07/07/2025
Satu Nama di Sekeping Tanah
Pak Arif bukanlah orang kaya. Rumah pun sekadar rumah papan lama peninggalan ayahnya. Tapi dia ada satu harta iaitu sebidang tanah yang diwarisi, elok lokasinya, bernilai tinggi. Ramai pernah datang tawar harga, tapi Pak Arif selalu tolak dengan tenang. Bila orang tanya kenapa, dia cuma senyum.
โAku tunggu waktu yang tepatโฆโ
Pada satu hari, selepas pulang dari ziarah ke rumah anak-anak yatim, hati Pak Arif luluh. Ada anak kecil pegang tangan dia dan bisik:
โPakcikโฆ kat sini kami belajar duduk bersila atas lantaiโฆ meja pun kena bergilir.โ
Malam itu Pak Arif termenung panjang. Dalam sujudnya, dia menangis.
Beberapa bulan kemudian, tanah itu tak lagi kosong. Berdiri sebuah pusat pendidikan anak-anak yatim, hasil tanah yang diwakafkan oleh Pak Arif. Tak ada nama dia terpampang besar. Tapi setiap hari, suara anak-anak mengaji, menulis, dan berdoa berkumandang atas tanah itu.
Pak Arif tak pernah minta apa-apa balasan. Tapi dia yakin satu perkara:
โSelagi anak-anak ini belajar, selagi mereka mendoakan, selagi itu pahala akan terus mengalir, walau aku dah tak ada di dunia ini.โ
Beberapa tahun berlalu. Pusat pendidikan itu makin berkembang. Dah ada kelas komputer, bilik asrama, surau kecilโฆ semuanya dari sumbangan orang ramai yang terinspirasi dengan wakaf Pak Arif. Tapi ramai tak tahu siapa yang mulakan semuanya. Nama dia tak disebut dalam ucapan perasmian, tak tercetak di papan tanda besar.
Tapi setiap kali pelajar-pelajar itu berjaya, masuk universiti, keluar jadi guru, doktor, arkitek...nama Pak Arif tertulis kemas di langit, dalam catatan malaikat.
Suatu malam, ketika hujan turun renyai-renyai, seorang pelajar lelaki duduk di tangga asrama. Dia pandang ke langit dan berdoa perlahan,
โYa Allahโฆ siapa pun yang wakafkan tempat ni, berilah syurga untuknyaโฆโ
Doa itu terbang ke langit. Sampai ke tempat Pak Arif yang kini sudah pergi bertemu Ilahi. Mungkin di alam sana, dia tersenyum ...bukan kerana dikenang, tapi kerana pahala itu masih hidup.
Dan begitu juga kita. Hari ini mungkin kita tak banyak harta. Tapi kita ada niat, kita ada tekad. Kalau bukan dengan tanah, kita wakafkan masa. Kalau tak mampu banyak, kita beri sedikit. Tapi biar ada bahagian kita dalam memelihara pendidikan anak-anak yatim... kerana mereka tak punya siapaโฆ kecuali kita yang peduli.
Dan untuk pengajaran daripada cerita ini, berwakaf bukan untuk dipuji. Tapi untuk mencipta saham akhirat yang tak pernah rugi. Pendidikan anak-anak yatim itu bukan hanya membantu dunia mereka, tapi menjadi laluan selamat untuk akhirat kita.
Tak semua mampu tinggalkan nama di papan tanda. Tapi semua orang mampu tinggalkan pahala yang kekal di sisi Yang Maha Esa.