13/12/2025
Khamis 11 Dis 2025 @ 20 Jamadilakhir 1447H, PKIA telah menerima sumbangan set peralatan pesakit (katil hospital, kerusi roda, transfer chair, kerusi serbaguna, tongkat dll) , dari hamba Allah yg bermurah hati dan beralamat di Taman Impian Putra, Bangi.
PKIA akan menguruskan peralatan tersebut sebaik mungkin yang akan disampaikan p**a (diberi pinjam secara percuma) utk digunakan pesakit lain yg memerlukan peralatan berkenaan.
PKIA juga mengambil kesempatan ini mendoakan semuga roh Allahyarham bapa kpd penyumbang yg telah kembali kerahmatullah agar rohnya ditempatkan bersama mrk yg beriman, beramal sholeh, dirahmati serta dikurniakan jannah oleh Allah swt.
Disamping itu PKIA mengucapkan terima kasih kepada penyumbang berserta keluarga dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala uruskan serta dirahmati Allah yg mana kemurahan hari beliau dicatitkan sebagai amal sholeh. Aaminn