Sa-Gerak Malaysia

Sa-Gerak Malaysia PERSATUAN GERAK SENI DAN BUDAYA PUSAKA MELAYU MALAYSIA.

(SA-GERAK)
✅ Memartabatkan seni warisan melayu
✅ Gerakan tangan & kaki (Teknik tempur & tangkisan)
✅ Latihan fizikal & mental
✅ Nilai jati diri & disiplin diri
✅ Teknik mudah 3 bulan boleh mahir.

30/03/2026
Assalamualaikum.Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-15 Persatuan Gerak Seni D...
30/03/2026

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-15 Persatuan Gerak Seni Dan Budaya Pusaka Melayu Malaysia (SA-GERAK) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat ini. Segala komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang telah dipersetujui akan membawa manfaat serta memacu organisasi ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Nyatakan Wasilah
Hidupkan Risalah
Sa-Gerak Malaysia

Address

Playground Springville, Ukay Perdana
Ampang
68000

Opening Hours

21:00 - 12:00

Telephone

60133611882

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sa-Gerak Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Seni BelaDiri Sagerak

Persatuan Gerak Seni dan Budaya Pusaka Melayu Malaysia (SAGERAK) ini merupakan satu persatuan yang mengerakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan seperti Seni Silat, Seni Muzik Tradisional dan Permainan-Permainan Tradisional Pusaka Bangsa Melayu di Malaysia.

Ia ditubuhkan untuk menuju ke arah satu matlamat yang menjurus kepada memartabatkan kebudayaan mengikut peradaban Bangsa Melayu berlandaskan Islam.

Seni Beladiri Sagerak merupakan Inovasi dalam dunia Seni Beladiri Melayu yang kaya dengan idea dan kreativiti berteraskan cara berfikir orang Melayu dalam mencipta ilmu mempertahankan diri. Bagi melestarikan nilai seni cara berfikir orang Melayu ini, inovasi dan kreativiti ini diteruskan dengan penghasilan Seni Beladiri Sagerak yang diasaskan oleh Sekatariat Seni Beladiri Sagerak.

Seterusnya Seni Beladiri ini diisi dengan Penghayatan Rukun Iman dan Rukun Islam dengan asas pendidikan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Adalah diharapkan, usaha ini akan berjaya membina satu masyarakat atau generasi yang unggul dan dihormati.