Rahmah Support Team -RST

Directions Website Contact the organization

Rahmah Support Team -RST RST dianggotai oleh kaunselor & sukarelawan terlatih bagi memberikan sokongan emosi & psikososial

Tak ada apa-apa.Okay je.Penat sikit je.Berapa kali kita dengar ayat macam ni daripada seorang lelaki?Mungkin daripada su...
06/10/2026

Tak ada apa-apa.

Okay je.

Penat sikit je.

Berapa kali kita dengar ayat macam ni daripada seorang lelaki?

Mungkin daripada suami. Ayah. Abang. Adik. Kawan. Atau mungkin diri sendiri.

Ada lelaki yang setiap hari pergi kerja, urus keluarga, fikir tentang kewangan dan cuba memenuhi harapan orang di sekeliling.

Penat tapi teruskan.
Risau tapi diam.
Tertekan tapi masih kata aku okay.

Bukan semua lelaki tak mahu bercerita. Ada yang cuma tak tahu bagaimana untuk mula.

Sebab itu kita perlukan ruang untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik aku okay.

Dengar apa yang lelaki jarang luahkan.

Sertai webinar:
Di Sebalik Senyuman ''Aku Okay'' Seorang Lelaki

๐Ÿ“… 9 Oktober 2026
๐Ÿ•— 8.00 malam

Daftar sekarang.

๐Ÿ‘‹๐Ÿป WEBINAR KHAS UNTUK LELAKI BUDIMAN ๐Ÿ‘‹๐Ÿป๐Ÿ”’ Sesi Perkongsian Khas Secara Tertutup, Eksklusif Untuk LelakiWebinar Di Sebalik...
03/10/2026

๐Ÿ‘‹๐Ÿป WEBINAR KHAS UNTUK LELAKI BUDIMAN ๐Ÿ‘‹๐Ÿป

๐Ÿ”’ Sesi Perkongsian Khas Secara Tertutup, Eksklusif Untuk Lelaki

Webinar Di Sebalik โ€œAku Okayโ€ Seorang Lelaki

Berapa banyak perkara yang seorang lelaki simpan sendiri di sebalik senyuman dan kata-kata, โ€œAku okay.โ€

Kadang-kadang bukan tak mahu bercerita. Cuma tak tahu bagaimana untuk mula.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2026, jom bersama-sama memahami emosi, tekanan dan cabaran yang mungkin dilalui oleh seorang lelaki tetapi jarang diluahkan.

Mari hadir, dengar dan fahami. Mungkin ada sesuatu yang selama ini kita pendam tanpa sedar.

๐Ÿ“… 9 Oktober 2026 (Jumaat)
โฐ 8.00 โ€“ 9.30 malam
๐Ÿ’ป Microsoft Teams
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM20

๐Ÿ“Œ Tempat adalah terhad dan terbuka untuk lelaki sahaja. Daftar sekarang!

๐Ÿ”— Pautan pendaftaran:
https://forms.gle/EcMV21Hr1NeyV65JA

๐Ÿ“ฒ Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Admin: 018-354 2293

Kadang-kadang โ€œaku okayโ€ bukan bermaksud semuanya baik-baik saja.

TAKZIAHInna lillahi wainna ilaihi rajiunSeluruh warga Rahmah Support Team merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli ...
28/09/2026

TAKZIAH

Inna lillahi wainna ilaihi rajiun

Seluruh warga Rahmah Support Team merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali rahmatullah pada pagi ini bersamaan 28 September 2026 di Institut Jantung Negara (IJN).

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amiin.

RAHMAH SUPPORT TEAM

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia!Malaysia dibina oleh kita yang berbeza latar, cerita dan pengalaman. Namun dalam perbezaan itu,...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia!

Malaysia dibina oleh kita yang berbeza latar, cerita dan pengalaman. Namun dalam perbezaan itu, kita tetap punya satu perkara yang sama. Kita semua manusia yang punya rasa.

Kesihatan mental bukan tanggungjawab seorang. Ia tanggungjawab bersama.

Mari kita bina Malaysia yang bukan sahaja maju tetapi juga menjadi ruang yang selamat untuk setiap insan didengari, difahami dan disokong.

Kerana Malaysia yang sejahtera bermula daripada masyarakat yang saling menjaga. ๐Ÿค

Hari Pencegahan Bunuh Diri SeduniaAda masa, rasa yang terlalu berat membuatkan seseorang tidak tahu bagaimana untuk mene...
10/09/2026

Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia

Ada masa, rasa yang terlalu berat membuatkan seseorang tidak tahu bagaimana untuk meneruskannya.

