Yayasan Ikhlas Alor Setar

Yayasan Ikhlas Alor Setar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Ikhlas Alor Setar, Nonprofit Organization, Alor Setar.

Yayasan Ikhlas (YI) merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ซ๐จ๐ฌ๐š๐ค. ๐’๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ง, ๐›๐ฎ๐š๐ง๐  ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง?Minggu lalu, kami di Semporna berpeluang melupuskan Al Quran dan buku Iqraโ€™ ...
12/05/2026

๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ซ๐จ๐ฌ๐š๐ค. ๐’๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ง, ๐›๐ฎ๐š๐ง๐  ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง?

Minggu lalu, kami di Semporna berpeluang melupuskan Al Quran dan buku Iqraโ€™ yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi di sekolah.

Walaupun telah rosak, huruf bacaan tak jelas, koyak, lusuh dan sebahagiannya sudah hilang muka surat, tetap ia tidak boleh dibuang macam sampah biasa. Sebab ia bukan sekadar kertas. Helaian kertas itu pernah menjadi tempat terakamnya kalam Allah. Kami mengambil keputusan untuk melupuskannya dengan cara yang tertib dan penuh hormat.

Sedih sebenarnya, bila ada Al-Quran dibuang dalam tong sampah, dicampak di tepi jalan, atau dibiarkan reput tanpa penghormatan. Bukan sebab orang benci agama. Kadang-kadang sebab mereka tak tahu cara yang betul untuk melupuskannya.

Dan apabila ia sudah tidak dapat digunakan, ia tetap layak dimuliakan. Kadang-kadang, cara kita menghormati al-Quran menunjukkan bagaimana hati kita menghormati isi kandungannya.

Baca seterusnya di https://www.facebook.com/share/p/1BA43TvHeb/?mibextid=wwXIfr

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ• ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐€๐ฅ ๐‡๐ฎ๐๐šPusat Pembelajaran Islam Al Huda (PPIAH), Semporna merupakan sekolah alternati...
12/05/2026

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ• ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐€๐ฅ ๐‡๐ฎ๐๐š

Pusat Pembelajaran Islam Al Huda (PPIAH), Semporna merupakan sekolah alternatif yang ditubuhkan Yayasan Ikhlas sejak 2021 lagi menempatkan seramai 497 orang pelajar di Kampung Pekan 2, Kampung Kuala Bibang dan Kampung Airport.

Hari ini adalah hari bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2026 untuk setiap tahap dari Tahap 1 sehingga Tahap 6.

Semoga para murid dikurniakan ketenangan, dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan, serta mampu mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran di kelas.

Yayasan Ikhlas mendoakan agar semua murid PPIAH dipermudahkan urusan, dilapangkan hati dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam PPT 2026.

Bittaufiq Wannajah semua!



๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐€๐๐†๐’๐€ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐Hari ni Yayasan Ikhlas Sandakan menyantuni mangsa di dua lokasi sekaligus iaitu P...
11/05/2026

๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐€๐๐†๐’๐€ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐

Hari ni Yayasan Ikhlas Sandakan menyantuni mangsa di dua lokasi sekaligus iaitu PPS Kg Air, PPH Karamunting serta lokasi khemah di Kg Bahagia.

Telah lebih 3 minggu kebakaran berlaku, mangsa masih tinggal di khemah-khemah perlindungan. Semasa pasca bencana, bantuan semakin berkurangan, dan mangsa semakin struggle menanti jawapan dan harapan.

Kami menziarahi mereka sejak hari pertama kejadian sehingga kini. Walaupun bantuan yang dihulurkan serba sederhana, namun sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan mereka terus diberikan semangat dan mampu mengukir senyuman di sebalik ujian.

