26/06/2026
Seluruh Warga Kerja YAWATIM mengucapkan Selamat Hari Anak Yatim kepada seluruh anak-anak yatim di bawah naungan PEYATIM.
Semoga sentiasa dilimpahi kasih sayang, kebahagiaan, rahmat dan keberkatan Allah SWT, serta terus membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
πππππππ πππππππππ ππππ ππππ πππππ 2026 "10 ππππππππ 1448 π"
Hari ini, 10 Muharram, merupakan Hari Anak Yatim yang sentiasa mengingatkan kita akan tanggungjawab bersama untuk menyantuni, membimbing dan memelihara kebajikan anak-anak yatim dengan penuh kasih sayang.
Bagi PEYATIM, 10 Muharram telah ditetapkan dan diisytiharkan sebagai Hari Anak Yatim sebagai simbol penghargaan, keprihatinan dan komitmen berterusan terhadap kebajikan anak-anak yatim.
Semoga semangat Hari Anak Yatim terus disemarakkan oleh seluruh Ahli Gabungan PEYATIM di seluruh Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan program yang memberi kegembiraan, kasih sayang serta sokongan kepada anak-anak yatim, sekali gus memperkukuhkan komitmen kita dalam memelihara kebajikan mereka.
PEYATIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang, rakan strategik, sukarelawan dan masyarakat serta agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sentiasa bersama menghulurkan bantuan serta menyokong usaha memperkasa kebajikan anak-anak yatim di Malaysia.
"KEBAJIKAN ANAK YATIM TANGGUNGJAWAB BERSAMA."
Ikhlas daripada
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)