kefahaman ayat tadi.
Amal yang sama boleh menjadi:
• ibadah
• atau sia-sia
bergantung kepada niat hati.

Ancaman Amal Yang Diniatkan Untuk Dunia

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ
“Sesiapa yang mempelajari ilmu yang sepatutnya dituntut kerana Allah, tetapi dia mempelajarinya untuk mendapatkan keuntungan dunia, dia tidak akan mencium bau syurga.”
(Riwayat Abu Dawud, no. 3664)

Hadis Tiga Golongan Pertama Diazab

Dalam sebuah Rasulullah ﷺ menyebut bahawa antara manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah:
1. orang alim
2. orang yang berjihad
3. orang yang bersedekah

Tetapi mereka melakukan semua itu supaya manusia berkata:
• alim
• berani
• dermawan

Lalu Allah ta’ala berkata kepada mereka:

قَدْ قِيلَ
“Engkau telah mendapat apa yang engkau mahu.”
(Riwayat Muslim, no. 1905)

Maknanya:

balasan dunia sudah diberi maka lagi tiada pahala akhirat.

Allah Ta‘ala berfirman:

مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ
“Sesiapa yang menghendaki tanaman akhirat, Kami tambah baginya pada tanamannya; dan sesiapa yang menghendaki tanaman dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi dia tidak mendapat bahagian di akhirat.”
(Surah ash-Shūrā: 20)

Al-Qur’an menggambarkan kehidupan sebagai ladang tanaman. Apa yang ditanam dengan niat dunia, hasilnya berhenti di dunia.

Imam al-Qushayri dalam Lathā’if al-Ishārāt memberi tafsiran yang sangat halus.

Beliau berkata:

من طلب الدنيا بعمله أعطي منها، ومن طلب الله بعمله أعطي الله
“Sesiapa yang mencari dunia melalui amalnya, dia akan diberi dunia; dan sesiapa yang mencari Allah melalui amalnya, dia akan diberi Allah.”
(Lathā’if al-Ishārāt, tafsir Surah Hūd)

Maknanya:

niat menentukan nilai hakiki amal. Jika seseorang mencari dunia, dia mendapat dunia. Jika seseorang mencari Allah, dia mendapat Allah dan akhirat.

Imam al-Ghazali berkata:

الإخلاص أن يكون العمل لله لا لغيره
“Ikhlas ialah apabila amal dilakukan hanya untuk Allah dan bukan untuk selain-Nya.”
(Ihya’ ‘Ulum al-Din)

Ibn al-Qayyim berkata:

العمل بلا إخلاص ولا اقتداء كالمسافر يملأ جرابه رملاً
“Amal tanpa ikhlas dan tanpa mengikuti sunnah seperti musafir yang mengisi bekalnya dengan pasir.”
(Madarij al-Salikin, 2/91)

Maknanya: kelihatan penuh tetapi tidak memberi manfaat.

Al-Hasan al-Basri berkata:

من نافسك في دينك فنافسه، ومن نافسك في دنياك فألقها في نحره
“Jika seseorang bersaing denganmu dalam agama, bersainglah dengannya. Tetapi jika dia bersaing denganmu dalam dunia, serahkan dunia itu kepadanya.”

Muhasabah Jiwa

Ayat Surah Hūd: 15–16 ini mengajak manusia memeriksa niat dalam setiap amal. Percayalah bahawa amal yang kecil tetapi ikhlas lebih besar nilainya daripada amal besar yang dipenuhi riya’. Ramai manusia bekerja keras sepanjang hidup:
• mencari nama
• mencari pujian
• mencari kemasyhuran
Tetapi apabila mereka tiba di akhirat, mereka mendapati bahawa semua amal itu telah habis dibayar di dunia.

Penutup

Surah Hūd ayat 15–16 mengajar manusia satu hakikat besar: niat menentukan nilai amal. Amal yang diniatkan untuk dunia hanya berakhir di dunia. Amal yang diniatkan untuk Allah menjadi bekalan menuju akhirat. Percayalah bahawa manusia yang mencari Allah tidak akan rugi, walaupun dia kehilangan dunia.

Justeru, seorang mukmin sentiasa membetulkan niatnya agar setiap amal — ilmu, dakwah, ibadah dan kehidupan — benar-benar menjadi perjalanan menuju Allah Ta‘ala.

