Warga Bukit Permai

Directions

Warga Bukit Permai Mengeratkan silaturahim sesama penduduk tidak kira latarbelakang kaum dan agama & berkongsi info berk

Alhamdulillah 🤲🏻Perkembangan yang sangat melegakan buat kita semua. Kerja-kerja pembaikan cerun, pemasangan/baik pulih j...
02/09/2026

Alhamdulillah 🤲🏻
Perkembangan yang sangat melegakan buat kita semua. Kerja-kerja pembaikan cerun, pemasangan/baik pulih jaring keselamatan serta pembersihan sisa batu kini sedang dijalankan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah mengambil tindakan dengan pantas dan memberi perhatian terhadap perkara ini.

Tidak lupa juga penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung di lapangan, yang sedang bertungkus-lumus memastikan kawasan ini kembali selamat dan terurus.

Semoga segala kerja yang dijalankan dipermudahkan dan dapat disiapkan dengan baik demi keselamatan serta keselesaan penduduk dan pengguna jalan raya.

Terima kasih atas keprihatinan dan tindakan semua pihak. ❤️🙏🏻

🚨 PERHATIAN PIHAK BERKAITAN – RISIKO BATU RUNTUH DI TEPI JALAN.Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga Bukit Permai, I...
28/08/2026

🚨 PERHATIAN PIHAK BERKAITAN – RISIKO BATU RUNTUH DI TEPI JALAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga Bukit Permai, Ingin saya maklumkan mengenai keadaan batu runtuh di kawasan cerun tepi jalan seperti dalam gambar.

Difahamkan/berdasarkan pemerhatian, kejadian runtuhan ini rasanya sudah hampir sebulan berlaku, namun sehingga kini masih terdapat sisa-sisa runtuhan yang belum dibersihkan sepenuhnya.

Lebih membimbangkan, masih terdapat bongkah-bongkah batu yang berada di dalam jaring keselamatan (rockfall netting) di bahagian cerun.

Keadaan jaring juga kelihatan sudah menampung beban runtuhan dan terdapat bahagian yang melendut serta tertarik.

⚠️ Sekiranya berlaku hujan lebat atau runtuhan susulan, dikhuatiri bongkah batu tersebut boleh menyebabkan jaring terkoyak atau gagal menahan batu, lalu batu berkemungkinan jatuh ke kawasan jalan di bawah dan membahayakan pengguna jalan raya.

Mohon pihak yang bertanggungjawab dapat:

✅ Memeriksa keadaan cerun dan jaring keselamatan secara menyeluruh

✅ Mengalihkan bongkah-bongkah batu yang masih berisiko jatuh

✅ Membersihkan keseluruhan sisa runtuhan yang masih berada di kawasan tersebut

✅ Memastikan sistem perlindungan cerun berada dalam keadaan selamat

✅ Mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian yang lebih serius.

Diharap YB Yew Jia Haur 游佳豪 dapat mengambil maklum mengenai perkara ini dan membantu membawa perhatian pihak berkuasa/agensi berkaitan supaya tindakan susulan dapat dilakukan dengan segera.

Perkara ini mungkin nampak kecil, tetapi kedudukannya betul-betul di tepi jalan dan melibatkan keselamatan pengguna jalan raya serta penduduk setempat.

Janganlah kita menunggu sehingga berlaku runtuhan yang lebih besar atau kemalangan sebelum tindakan diambil.

Mohon warga setempat turut berhati-hati ketika melalui kawasan ini, khususnya ketika atau selepas hujan lebat.

📸 Gambar keadaan semasa dilampirkan untuk perhatian dan tindakan pihak berkaitan.

Address

Ampang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warga Bukit Permai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share