14/03/2023
Bagi memastikan khidmat rakyat dijalankan dengan efisien dan efektif kepada kelompok sasaran, Pejabat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Ampang telah melantik beberapa jawatan utama dan kecil secara berperingkat bermula November 2022 yang lalu.
Jawatan tersebut dipertanggungjawabkan kepada penggiat aktiviti masyarakat yang mampu menjadi penghubung kepada Pejabat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Ampang.
Kami bersedia bekerjasama dengan semua pihak terdiri daripada sukarelawan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjunjung aspirasi rakyat. Kami bersikap terbuka memberi peluang kepada semua pihak yang ikhlas menghulurkan bantuan dan menambah nilai diri.
Nama-nama individu yang dilantik bagi melancarkan gerak kerja Pejabat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Ampang akan diwar-warkan dari semasa ke semasa.
Saya mengesahkan tiada rekod bahawa saudara Adam Rosly pernah menjadi kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Ampang.
Penglibatan beliau mewakili sekumpulan sukarelawan di salah satu Daerah Mengundi adalah atas dasar pemberdayaan potensi dan meraikan keinsafan.
Dakwaan atau khabar angin yang memberi tafsiran sebaliknya bukanlah gambaran sebenar situasi yang berlaku.
ABDUL HALIM MOHAMED YUSOF
Pengurus Pejabat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Ampang