— ABi

☺️ Assalamualaikum Ahli Qariah SSU.📢 Hebahan Surau Sering Ukay✅ Ceramah Perdana Israk Mi’rajl 1447HTarikh : *Ahad, 18 Ja...
14/01/2026

☺️ Assalamualaikum Ahli Qariah SSU.
📢 Hebahan Surau Sering Ukay
✅ Ceramah Perdana Israk Mi’rajl 1447H

Tarikh : *Ahad, 18 Januari 2026*
Masa : *Selepas Solat Maghrib*
Tajuk : *PENGAJARAN & TAULADAN DARI KISAH PERJALANAN AGUNG RASULULLAH S.A.W*
Penceramah : *Dr Majdan bin Alias.* (Pensyarah U.I.A Gombak)

😍 Jom kita ramaikan majlis kali ini dengan membawa ahli keluarga bersama ke surau sering ukay untuk majlis ilmu yang di rahmati Allah.
🍖 Jamuan disediakan. Semua dijemput hadir

09/01/2026

Dunia Terlalu Murah Untuk Menjadi Balasan Amal Soleh

Allah Ta‘ala tidak menjadikan dunia sebagai harga kepada amal soleh orang beriman. Bukan kerana amal itu kecil, tetapi kerana dunia terlalu murah, terlalu sementara, dan terlalu hina untuk membayar iman, sabar dan pengorbanan seorang mukmin.

1. Dunia Bukan Tempat Upah, Tetapi Medan Ujian

Allah Ta‘ala berfirman:

﴿وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ﴾

“Dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang memperdayakan.”
— Surah Āli ‘Imrān: 185

Dunia ialah tempat diuji, bukan tempat disempurnakan balasan. Ia adalah ladang, bukan gedung upah.

2. Jika Dunia Bernilai, Orang Kafir Tidak Akan Mendapatnya

Rasulullah ﷺ bersabda:

«لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ، مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ»

“Sekiranya dunia ini bernilai di sisi Allah walaupun sebesar sayap nyamuk, nescaya Dia tidak akan memberi orang kafir walau seteguk air pun daripadanya.”
— Riwayat al-Tirmizi, no. 2320; Hasan Sahih

Hadis ini menjelaskan satu kaedah tarbawi yang besar:
Kemewahan dunia bukan ukuran kasih Allah Ta‘ala.

3. Di Dunia: Allah Ta‘ala Memberi Keberkatan, Bukan Upah

Rasulullah ﷺ bersabda:

«إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ الْمُؤْمِنَ حَسَنَةً، يُعْطَى بِهَا فِي الدُّنْيَا، وَيُجْزَى بِهَا فِي الْآخِرَةِ»

“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi orang beriman pada satu kebaikan pun; Dia memberinya kebaikan di dunia, dan menyempurnakannya di akhirat.”
— Riwayat Muslim, no. 2808

Balasan kebaikan di dunia bukan ganjaran penuh, tetapi dalam bentuk:
• keberkatan umur,
• ketenangan hati,
• rezeki yang cukup,
• keluarga yang menenangkan,
• amal kecil yang terasa besar.

Itulah tanda rahmat, bukan harga sebenar.

4. Di Akhirat: Balasan Sebenar Disempurnakan

Allah Ta‘ala berfirman:

﴿إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾

“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan disempurnakan balasan mereka dengan tidak terhitung.”
— Surah az-Zumar: 10

Perhatikan lafaz يُوَفَّى — disempurnakan sebagai penyempurnaan kurniaan keberkatan ketika di dunia.
Apa yang diberi di dunia hanyalah bayangan, bukan hakikat.

5. Kalam Ulama: Dunia Tidak Layak Menjadi Harga Iman

Ibn al-Qayyim رحمه الله berkata (maknanya):

“Allah Ta‘ala menghinakan dunia kerana ia bukan tempat balasan, dan memuliakan akhirat kerana di situlah nilai iman dizahirkan.”

Mukmin tidak rugi apabila tidak dibayar di dunia.
Sebaliknya, itu tanda Allah Ta‘ala menyimpan balasan di tempat yang layak.

6. Hikmah Tarbawi Yang Menyucikan Jiwa

Apabila seseorang:
• beramal tanpa dipuji,
• berbuat baik tanpa dihargai,
• berkorban tanpa ganjaran dunia,

itu bukan penolakan, tetapi pemindahan ganjaran —
daripada dunia yang murah kepada akhirat yang kekal.

Muhasabah Jiwa

Jika amal soleh dibayar sepenuhnya di dunia,
apa lagi yang tinggal untuk akhirat?

Dan jika dunia dijadikan upah iman, apa beza mukmin dan kafir?

Percayalah bahawa keberkatan di dunia ialah tanda kasih, dan ganjaran akhirat ialah balasan sebenar.

Justeru, beramallah tanpa menunggu bayaran dunia,
kerana siapa yang mengejar akhirat, dunia akan datang dalam keadaan hina di bawah kakinya.

— ABi

Address

No. 22228, Jalan SU 2B, Taman Sering Ukay
Ampang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Sering Ukay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share