Nor Hizwan Ahmad

Nor Hizwan Ahmad Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Terima kasih MalaysiaGazette, atas berita yang disiarkan.
12/03/2026

Terima kasih MalaysiaGazette, atas berita yang disiarkan.

Ketika dihubungi, Nor Hizwan merakamkan penghargaan kepada kepimpinan parti atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk memimpin bahagian berkenaan.

Kembali aktif bermaksud kembali menyertai himpunan dan program politik. Semalam saya feel at home ๐Ÿ˜„Ramai rakan seperjuan...
11/03/2026

Kembali aktif bermaksud kembali menyertai himpunan dan program politik.
Semalam saya feel at home ๐Ÿ˜„
Ramai rakan seperjuangan dahulu terutama dari Johor, Kedah, Perak dan sudah tentu Selangor yang menyambut dengan terbuka.
Saya jangka akan disambut dingin kerana sejarah lama tapi saya tersilap.
Mereka menyapa, bergambar dan mengucapkan selamat kembali ke rumah perjuangan.
Saya akan inshaAllah membalasnya dengan sekuat usaha dan tenaga.
Bersatu Rumah Kita!

10/03/2026

Ayuh Malaysia, kita BERSATU!

Sebahagian rakan saya dari Ampang yang sedia bersama mengukuh BERSATU Ampang. Sdr Fong Teck Keong, Ho Kam F**k & Jessy. ...
10/03/2026

Sebahagian rakan saya dari Ampang yang sedia bersama mengukuh BERSATU Ampang. Sdr Fong Teck Keong, Ho Kam F**k & Jessy.

Kami bersama kembali kini memperluas sokongan untuk BERSATU Ampang & Perikatan Nasional.

Bismillah!Alhamdulillah, pada malam ke-21 Ramadhan (20 Ramadhan 1447H), saya kembali secara rasmi ke arena politik Malay...
10/03/2026

Bismillah!

Alhamdulillah, pada malam ke-21 Ramadhan (20 Ramadhan 1447H), saya kembali secara rasmi ke arena politik Malaysia.

Dengan penuh rasa rendah hati, saya menerima amanah sebagai Ketua Bahagian (Penaja) BERSATU Bahagian Ampang daripada YB Tan Sri Presiden, Muhyiddin Yassin, dalam Majlis Iftar BERSATU yang berlangsung di Taman Melawati, Ulu Klang.

Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Naib-naib Presiden, YB Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dan Datoโ€™ Seri Ahmad Faizal Azumu, serta Setiausaha Agung BERSATU, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Azmin Ali.

Terima kasih atas kepercayaan dan laluan yang diberikan kepada kami di Ampang untuk bersama-sama memperkukuhkan semula parti ini demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.

InsyaAllah, politik khidmat yang menjadi prinsip dan pegangan sebelum ini akan terus kami perjuangkan. Bagi kami, politik adalah wadah untuk berkhidmat menyatukan masyarakat serta membawa manfaat kepada semua.

Semoga dirahmati Allah swt!

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽูˆูŽูƒูŽู‘ู„ู’ุชู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡

07/03/2026

Sekitar Majlis Iftar Parlimen Pagoh.
YB Presiden terus menyantuni warga dalam bulan yang mulia.
Semoga terus diberi kesihatan dan kekuatan mengharungi gelora yang melanda. Akhirnya akan tenang jua, InshaAllah

07/03/2026

YB Tan Sri Presiden meraikan warga Tionghwa yang menyambut Tahun Baru di kawasan Parlimen Pagoh.
Meriah & harmoni.

Salam Nuzul Al-QuranHari yang mengingatkan kita tentang turunnya mukjizat terbesar kepada umat manusia ,Al-Quran, sebaga...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran

Hari yang mengingatkan kita tentang turunnya mukjizat terbesar kepada umat manusia ,Al-Quran, sebagai petunjuk, rahmat dan cahaya dalam kehidupan.

Semoga kita semua terus mendekati Al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkannya dalam setiap langkah kehidupan dan semoga Al-Quran menjadi sahabat kita di dunia dan pemberi syafaat di akhirat.

Presiden Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkub...
04/03/2026

Presiden Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkubur tanpa nisan walaupun berdepan pelbagai ancaman dan cubaan untuk memecahbelahkan parti tersebut.

Menurut beliau, cabaran yang sedang dihadapi oleh BERSATU adalah sebahagian daripada asam garam dalam proses membina dan memperkukuhkan sesebuah parti politik. Dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam dunia politik, beliau yakin bahawa BERSATU kini sedang melalui fasa pematangan yang akan menjadikannya lebih kukuh dan mantap dalam membawa serta memperjuangkan suara rakyat Malaysia dalam arus politik negara.

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini membawa tautan ukhuwwah. Saya berkesempatan beriftar dan solat Maghrib di Surau Addini...
02/03/2026

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini membawa tautan ukhuwwah. Saya berkesempatan beriftar dan solat Maghrib di Surau Addiniah di Bukit Antarabangsa. Selepas itu bersama sahabat-sahabat ke Masjid Bukit Antarabangsa menunaikan solat Isyaโ€™, berterawih dan moreh bersama.
Turut meraikan malam ke 13 Ramadhan kali ini ialah YB Datoโ€™ Seri Mohamed Azmin Ali serta beberapa sahabat yang lain.
Dibulan yang mulia ini, semoga keberkatannya mengalir terus memenuhi jiwa-jiwa kita.InshaAllah.

Address

Bandar Baru Ampang
Ampang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nor Hizwan Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share