BSO SERV KEDAH

BSO SERV KEDAH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BSO SERV KEDAH, Community Center, Wisma Tnb alor setar, Alor Setar.

Terima Kasih ❤️
23/03/2026

Terima Kasih ❤️

✨ SESI ZIARAH MAHABBAH ✨📍 Stor Yard TNB Kulim📅 22 Mac 2026Sesi Ziarah Mahabbah oleh Tuan Ir. Amir Mahmod bin Abdullah, C...
22/03/2026

✨ SESI ZIARAH MAHABBAH ✨

📍 Stor Yard TNB Kulim
📅 22 Mac 2026

Sesi Ziarah Mahabbah oleh Tuan Ir. Amir Mahmod bin Abdullah, Chief Procurement Officer telah berlangsung dengan jayanya di Stor Yard TNB Kulim dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan tertinggi dan warga kerja di samping meninjau sendiri operasi serta pengurusan stor yard.

Sepanjang sesi, beliau telah diberikan taklimat berkaitan pengurusan inventori, aliran logistik serta cabaran semasa. Beliau turut meluangkan masa berinteraksi bersama warga kerja serta menzahirkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan.

Semoga sesi ini terus memperkukuh semangat kerjasama dan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan berterusan dalam organisasi. 💪⚡

𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬, 𝐀𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 📆 𝟐𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔Hari ini suasana di pejabat terasa lebih hidup, bukan seka...
21/03/2026

𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬, 𝐀𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥

📆 𝟐𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔

Hari ini suasana di pejabat terasa lebih hidup, bukan sekadar sibuk, tapi penuh dengan rasa kebersamaan dan keikhlasan. Seawal pagi, 𝑺𝑫 𝑩𝑺𝑶 𝑲𝒆𝒅𝒂𝒉 sudah mula menyediakan juadah Hari Raya khas buat anggota kerja yang akan bertugas sebagai “𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚” pada 1 Syawal.

Di saat ramai yang bergembira bersama keluarga, ada yang tetap setia menjalankan amanah. Juadah yang disediakan ini mungkin sederhana, namun sarat dengan tanda ingatan bahawa mereka tidak pernah dilupakan.

Semoga sedikit usaha ini mampu menghadirkan senyuman, dan memberi rasa hangat di hati walaupun beraya di tempat kerja. Kerana hakikatnya, pengorbanan mereka itulah yang memastikan segalanya terus berjalan seperti biasa.

Hari ini bukan sekadar tentang juadah, tetapi tentang menghargai, mengingati dan berkongsi rasa itulah semangat sebenar Hari Raya 🤍

𝐴𝑛𝑎𝑘 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑛𝑎𝑚𝑝𝑎𝑘 𝑑𝑖 𝑢𝑓𝑢𝑘 𝑠𝑎𝑛𝑎,
𝑇𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑆𝑦𝑎𝑤𝑎𝑙 𝑏𝑎𝑘𝑎𝑙 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑒𝑙𝑚𝑎;
𝐷𝑖 𝑠𝑎𝑎𝑡 𝑖𝑛𝑠𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑔𝑒𝑚𝑏𝑖𝑟𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎,
𝐴𝑑𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑡𝑖𝑎 𝑑𝑒𝑚𝑖 𝑎𝑚𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑛𝑒𝑔𝑎𝑟𝑎.

𝐾𝑢𝑖ℎ 𝑑𝑖𝑠𝑢𝑠𝑢𝑛 𝑑𝑖 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑝𝑎𝑟𝑎,
𝐴𝑖𝑟 𝑠𝑖𝑟𝑎𝑝 𝑚𝑎𝑛𝑖𝑠 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑠𝑎;
𝑊𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟𝑔𝑎,
𝐽𝑎𝑠𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝 𝑑𝑖 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛𝑦𝑎.

𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢, 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚𝐧𝐲𝐚 Tidak semua berpeluang menyambut Aidilfitri dengan serba lengkap. Namun, keprihatina...
18/03/2026

𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢, 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚𝐧𝐲𝐚

Tidak semua berpeluang menyambut Aidilfitri dengan serba lengkap. Namun, keprihatinan warga Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuktikan bahawa kegembiraan itu tetap dapat dikongsi bersama.

Melalui kolaborasi 𝑺𝑫 𝑩𝑺𝑶 𝑺𝒖𝒏𝒈𝒂𝒊 𝑷𝒆𝒕𝒂𝒏𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝑫 𝑩𝑺𝑶 𝑲𝒖𝒍𝒊𝒎, agihan bakul makanan telah dilaksanakan di lokasi masing-masing dengan kerjasama 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒃 𝑲𝒊𝒍𝒂𝒕, 𝑷𝑲𝑷𝑰 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝑷𝒆𝒍𝒊𝒕𝒂𝒘𝒂𝒏𝒊𝒔 di setiap stesen. Sumbangan hasil infaq warga kerja ini telah disalurkan kepada golongan asnaf di sekitar komuniti setempat.

Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar bantuan, tetapi juga simbol ingatan dan kepedulian bahawa mereka tidak dilupakan.

𝓓𝓲 𝓼𝓮𝓫𝓪𝓵𝓲𝓴 𝓼𝓮𝓽𝓲𝓪𝓹 𝓫𝓪𝓴𝓾𝓵,
𝓽𝓮𝓻𝓼𝓲𝓶𝓹𝓪𝓷 𝓱𝓪𝓻𝓪𝓹𝓪𝓷
𝓓𝓲 𝓼𝓮𝓫𝓪𝓵𝓲𝓴 𝓼𝓮𝓽𝓲𝓪𝓹 𝓼𝓮𝓷𝔂𝓾𝓶𝓪𝓷,
𝓽𝓮𝓻𝓲𝓻𝓲𝓷𝓰 𝓭𝓸𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓲𝓹𝓪𝓷𝓳𝓪𝓽𝓴𝓪𝓷

✨ Kebaikan kecil, membawa makna besar apabila lahir dari hati yang ikhlas.

𝐷𝑖 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑙𝑖𝑘 𝑠𝑒𝑡𝑖𝑎𝑝 𝑏𝑎𝑘𝑢𝑙, 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑖𝑚𝑝𝑎𝑛 #𝑇𝑁𝐵𝑃𝑒𝑑𝑢𝑙𝑖 #𝐶𝑆𝑅 #𝐸𝑆𝐺 #𝑃𝑟𝑖ℎ𝑎𝑡𝑖𝑛𝐾𝑜𝑚𝑢𝑛𝑖𝑡𝑖 #𝐾𝑜𝑛𝑔𝑠𝑖𝑅𝑒𝑧𝑒𝑘𝑖

🤝𝐄𝐧𝐠𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐇𝐎𝐃 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠Titipan Bingkisan Raya Aidil Fitri 2026 kepada semua HOD Negeri 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 sebagai tanda ...
13/03/2026

🤝𝐄𝐧𝐠𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐇𝐎𝐃 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠

Titipan Bingkisan Raya Aidil Fitri 2026 kepada semua HOD Negeri 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kerjasama serta sokongan kepada BSO.

Semoga semangat kerjasama, kasih sayang dan kebersamaan terus terjalin, bukan sahaja sempena Syawal, tetapi sepanjang tahun. 🌙

𝑆𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝐻𝑎𝑟𝑖 𝑅𝑎𝑦𝑎 𝐴𝑖𝑑𝑖𝑙𝑓𝑖𝑡𝑟𝑖, 𝑀𝑎𝑎𝑓 𝑍𝑎ℎ𝑖𝑟 & 𝐵𝑎𝑡𝑖𝑛! 💛

✨ 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐍𝐁 – 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨Sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Tanggungjawab Sosia...
11/03/2026

✨ 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐍𝐁 – 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB satu sesi penyerahan sumbangan kenderaan terpakai yang telah dibaik pulih dan telah dinaik taraf kepada 𝐌𝐚𝐝𝐫𝐚𝐬𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐪𝐫𝐢𝐛𝐮𝐥 𝐈𝐤𝐡𝐰𝐚𝐧 𝐅𝐢 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐡𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 telah berlangsung pada hari ini.

Program ini bertujuan untuk membantu memudahkan urusan serta menyokong aktiviti dan kebajikan pihak madrasah.

Sesi Penyerahan kepada wakil adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
📍 Tempat: Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhir Rahman, Kedah

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan membantu melancarkan urusan pengurusan aktiviti kebajikan madrasah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 🤝

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍  𝐁𝐈𝐍𝐆𝐊𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐀𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀𝟏 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌📅 Tarikh: 11 Mac 2026📍 Lokasi...
11/03/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍𝐆𝐊𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐀
𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀
𝟏 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

📅 Tarikh: 11 Mac 2026
📍 Lokasi: Wisma TNB Kedah

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐑

Sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesiapsiagaan anggota kerja dalam memastikan kelangsungan bekalan elektrik khususnya sepanjang musim perayaan, SD BSO Kedah, telah memastikan bingkisan kuih raya diagihkan kepada seluruh anggota kerja yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri pertama sempena 1 Syawal 1447H.

Agihan ini di sempurnakan oleh Pengurus Besar Negeri Kedah, Puan Azian Binti Alias dan telah menyarankan bingkisan ini disampaikan kepada wargakerja yang bertugas pada hari raya sebagai perhargaan ke atas komitmen yang ditunjukkan.

Sebanyak 462 bingkisan Raya telah diagihkan kepada semua jabatan yang terlibat yang terdiri daripada Unit ORR, Unit Protection daripada DN, Jabatan Grid Maintenance Kedah Perlis, SSD Kedah Perlis, JFM Kedah Perlis, Warehouse dan ICT.

