29/07/2023
Lagi kupasan daripada ayat pertama Surah Al-Fatihah di Halfway Home malam tadi by Ummu Hud@Sis Fatin.Baarakallahu fiiha🌹.Alhamdulillah ada juga sahabat-sahabat yang join secara maya.Moga bermanfaat untuk kita semua😊
{ ٱلۡحَمۡدُ *لِلَّهِ* رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ }
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
1. Nama khas الِلَّه meliputi sekurang-kurangnya 99 nama dan sifat yang menerangkan pada kita personiliti Allah dari segi kasih sayangNya, keagunganNya, keadilanNya dan kebijaksanaanNya.
Makin kita mengenali nama-nama Allah sudah semestinya kita akan lebih mencintai dan mengagungkan Allah.
Contohnya nama Ar Rahman dan Ar Rahim datang dari perkataan *rahm*yang antara makna yg seumpama *rahim* ibu.
Seperti mana baby hidup dengan penuh kasih sayang ibunya didalam rahim , secara analoginya bumi ini seperti a giant rahim yang dipenuhi dengan oksigen, cahaya serta makanan atas rahmah dan kasih sayang Allah.
In reality setiap saat we experience His Mercy.without His mercy none of us can survive.
Makin kita menyedari hakikat ini makin kita mahu memuji dan mengagungkn Allah.
2. Erti Rabb - Tuhan yang mencipta memelihara, mendidik, mentakbir, menguruskan semua makhluk-makhluknya setiap masa dengan penuh kasih sayang.
Tidak ada satu saat pun kita tidak dijaga oleh Allah tambahan lagi Allah berikan sekurang- kurangnya 4 malaikat yang sentiasa bersama kita.
Dan Allah juga sebaik-baik Pentarbiyah yang memberikan customize test atau ujian yang sesuai untuk setiap daripada kita agar potensi diri kita dapat dibina dalam menuju ke syurga.
3. Sekiranya kita mahu berubah ada 4 steps yang kita perlu jalani
1. Yaqatha/ awakening/ kesedaran - yang Allah beri pada kita
2. Tafakur - terus menelaah dan memikir dan menambah ilmu dari yaqatha yang diterima
3. Baseerah/ breakthrough/ - paradigm shift yang akan terjana dari proses tafakur
4. Azeema - keazaman yang kuat utk consistent berubah
Jom kita terus menerus menimba ilmu dan istiqamah memperbaiki diri menuju syurga.