Jangan biarkan mereka sendirian. Hari ni mungkin hari mereka, esok mungkin kita p**a.

misibantuan.com

๐€๐ข๐ซ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฉ๐š๐ง-๐Œ๐š๐ฉ๐š๐งAlhamdulillah, Projek Pembangunan Sistem Air Bersih di Kampung Mapan-Mapan, Pitas, S...
11/05/2026

๐€๐ข๐ซ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฉ๐š๐ง-๐Œ๐š๐ฉ๐š๐ง

Alhamdulillah, Projek Pembangunan Sistem Air Bersih di Kampung Mapan-Mapan, Pitas, Sabah telah memberi manfaat kepada 42 buah rumah di atas laut dan darat, serta sebuah surau.

Usaha yang dilaksanakan dengan sumbangan Maybank Islamic ini telah bermula sejak pertengahan 2025. Usaha penyediaan air bersih kepada penduduk juga dibuat dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sistem kolam takungan 60kaki x 60kaki dengan kedalaman 12 kaki ini boleh menampung keperluan penduduk selama 6 bulan sekiranya tiba musim kemarau.

Air yang sampai kepada penduduk diproses, dirawat dan ditapis terlebih dahulu, sebelum disambung ke 3 tempat pengambilan yang berdekatan dengan kawasan rumah penduduk di darat dan laut.

Terima kasih tak terhingga kepada Maybank atas sokongan bagi membantu komuniti bagi penyediaan sumber air bersih.


๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ง ๐Œ๐”๐ˆ๐ ๐‘๐จ๐ฆ๐ฉ๐ข๐งPada Khamis 7 Mei, Yayasan Ikhlas telah hadir ke pejabat Majlis Ugama Islam Paha...
08/05/2026

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ง ๐Œ๐”๐ˆ๐ ๐‘๐จ๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง

Pada Khamis 7 Mei, Yayasan Ikhlas telah hadir ke pejabat Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Daerah Rompin. Mesyuarat dipengerusikan Ustaz Fadhlullah Hilmi, Pengurus MUIP Rompin.

MUIP Rompin telah membentangkan beberapa projek Pembangunan Komuniti yang berjaya dilaksanakan dan beberapa projek seterusnya yang boleh dilibatkan Yayasan Ikhlas khususnya di beberapa perkampungan orang asli dan di beberapa kampung dalam Pulau Tioman.

Yayasan Ikhlas juga telah dibawa melawat satu surau KOA di Sembayan, Rompin bagi melihat bangunan surau yang perlu dibaik pulih sedikit untuk dimanfaatkan 30 keluarga muslim untuk aktiviti ibadah dan komuniti.

๐’€๐’‚๐’š๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’”
๐‘น๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’–๐’”๐’Š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’„๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’…๐’‚.

08/05/2026

โ€œ๐‘ผ๐‘ช๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ฐ-๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ด๐‘จ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐’€๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ณ๐‘จ๐‘บโ€ โ€” ๐’€๐‘ฉ ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘จ๐‘บ ๐‘บ๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ

Bencana kebakaran ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š, ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐’๐š๐ฉ๐ข ๐’๐š๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง bukan sekadar memusnahkan rumahโ€ฆ

tetapi turut meruntuhkan harapan ramai keluarga dalam sekelip mata.

Saat ramai kehilangan tempat berteduh, makanan dan keperluan harian, Yayasan Ikhlas antara yang terus turun membantu mangsa di lapangan.

Sehinggakan YB Alias Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Sabah sendiri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Ikhlas atas usaha membantu mangsa kebakaran ini.

Terima kasih juga kepada semua penyumbang yang bersama Yayasan Ikhlas dalam membantu mereka yang sedang diuji โค๏ธ

๐’€๐’‚๐’š๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’”
๐‘น๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’–๐’”๐’Š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’„๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’…๐’‚.

๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ, ๐‚๐ƒ๐€ ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค ๐€๐๐ŒPada Rabu, 06 Mei 2026 โ€“ Yayasan Ikhlas telah hadir dalam majlis Sambutan Hari Ulang Tahu...
07/05/2026

๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ, ๐‚๐ƒ๐€ ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค ๐€๐๐Œ

Pada Rabu, 06 Mei 2026 โ€“ Yayasan Ikhlas telah hadir dalam majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan ke-74 di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat Pertahanan Awam.

