Bertemakan slogan “Anda Memberi Kami Menyampaikan”, YPI komited melaksanakan program kebajikan, pendidikan dan misi bantuan kemanusiaan terhadap anak-anak yatim, ibu tunggal, OKU, golongan fakir dan miskin serta mereka yang memerlukan. YPI juga sentiasa berusaha untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan badan-badan kebajikan daripada sektor kerajaan, swasta dan NGO bagi memperluaskan aktiviti k
ebajikan sekaligus mencapai Visi dan Misi YPI. YPI diterajui oleh golongan profesional dalam bidang kejuruteraan, perubatan, undang-undang dan korporat. Integrasi sinergi daripada kepelbagaian bidang dan kepakaran setiap Ahli Lembaga Pemegang Amanah menjadikan YPI sebagai yayasan yang mampu merangka dan menyusun aktiviti kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan dengan lebih kreatif dan efektif. Ahli Lembaga Pemegang Amanah terdiri daripada:
1. Dr. Hj. Muhamad Azrin bin Omar @ Nawi, Doktor Perubatan (Pengerusi) - https://www.facebook.com/azrin.omar
2. Tn. Hj. Ishak bin Ismail, CEO IM Global -
https://www.facebook.com/ishakimglobal
3. Ir. Ismail bin Abd. Rahman, Jurutera Awam -
https://www.facebook.com/ismail.abdrahman
4. Abdul Murad bin Long Nordin, Ahli Perniagaan
5. Mej. (B) Raja Lope Ahmad bin Raja Mansor, pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
YPI mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama strategik daripada semua pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) serta semua badan kebajikan bagi memperluaskan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan. Setiap sumbangan yang diterima layak mendapat pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun:
YAYASAN PRIHATIN INSAN
No. Akaun Maybank Islamic: 5647 9910 6040
No. Akaun CIMB Islamic: 860 263 1618
(Maklumkan kepada talian utama YPI 013-366 0599)