Disebalik agihan ini dan penyediaan bingkisan ini, telah menunjukan keperihatin syarikat kepada semua pihak yang bertugas dan saluran agihan ini telah diselaraskan penyediaannya melalui Pelitawanis Sungai Petani, Kedah. Agihan kestesen telah dibuat secara kolabrasi diantara PTNB Sungai Petani, SD BSO Tempatan dan JFM Kedah.

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan atas dedikasi semua yang merealisasikan agihan bingkisan raya ini daripada SD BSO Kedah, semua Persatuan Pelitawanis Cawangan Kedah, dan JFM Kedah Perlis. Semoga bingkisan ini menambah keceriaan dalam menjalankan tugas murni anda.

𝑆𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝐻𝑎𝑟𝑖 𝑅𝑎𝑦𝑎 𝐴𝑖𝑑𝑖𝑙𝑓𝑖𝑡𝑟𝑖, 𝑀𝑎𝑎𝑓 𝑍𝑎ℎ𝑖𝑟 & 𝐵𝑎𝑡𝑖𝑛

10/03/2026

𝐒𝐃 𝐁𝐒𝐎 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 mengucapkan 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 kepada Mr Saravanan, Head (Field Maintenance), Jabatan Grid Maintenance.
Semoga hari istimewa ini membawa kegembiraan, kesihatan yang berpanjangan serta kejayaan berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.

Ikhlas from

𝑩𝑺𝑶 𝑺𝒆𝒓𝒗𝒊𝒄𝒆𝒔 𝑲𝒆𝒅𝒂𝒉

09/03/2026

𝐒𝐃 𝐁𝐒𝐎 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 mengucapkan 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑼𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏 kepada Ir. Puan Sharida binti Bahari, Ketua Jurutera (SBU Asset Development) North.

Semoga hari istimewa ini membawa kegembiraan, kesihatan yang berpanjangan serta kejayaan berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.

Kami juga mendoakan agar kehidupan harian puan sentiasa berada dibawah lindungan dan keberkatan dari Allah S.W.T. Amiin

✨ 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐍𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟔– 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐢 𝐀𝐢𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐀𝐥 𝐊𝐚𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫, 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 ✨Tenaga Nasional Berhad (TNB...
09/03/2026

✨ 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐍𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟔– 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐢 𝐀𝐢𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐀𝐥 𝐊𝐚𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫, 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 ✨

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengadakan Sesi Serahan Peti Ais kepada pihak 𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐀𝐥 𝐊𝐚𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫 , 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB 2026.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 09 Mac 2026 ( Isnin)
⏰ Masa: 9.30 Pagi
📍 Tempat: Maahad Tahfiz Al-Kauthar, No. 9418 Kampung Mengkuang Tengah, 09110 Kuala Pegang, Baling Kedah

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pihak Maahad Tahfiz. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 🤝

#𝐶𝑆𝑅 #𝑇𝑁𝐵𝐶𝑎𝑟𝑒 #𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡𝑀𝑎𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑘𝑎𝑡 #𝑇𝑁𝐵

𝗕𝗦𝗢 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒!!𝐌𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐮𝐤 𝐓𝐍𝐁 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐉𝐮𝐫𝐢🏆ALOR SETAR, 8 Mac 2026 – Tenaga Nasional Berhad, Ne...
09/03/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒!!
𝐌𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐮𝐤 𝐓𝐍𝐁 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐉𝐮𝐫𝐢🏆

ALOR SETAR, 8 Mac 2026 – Tenaga Nasional Berhad, Negeri Kedah melalui TGBS Service Delivery BSO Kedah telah menyertai Program Gerak Rahmah 2026 𝑱𝒐𝒎 𝑴𝒂𝒔𝒂𝒌 𝑩𝒖𝒃𝒖𝒓 𝑳𝒂𝒎𝒃𝒖𝒌 yang berlangsung di Tapak Pakir, Wisma Persekutuan Alor Setar.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan serta komuniti setempat dalam usaha memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan di kalangan masyarakat. Sebanyak 21 periuk Bubur Lambuk telah berjaya dimasak di dalam program ini

Penyertaan TNB dalam program ini diketuai oleh Puan Azian Binti Alias, Pengurus Besar TNB Negeri Kedah selaku Chef masakan dengan penglibatan bersama daripada pelbagai bahagian termasuk Retail, TGBS-SD BSO & SSD, serta sokongan daripada Kelab Kilat, PELITAWANIS dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) Alor Setar.

Melalui aktiviti gotong-royong memasak Bubur Lambuk, warga TNB bersama peserta program lain berganding bahu menyediakan juadah untuk diagihkan kepada orang ramai. Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Ramadan, malah turut mengeratkan hubungan antara warga kerja TNB dan komuniti setempat.

Penglibatan TNB dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong program kemasyarakatan serta memperkukuh hubungan strategik bersama agensi kerajaan dan masyarakat selaras dengan aspirasi TNB dalam memberi nilai kepada komuniti.

~BSO KEDAH~

Address

Wisma Tnb Alor Setar
Alor Setar
05990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSO SERV KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share