Dalam majlis tersebut, Yayasan Ikhlas diminta untuk buka 2 pameran memandangkan Yayasan Ikhlas ialah NGO yang menerima pingat emas dari APM dalam misi-misi bantuan bencana pada tahun 2025 dan berada di rangking pertama dalam bantuan bencana pada MTL 2025 / 2026.

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) telah membuat lawatan bersama YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Tapak Pameran Yayasan Ikhlas.

Semoga kerjasama erat APM dan Yayasan Ikhlas terus utuh dalam memperkasakan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


๐Š๐š๐ญ๐ข๐ฅ ๐ก๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐š๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ ๐ฌ๐ญ๐ซ๐จ๐คPada bulan 2 lalu, ketika Yayasan Ikhlas mengedarkan sumbangan Ramadan di Alor Setar, Ke...
07/05/2026

๐Š๐š๐ญ๐ข๐ฅ ๐ก๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐š๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ ๐ฌ๐ญ๐ซ๐จ๐ค

Pada bulan 2 lalu, ketika Yayasan Ikhlas mengedarkan sumbangan Ramadan di Alor Setar, Kedah, kami telah menziarahi satu keluarga asnaf yang memerlukan bantuan bukan hanya makanan atau wang tunai, tapi bantuan sokongan untuk terus kuat bertahan sakit.

Isterinya menghadapi strok dan tidak mampu bergerak bebas, dengan kudrat suaminya yang semakin tidak kuat, memerlukan katil hospital 3 fungsi dalam 1 untuk membantunya.

Alhamdulillah, dari sumbangan penyumbang dalam Kempen Bantu Pesakit Sihat, kami dapat sediakan katil hospital dan beberapa keperluan lain.

Semoga pasangan ini terus kuat, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

๐๐š๐ฃ๐š๐ฎ ๐‹๐š๐ฎ๐ญBajau Laut dari dulu sebenarnya dipandang hina dan dianggap golongan kasta paling rendah di kawasan kep**auan ...
05/05/2026

๐๐š๐ฃ๐š๐ฎ ๐‹๐š๐ฎ๐ญ

Bajau Laut dari dulu sebenarnya dipandang hina dan dianggap golongan kasta paling rendah di kawasan kep**auan di Semporna - Sibutu.

Disebabkan mereka nomad laut yang hidup di atas kapal dan bot, mereka didiskriminasi oleh penduduk daratan. Mereka tak termasuk dalam pengaruh politik kesultanan Sulu, dan waktu pemerintahan penjajah mereka dihalau beramai - ramai sebab tak bayar cukai bot.

Lebih dari tu, dalam mitos masyarakat setempat, Bajau Laut dianggap golongan yang 'disumpah', dihinakan kehidupan mereka untuk terus hidup di atas sampan dan perahu. Punca utama diskriminasi ni adalah sebab mereka dianggap golongan tak beragama, atau pengamal ajaran animisme. Dan bukan saudara seislam.

Baca seterusnya di https://www.facebook.com/share/p/19w1QybdjA/?mibextid=wwXIfr

Terima kasih Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astilah bersama dalam program Kit Emosi Yayasan Ikhlas di PPS Sim-S...
05/05/2026

Terima kasih Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astilah bersama dalam program Kit Emosi Yayasan Ikhlas di PPS Sim-Sim, Sandakan

Program Kit Emosi oleh Yayasan Ikhlas dengan tajaan Permodalan Nasional Berhad melibatkan 84 kanak-kanak (41 perempuan, 43 lelaki). Pelbagai aktiviti santai dijalankan bagi menceriakan serta menyokong emosi mereka, sambil memupuk semangat kebersamaan dan keyakinan diri.

Di sebalik ujian, terpancar senyuman yang memberi kekuatan buat semua. Kehadiran ini kecil, namun diharapkan mampu memberi makna buat mereka.

misibantuan.com


29/04/2026

Address

Alor Setar
06550

Telephone

+60103030421

Website

http://yayasanikhlas.org.my/, https://yikhlas.fund/asFidyah, https://yikhlas.fund/asTajaBelaj

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Ikhlas Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share