Haluanita Kedah

Haluanita Kedah Berakhlak,mendidik dan berbakti. Haluanita merupakan salah satu biro dalam Haluan Malaysia .

[๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต]Mulakan Subuh kita dengan bersedekah. Setelah berhempas pulas menghidupkan malam dengan ibadah, jangan bi...
16/03/2026

[๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต]

Mulakan Subuh kita dengan bersedekah. Setelah berhempas pulas menghidupkan malam dengan ibadah, jangan biarkan ia terhenti. Sambungkan ibadah itu dengan satu amalan yang Allah SWT sangat cintai, iaitu membantu sesama manusia. Kerana ada pahala yang lahir daripada sujud, dan ada keberkatan yang lahir daripada tangan yang memberi.

Asrama HALUAN Penyayang memerlukan sokongan anda. Amanah ini kami galas demi membantu anak anak ini membina kehidupan yang lebih baik. Ada antara mereka membesar tanpa ayah. Ada antara mereka telah merasai kehilangan ibu. Kami mahu terus menyokong mereka. Tapi tanpa sokongan anda, ia akan menjadi sangat sukar.

Sedekah yang anda hulurkan adalah pembuka pintu rezeki, menjemput keberkatan dalam hidup, dan menjadi amal yang akan menunggu anda di hadapan Allah SWT kelak. Subuh ini, jangan lepaskan peluang untuk menyemai pahala yang akan terus hidup bersama kita.

Scan QR code atau layari page donation kami:
https://www.haluan.org.my/donations/tajaan-anak-yatim-dan-miskin-asrama-haluan-penyayang/

_
๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž
www.barakahramadan.com

๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™™๐™ž ๐™’๐™๐™–๐™ฉ๐™จ๐™–๐™ฅ๐™ฅ ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™š๐™ก
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น.Puasa mendidik kita merasai lapar, merasai kesusahan orang lain. Malah Islam mengajar kita su...
12/03/2026

๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น.

Puasa mendidik kita merasai lapar, merasai kesusahan orang lain. Malah Islam mengajar kita supaya tidak membiarkan orang lain terus menanggung kesusahan sendirian.

Rasulullah SAW bersabda: โ€œSesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang berpuasa tersebut.โ€ (Hadis Riwayat Tirmizi)

Ini menunjukkan bahawa Ramadan bukan sekadar tentang menahan diri, tetapi tentang berkongsi rezeki agar lebih ramai dapat berbuka dengan tenang.

Kerana itu Ramadan mengajak kita melihat sekeliling. Mungkin berbuka dengan sangat sederhana. Yang terpaksa berjimat hanya untuk memastikan ada sesuatu di atas meja ketika maghrib. Di situlah ruang kita untuk berkongsi rezeki, supaya Ramadan tidak hanya kita lalui seorang diri, tetapi dirasai keberkatannya bersama mereka yang memerlukan.

_
๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž
www.barakahramadan.com

๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™™๐™ž ๐™’๐™๐™–๐™ฉ๐™จ๐™–๐™ฅ๐™ฅ ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™š๐™ก
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

Detik-detik terakhir Pemburuan Lailatul Qadar Di Malam- Malam terakhir Ramadan
11/03/2026

Detik-detik terakhir Pemburuan Lailatul Qadar Di Malam- Malam terakhir Ramadan

๐ŸŒ™ ๐Ÿฌ๐Ÿต ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป.

Malam ini adalah malam ke-21.
Kita sudah melangkah ke fasa paling berharga dalam bulan ini iaitu sepuluh malam terakhir. Rasulullah SAW sendiri apabila tiba malam malam ini akan meningkatkan ibadah dengan bersungguh sungguh kerana pada malam-malam inilah tersembunyi satu malam yang sangat agung, iaitu Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Satu malam yang singkat, tetapi nilainya seakan puluhan tahun ibadah. Sebab itu para ulama mengingatkan bahawa kerugian terbesar bukanlah apabila Ramadan berlalu, tetapi apabila Ramadan berlalu tanpa kita mendapat keampunan Allah.

Malam ke-21 ini adalah peringatan untuk kita bangkit semula. Hidupkan malam dengan solat, perbanyakkan al-Quran, zikir dan doa memohon keampunan. Mudah-mudahan pada malam malam yang berbaki ini, Allah memilih kita menjadi antara hamba-Nya yang dipertemukan dengan Lailatul Qadar. ๐Ÿคฒโœจ

_
๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž
www.barakahramadan.com

๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™™๐™ž ๐™’๐™๐™–๐™ฉ๐™จ๐™–๐™ฅ๐™ฅ ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™š๐™ก
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

11/03/2026

RAMADAN SALES โ—โ—โ—

Dah nak tidur ke tu?Jangan lupa niat puasa esok._๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™žwww.barakahramadan.com๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž...
20/02/2026

Dah nak tidur ke tu?
Jangan lupa niat puasa esok.

