14/10/2025
Salam semua, sedikit penjelasan tentang gambar screen shot yg dikongsi oleh sahabat-sahabat RC.
Ingin diingatkan kepada semua bahawa trek MPAJ tersebut sudah diambil alih oleh pihak PBT sejak bulan Julai 2025.
Kelab ATRC menerima baik arahan PBT dan masih lagi mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak MPAJ.
Namun tuduhan yang dilemparkan seperti di dalam screen shot ini adalah sama sekali tidak berasas dan merupakan fitnah.
Sebelum ini, perbuatan sabotaj ke atas trek telah dilakukan oleh pihak tertentu yang mempunyai niat buruk untuk melagakan hubungan baik antara kelab ATRC dan pihak PBT.
Perbuatan membuka paip paip hitam sempadan trek (track border black pipes) tanpa izin MPAJ telah diambil kira sebagai vandalism dan telah dimaklumkan kepada pihak berwajib.
Sebarang tuduhan dan penghinaan ke atas pihak PBT dipandang serius dan akan dilaporkan kepada pihak berwajib.