Jika fikiran untuk membunuh diri hadir, ketahuilah bahawa ia boleh dikongsikan. Cari seseorang yang dipercayai dan ceritakan apa yang sedang dirasai. Meluah bukan tanda lemah, tetapi satu langkah untuk mendapatkan sokongan.

Apabila seseorang datang mencari kita, jadilah ruang yang selamat.

Dengar. Kekal di sisi. Jangan menghukum.

Bantu mereka mendapatkan sokongan yang sesuai dan dorong mereka untuk terus melangkah, sedikit demi sedikit.

Kerana harapan kadangkala bermula apabila seseorang tahu bahawa dia tidak perlu melalui semuanya seorang diri.

Makmal Kesejahteraan & Keselamatan Murid ๐ŸŒฟAlhamdulillah, Rahmah Support Team (RST) berkesempatan menyertai Makmal Keseja...
02/09/2026

Makmal Kesejahteraan & Keselamatan Murid ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, Rahmah Support Team (RST) berkesempatan menyertai Makmal Kesejahteraan & Keselamatan Murid anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia pada 17 hingga 21 Ogos 2026 di Lanai Asrama, Putrajaya.

RST diwakili oleh Puan Nur Ilya Maisarah, Setiausaha Kerja RST, bersama pelbagai pihak dalam membincangkan isu serta pendekatan bagi memperkukuh kesejahteraan dan keselamatan murid.

Antara penekanan YB Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Fadhlina Sidek ialah kepentingan intervensi manusiawi dalam menangani isu murid. Teknologi hadir sebagai sokongan, namun sentuhan manusia, komunikasi dan keupayaan untuk benar-benar mendengar suara murid tidak boleh diketepikan.

Kesejahteraan murid juga bukan tanggungjawab sekolah semata-mata. Ibu bapa, komuniti dan semua pihak yang bekerja dengan kanak-kanak perlu memainkan peranan dalam mengenal pasti tanda-tanda amaran, membina kepercayaan serta memastikan hak dan suara kanak-kanak terus dihormati.

โ€œApabila kita bekerja dengan kanak-kanak, nilai kemanusiaan mesti diletakkan paling utama. Tidak boleh dikompromi.โ€

Semoga usaha seperti ini terus membuka ruang kepada pendekatan yang lebih menyeluruh, berempati dan berpusatkan murid.

Kursus Sukarelawan T-Volt Modul YADIM 2026 ๐ŸŒฟPada 15 Ogos 2026, Rahmah Support Team (RST) berkesempatan menyumbang dalam ...
02/09/2026

Kursus Sukarelawan T-Volt Modul YADIM 2026 ๐ŸŒฟ

Pada 15 Ogos 2026, Rahmah Support Team (RST) berkesempatan menyumbang dalam Kursus Sukarelawan T-Volt Modul YADIM 2026 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Selangor (UIS).

RST diwakili oleh Puan Nur Shamimi, Timbalan Pengerusi 2 RST, yang berkongsi ilmu berkaitan PFA (Psychological First Aid) sebagai salah satu aspek penting dalam membentuk sukarelawan yang lebih cakna, bersedia dan berkemahiran.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para peserta dalam memahami peranan sukarelawan serta membina keyakinan untuk terus menyumbang kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

PsySPaR di Kem Belia @ Rakan Prihatin ๐ŸŒฟPada 14 Ogos 2026, Rahmah Support Team (RST) berkesempatan menyumbang dalam Kem B...
02/09/2026

PsySPaR di Kem Belia @ Rakan Prihatin ๐ŸŒฟ

Pada 14 Ogos 2026, Rahmah Support Team (RST) berkesempatan menyumbang dalam Kem Belia @ Rakan Prihatin yang berlangsung di Nur Lembah Bestari, Ulu Yam, melibatkan belia dari kawasan Cheras dan Bandar Tun Razak.

RST diwakili oleh Encik Fakruradzi bagi menyampaikan slot PsySPaR, yang memberi ruang kepada para peserta untuk memahami aspek psikologi, spiritual dan daya tahan diri dalam membina kesejahteraan diri.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi satu pengalaman bermakna buat para belia dalam mengenali kekuatan diri, mengurus cabaran serta membina daya tahan yang lebih kukuh. ๐Ÿ’š๐Ÿ’™

01/09/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi merasa cukup selamat untuk menjadi diri sendiri.Mari kita bina Malaysia yang buka...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi merasa cukup selamat untuk menjadi diri sendiri.

Mari kita bina Malaysia yang bukan sahaja maju dan kuat tetapi juga saling menjaga, mendengar dan memahami.

Kerana hati yang sejahtera juga sebahagian daripada kemerdekaan.

Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

134, Jalan Merbau, Kampung Melayu
Ampang
51300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahmah Support Team -RST posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rahmah Support Team -RST:

Shortcuts

Share