_
๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž
www.barakahramadan.com

๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™™๐™ž ๐™’๐™๐™–๐™ฉ๐™จ๐™–๐™ฅ๐™ฅ ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™š๐™ก
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

Jumaat pertama dalam Ramadan. Pertemuan dua kemuliaan, Jumaat penghulu segala hari dan Ramadan penghulu segala bulan. Bi...
20/02/2026

Jumaat pertama dalam Ramadan. Pertemuan dua kemuliaan, Jumaat penghulu segala hari dan Ramadan penghulu segala bulan. Bila dua ini bertemu, ganjarannya bukan biasa biasa. Ia berganda untuk siapa yang mahu bertindak.

Ramadan ini panjang, tapi momentum ditentukan di awalnya. Kalau Jumaat pertama pun kita sudah ringan tangan memberi, insyaAllah minggu minggu seterusnya hati akan lebih mudah untuk terus bersedekah. Tapi kalau kita lepaskan hari ini, biasanya yang lain pun jadi sekadar niat.

Di luar sana, ada yang menunggu azan maghrib dengan perut kosong dan fikiran penuh resah memikirkan apa untuk berbuka. Sedekah iftar dan pek makanan yang kita hulurkan mungkin kecil pada kita, tetapi besar ertinya buat mereka.

Rebut ganjaran berganda di hari yang berganda kemuliaannya ini. Sumbang sekarang dan jadikan Jumaat pertama Ramadan sebagai titik mula Ramadan yang benar benar hidup.

_
๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž
www.barakahramadan.com

๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™™๐™ž ๐™’๐™๐™–๐™ฉ๐™จ๐™–๐™ฅ๐™ฅ ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™š๐™ก
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

Kruk, kruk, kruk. Perutnya berbunyi, pedihnya. Kelaparan itu menjerut perutnya.Dikerlingnya bekas berisi separuh bahagia...
19/02/2026

Kruk, kruk, kruk.
Perutnya berbunyi, pedihnya. Kelaparan itu menjerut perutnya.
Dikerlingnya bekas berisi separuh bahagian nasi.

Tidak semua mahasiswa senang. Ada mahasiswa yang setiap hari hanya mampu beli satu hidangan sahaja. Itu sahaja yang ada dalam bajetnya.

Makanan itu akan dibahagikan dua. Separuh dimakan waktu tengah hari, supaya dia ada tenaga untuk duduk dalam kuliah. Separuh lagi disimpan untuk malam. Apabila lapar datang semula, dia akan buka bekas yang kedua. Nasi yang sama, lauk yang sama.
Minuman? Sama ada water cooler di sekitar hostel atau air paip. Asalkan hilang dahaga, perihal rasa ditolak tepi.

Itulah rutin hariannya.

Dia bukan tidak mahu makan lebih. Tetapi duit di tangan perlu dicukupkan untuk yuran, minyak motor, buku dan tugasan. Dalam kira-kira hidupnya, perut selalu jadi perkara terakhir yang difikirkan. Kelaparan ini pasti akan hilang, asalkan saja dia mendapat ilmu yang diidamkan.

Ramadan ini, jangan biarkan mereka terus mencatu makan sendirian. Hulurkan sumbangan untuk Iftar dan Pek Makanan Mahasiswa. Biar mereka berbuka dengan rasa cukup, bukan sekadar mengisi perut.

___
๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž
www.barakahramadan.com

๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™™๐™ž ๐™’๐™๐™–๐™ฉ๐™จ๐™–๐™ฅ๐™ฅ ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™š๐™ก
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

๐ŸŒ™ ๐—ง๐—ฎ๐˜‡๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™ข๐™– ๐™๐™–๐™ข๐™–๐™™๐™–๐™ฃ.Selain puasa, bulan Ramadan juga adalah bulan al-Quran. Inilah bulan terbaik untu...
19/02/2026

๐ŸŒ™ ๐—ง๐—ฎ๐˜‡๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป

๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™ข๐™– ๐™๐™–๐™ข๐™–๐™™๐™–๐™ฃ.
Selain puasa, bulan Ramadan juga adalah bulan al-Quran. Inilah bulan terbaik untuk kita rapat semula dengan kalam Allah SWT yang mungkin selama ini kita tertinggal, terlepas kerana sibuk dengan urusan dunia.

