Alumni Sekolah Sultan Badlishah 1948 Official

Alumni Sekolah Sultan Badlishah 1948 Official Sekolah Menengah Sultan Badlishah diasaskan pada 8 Januari 1948 di bangunan Kedah Volunteer Force Dr Pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Samsudin b. Mohd. Yusof.

Sekolah Menengah Sultan Badlishah diasaskan pada 8 Januari 1948 di bangunan Kedah Volunteer Force Drill, Kulim dan dikenali pada mulanya sebagai Government English School untuk menampung pelajar-pelajar kelas "Special Malay" dari daerah-daerah S*k, Kulim dan Bandar Baharu. Tidak lama selepas ditubuhkan sekolah ini telah dikategorikan sebagai Sekolah Perdana (Premier School). Kemasukan pertama 80 o

rang pelajar terdiri daripada 2 kelas primary satu (20 x 2 orang) dan 1 kelas "Special Malay" (40 orang). Dalam tahun 1953 sekolah ini sekali lagi menempa sejarahnya apabila namanya bertukar kepada Badlishah School sempena lawatan pertama Sultan Kedah Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid pada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah dan ditambah menjadi Sultan Badlishah School pada tahun 1959. Mulai tahun 1959 juga pelajar perempuan mula diterima masuk sebagai pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah merupakan sebuah sekolah menengah asrama harian yang mula menampakkan prestasi akademik yang membanggakan di antara tahun 1970 hingga 1980. Apabila sekolah ini semakin berkembang dan semakin dikenali, Jabatan Pendidikan Kedah telah membuat keputusan menjadikannya sebagai Sekolah Kawalan (Control School) di Negeri Kedah. Dengan perkembangan ini prestasi akademik sekolah semakin meningkat dan bermutu. Pencapaian SRP/PMR mencecah 100% selama tiga belas tahun berturut-turut (1987-1999). Seterusnya antara tahun 1991 hingga kini prestasi akademik pelajar-pelajar SMKSB dalam peperiksaan SPM/STPM berada di tahap "top 3" dan "top 5" di dalam negeri Kedah dari segi kuantiti dan kualiti. Pencapaian SMKSB terus cemerlang apabila dua kali dalam sejarah SMKSB keputusan peperiksaan SPMnya mencecah 100 % iaitu pada tahun 1996 dan 1999, menjadikannya setanding dengan mana-mana sekolah berasrama penuh di Malaysia. Dalam keputusan PMR 1998, SMKSB telah mencipta sejarah sebagai sekolah harian terbaik di Malaysia. Ini adalah merupakan satu kejayaan yang melengkapkan sambutan Jubli Emas pada tahun berkenaan. Mulai tahun 1998 juga, SMKSB menjadi sekolah sains harian dengan pengambilan pertama semua tingkatan empat aliran sains. SMKSB adalah sekolah bestari dalam kategori B. Justeru itu pelbagai usaha gigih pengurusan sekolah disertai komitmen semua pihak termasuk stake holders dapat dilihat ke arah menjayakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut.

masih ada lagi rekod pendaftaran masuk sekolah sultan badlishah kulim kedah..itu sebahagian dari kawan2 yg sama2 daftar ...
23/05/2024

masih ada lagi rekod pendaftaran masuk sekolah sultan badlishah kulim kedah..
itu sebahagian dari kawan2 yg sama2 daftar thn 75..
Alfaatihah ( dibaca ) buat rakan2 islam yg telah meninggal..
ada rakan2 yg sudah tak dapat dikesan..moga rakan2 yg masih ada, harap semuanya sihat..

genap 10 thn...pertama kali mini reunion xbadlishah kulim kedah..halim bhaii & arwah Ismail wood @ Ismail Kamaruddin, us...
28/03/2024

genap 10 thn...pertama kali mini reunion xbadlishah kulim kedah..halim bhaii & arwah Ismail wood @ Ismail Kamaruddin, usaha kumpul kawan2 yg terputus hubungan selepas alam persekolahan 30 thn..alhamdulillah, kami berjaya kumpul dgn perjumpaan julung kali 30 org dekat restoran pmtg pauh bukit mertajam pulau pinang...
1 thn selepas itu, kami dpt kumpulkan lebih ramai2 kawan xbadlishah seluruh malaysia & juga luar negara untuk hadir mlm mesra reunion xbadlishah dlm dewan samsudin sekolah sultan badlishah kulim kedah..
Alfaatihah ( dibaca ) buat rakan yg pergi selama2nya dlm gambar, iaitu : arwah ismail wood & arwah cikgu azman baba..

kunjungan silaturrahim kekawan xbadlishah kulim, dari padang serai kedah & teluk intan perak..pekena roti canai, roti ja...
04/03/2024

kunjungan silaturrahim kekawan xbadlishah kulim, dari padang serai kedah & teluk intan perak..pekena roti canai, roti jala, nasi lemak dll dekat kedai anak, pajak song k.batas..
t/kasih noriza @ cik & mazian

rakan junior xbadlishah :Rizar Abu Bakar bersama isteri mai sarapan roti canai kambing..   &isteri
09/08/2023

rakan junior xbadlishah :
Rizar Abu Bakar bersama isteri mai sarapan roti canai kambing..

&isteri

Address

No 134C, Aras 2, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darulaman
Alor Setar
05100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Sekolah Sultan Badlishah 1948 Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share