03/07/2026
Aduan Pam Air Rosak SMK Puteri Wilayah
Merujuk kepada aduan yang diterima berhubung isu gangguan bekalan air di SMK Puteri Wilayah, pada 24hb Jun 2026 Pihak MPPWPSZ3 Kg Bharu telah hadir ke sekolah bagi mengenal pasti punca masalah tersebut , hasil dr lawatan tersebut gangguan bukan berpunca dr sumber bekalan air selangor tapi kerosakan pada Pam Air. Kerosakan Pam Air ini mengakibatkan guru-guru & pelajar-pelajar terpaksa menggunakan air secara manual @ tong air, baldi, gayung ditandas, kantin, sinki
Selepas lawatan tersebut satu aduan telah dilaporkan kepada Datuk Mohd Nor Ibrahim , Pegawai Khas kepada Datuk Seri Johari Abdul Ghani Ahli Parlimen Titiwangsa.
Alhamdulilah demi kebaikan, kesejahteraan & keselesaan warga SMK Puteri Wilayah pada 2hb Julai 2026 Pam Air tersebut telah diganti baru & sumber air sekolah beroperasi seperti biasa
Terima kasih YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang sentiasa prihatin dengan isu-isu warga Kg Bharu & Titiwangsa