Kadang-kadang kita rasa hidup serabut, hati tak tenang, emosi mudah naik. Tapi kita lupa, mungkin sudah lama kita tak duduk diam-diam dengan al-Quran. Setiap huruf yang dibaca digandakan pahala. Walaupun bacaan kita tak lancar, walaupun merangkak, tetapi Allah SWT tetap kira sebagai usaha yang berharga.

Bulan Ramadan bukan bulan berlumba-lumba. Al-Quran bukan sekadar untuk khatam laju-laju. Ia untuk lembutkan hati, betulkan arah hidup, dan ingatkan kita siapa sebenarnya tempat bergantung. Kalau Ramadan ini kita berjaya bina rutin dengan al-Quran, insyaAllah kesannya akan kekal sampai selepas Syawal.

Nak konsisten baca sepanjang Ramadan, boleh cuba cara ini:

1. Tetapkan satu waktu tetap setiap hari seperti lepas Subuh atau sebelum tidur. Jangan tunggu free, sebab free itu memang jarang wujud.
2. Mulakan dengan target kecil tapi konsisten. Satu muka sehari pun tak apa, yang penting berterusan.
3. Letak mushaf di tempat yang selalu kita nampak atau guna apps supaya mudah terus buka dan baca.
4. Cari kawan tadarus supaya ada semangat dan rasa tanggungjawab.
5. Cuba faham makna walau satu ayat sehari. Bila hati rasa kena, kita sendiri akan rasa rindu nak tambah lagi.

Ramadan ini, marilah kita berazam supaya al-Quran bukan sekadar hiasan di rak. Biar ia jadi teman harian.
Moga bila Ramadan pergi nanti, hubungan kita dengan al-Quran tidak ikut pergi sekali.

___
๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž
www.barakahramadan.com

๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™™๐™ž ๐™’๐™๐™–๐™ฉ๐™จ๐™–๐™ฅ๐™ฅ ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™š๐™ก
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

Barakah Ramadan Dengan Memberi

๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ.Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,tapi ruang untuk kita baiki hati dan betulkan niat.Ka...
19/02/2026

๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
tapi ruang untuk kita baiki hati dan betulkan niat.

Kalau ini Ramadan terakhir kita,
biarlah ia jadi yang paling terbaik dan paling bersungguh kita pernah lakukan.

Selamat menyambut Ramadan.
Semoga bulan ini benar-benar membina takwa kita. ๐Ÿคฒ

_
๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™ž
www.barakahramadan.com

๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™™๐™ž ๐™’๐™๐™–๐™ฉ๐™จ๐™–๐™ฅ๐™ฅ ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™š๐™ก
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

"๐˜›๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ถ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข-๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฏ. ๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ข: "๐˜ ๐˜ข ...
24/10/2025

"๐˜›๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ถ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข-๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฏ. ๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ข: "๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐™‚๐˜ผ๐™‰๐™๐™„ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ง๐˜ข๐˜ฌ." ๐˜‹๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ข: "๐˜ ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐™†๐™€๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐˜พ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ (๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข)."

Hari ini, kita pilih doa yang mana untuk diri kita?
Gaji kita, ke mana kita habiskan?
Adakah masih ada untuk sedekah?

Infaklah walau sedikit. Pasti hidup kita akan lebih bermakna.

๐ŸŒ™ Klik untuk berinfak sekarang ๐Ÿ‘‰
https://www.haluan.org.my/donate/

08/10/2025

๐Ÿ’ก Setiap kali anda ternampak logo JomPAY,
ingatlah , itulah peluang anda untuk menyelamatkan nyawa di Palestin.

Terutamanya mereka yang sedang bergelut di Gaza, tanpa makanan, tanpa ubat dan tanpa perlindungan.

๐Ÿ“ฒ Sumbang sekarang melalui aplikasi perbankan anda.

๐Ÿ“Œ *Biller Code: 994467*
โœ… Tiada pendaftaran
โœ… Tiada caj tersembunyi
โœ… Hanya beberapa klik untuk hulurkan bantuan ikhlas anda

๐Ÿ’ก Tip Bijak:
Nak jadikan amalan ini berterusan?
Tambahkan ke senarai Favourites anda untuk sumbangan mingguan atau bulanan yang lebih mudah dan cepat.

https://www.facebook.com/share/r/1BA5HkwzLn/

07/10/2025

Address

Taman Rakyat
Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Haluanita Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Haluanita Kedah:

Share