Nisa' Alor Setar

Nisa' Alor Setar Pertubuhan Nisa‘ Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan, NGO yang berdaftar sejak 11 January

Selamat Hari Ibu!Ibu adalah pintu syurga yang paling tengah. Jagalah ia.Terima kasih Ibu, kerana menjadi cerminan kasih ...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu!

Ibu adalah pintu syurga yang paling tengah. Jagalah ia.

Terima kasih Ibu, kerana menjadi cerminan kasih sayang Allah di dunia ini.

Semoga Allah sentiasa membalas setiap lelahmu dengan pahala jariah

Ikhlas,
Nisa' Alor Setar

Selamat Hari Pekerja!Pekerja adalah aset terpenting negara. Selamat Hari Pekerja buat semua individu yang telah mencurah...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja!

Pekerja adalah aset terpenting negara. Selamat Hari Pekerja buat semua individu yang telah mencurahkan keringat dan bakti demi kemajuan ekonomi dan kesejahteraan bersama.

Terima kasih atas kerjasama profesional dan komitmen tinggi yang anda berikan. Teruskan memberi sumbangan terbaik dalam setiap bidang yang diceburi.

Alhamdulillah.

Kelebihan Puasa Sunat 6 hari pada Bulan SyawalRasulullah SAW bersabda:​مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ...
03/04/2026

Kelebihan Puasa Sunat 6 hari pada Bulan Syawal

Rasulullah SAW bersabda:
​مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
​"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka ia seumpama puasa sepanjang tahun (setahun)."
— (Hadis Riwayat Muslim)

Hari ni, 15 Syawal 1447H, masih berbaki 14 hari lagi bulan Syawal tahun ni.

Selamat menjalankan ibadah puasa sunat sahabat-sahabat!💜🩷💚

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia.​"Autisme bukanlah penyakit, ia adalah satu keistimewaan." 🧩✨​Mari kita sama-sama...
02/04/2026

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

​"Autisme bukanlah penyakit, ia adalah satu keistimewaan." 🧩✨
​Mari kita sama-sama memupuk rasa kasih sayang dan membina masyarakat yang lebih inklusif untuk semua. Setiap insan itu istimewa, dan mereka berhak mendapat tempat yang terbaik dalam hati kita semua.


Tahniah buat pejuang SPM 2025!​Keputusan ini adalah kunci, namun kembara sebenar baru sahaja bermula. Teruskan menuntut ...
02/04/2026

Tahniah buat pejuang SPM 2025!
​Keputusan ini adalah kunci, namun kembara sebenar baru sahaja bermula. Teruskan menuntut ilmu, didiklah jiwa dengan kesabaran, dan mendewasalah dengan penuh bijaksana. Semoga setiap langkah kalian selepas ini membawa sinar buat nusa dan bangsa.

Ikhlas,
Nisa’ Kawasan Alor Setar.

[SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2026] 🎒📚​Loceng sekolah berbunyi kembali! Kami, Nisa' Alor Setar ingin mengucapkan Sela...
11/01/2026

[SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2026] 🎒📚
​Loceng sekolah berbunyi kembali! Kami, Nisa' Alor Setar ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua pelajar, khususnya anak-anak di sekitar Alor Setar.

​"Pendidikan bukan sekadar mengisi minda, tetapi menyalakan api semangat untuk terus berbakti." ✨

​Semoga sesi akademik 2026 ini membawa seribu satu kecemerlangan, keberkatan ilmu, dan pengalaman yang mematangkan diri. Buat ibu bapa dan guru-guru, selamat berjuang dalam mendidik generasi ummah!

​Ikhlas daripada,
Urusetia Nisa' Alor Setar

[PROGRAM I LOVE SCHOOL 2026: MENYANTUNI GENERASI MASA DEPAN]​Alhamdulillah, pada Jumaat, 9 Januari 2026 yang lalu, telah...
11/01/2026

[PROGRAM I LOVE SCHOOL 2026: MENYANTUNI GENERASI MASA DEPAN]

​Alhamdulillah, pada Jumaat, 9 Januari 2026 yang lalu, telah berlangsung Program I Love School 2026 bertempat di Alor Setar. Program yang bermula jam 3.00 petang hingga 5.30 petang ini telah berjalan dengan penuh lancar dan ceria.

✨​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa menghantar anak-anak. Kehadiran ini bukan sekadar memenuhi jemputan, malah secara tidak langsung menyuntik semangat baharu buat anak-anak sebelum bermulanya sesi akademik 2026 tidak lama lagi.

✨​Melalui penyerahan bantuan persekolahan ini, kami berharap ia dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan kewangan keluarga, sekali gus menjadi pemangkin motivasi buat anak-anak 'The Pearl of Kedah' untuk melangkah ke sekolah dengan lebih bersemangat.

​Semoga anak-anak ini terus memacu kecemerlangan, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah demi memartabatkan agama, bangsa, dan negara.

​"Pendidikan Berkualiti, Generasi Berbakti"

​Ikhlas daripada 💜
Urusetia Nisa' Kawasan Alor Setar.

🪔 Selamat Menyambut Hari DeepavaliCahaya menghalau kegelapan, kebaikan menyatukan perbezaan.Sama-sama raikan warna, caha...
20/10/2025

🪔 Selamat Menyambut Hari Deepavali
Cahaya menghalau kegelapan, kebaikan menyatukan perbezaan.
Sama-sama raikan warna, cahaya dan perpaduan.

Ikhlas daripada Nisa’ Alor Setar 💜




Nisa' kawasan Alor Setar mengucapkan selamat nenyambut Hari Malaysia 2025! Biarlah jiwa Malaysia kita bersatu padu, buka...
16/09/2025

Nisa' kawasan Alor Setar mengucapkan selamat nenyambut Hari Malaysia 2025!
Biarlah jiwa Malaysia kita bersatu padu, bukan hanya di geografi, tetapi dalam setiap denyutan nadi rakyatnya.




31/08/2025

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68! 🇲🇾

“Malaysia, tanah tumpahnya darahku.

68 tahun kita mengecap nikmat kemerdekaan hasil pengorbanan para pejuang, darah dan air mata yang mengalir demi membebaskan negara dari belenggu penjajahan.

Merdeka bukan sekadar laungan—ia simbol perjuangan, semangat, dan kasih sayang terhadap tanah air yang tercinta. Kita diwarisi kemerdekaan ini dengan tanggungjawab untuk memelihara keamanan, menyemai perpaduan, dan menyuburkan nilai patriotisme dalam setiap jiwa warganegara.

Kini, tibalah masa untuk kita, generasi penerus, bangkit dengan jiwa yang merdeka, berani mencipta perubahan dan membawa Malaysia terus maju di persada dunia—dengan ilmu, integriti dan iltizam yang jitu.

Dirgahayu Malaysiaku!
Semoga Malaysia terus aman, makmur dan bersatu padu dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan kita.”

# nisakedahofficial

Ikhlas daripada Nisa' Alor Setar💜

Address

Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa' Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nisa' Alor Setar:

Share