02/10/2026
Sempena Hari Malaysia 2026, warga kerja TRC meluangkan masa bersama-sama dalam aktiviti gotong-royong di sekitar Ibu Pejabat TRC dan Surau Fatimah Az-Zahrah (SFAZ), Taman Kelab Ukay, Ampang, Selangor.
Program Khidmat Masyarakat anjuran Yayasan TRC, dengan penglibatan Jabatan Pentadbiran dan Jabatan Kualiti, Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar serta SFAZ, bertujuan memastikan persekitaran sentiasa bersih, selesa dan bebas daripada risiko pembiakan Aedes.
Program ini turut menjadi ruang untuk memupuk semangat kebersamaan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga persekitaran.
Setiap usaha, walaupun kecil, memberikan makna apabila dilakukan bersama!