MOHD ALTAB PA Ibrahim

MOHD ALTAB PA Ibrahim Sedia memberikan perkhidmatan dan terus membantu rakyat tanpa sempadan politik,sosio ekonomi dan kaum.

Tahniah Mr Pavithran A/L Murugiah atas perlantikan Pengerusi Panel Penasihat Nadi Parlimen Pokok Sena Selamat menjalanka...
20/06/2026

Tahniah Mr Pavithran A/L Murugiah atas perlantikan Pengerusi Panel Penasihat Nadi Parlimen Pokok Sena
Selamat menjalankan tugas
Madani

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah korban (atau penyembelihan), s...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah korban (atau penyembelihan), supaya mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan-Nya kepada mereka berupa binatang ternakan.”
— Surah Al-Hajj, Ayat 34

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Semoga setiap ibadah korban diterima serta membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat buat kita semua.

Salam Aidiladha
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas Daripada
MOHD ALTAB BIN PA IBRAHIM DAN KELUARGA


SELAMAT HARI GURU 2026 “GURU BITARA NADI NEGARA”Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga...
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

“GURU BITARA NADI NEGARA”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang terus mencurahkan ilmu, membentuk sahsiah serta mendidik generasi pewaris negara dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah insan yang menjadi inspirasi, pembimbing dan pencorak masa depan bangsa.
Semoga semua guru terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa demi agama, masyarakat dan negara tercinta.
✨ Jasa guru dikenang, bakti guru disanjung. ✨
Ikhlas daripada,
MOHD ALTAB BIN PA IBRAHIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Keadilan Pokok Sena ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Muba...
18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Keadilan Pokok Sena ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Parlimen Pokok Sena dan seluruh Malaysia.

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan. Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman serta meningkatkan amal ibadah.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan Ramadan dengan solat berjemaah, tadarus al-Quran, bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan, khususnya dalam komuniti kita di Pokok Sena. Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang terus subur dalam masyarakat kita.

Keadilan Pokok Sena Juga mendoakan agar seluruh masyarakat dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita.

Salam Ramadan Kareem.


Keadilan  Pokok Sena ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghoa, khususnya warga di ...
16/02/2026

Keadilan Pokok Sena ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghoa, khususnya warga di Parlimen Pokok Sena dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Perayaan ini bukan sahaja membawa makna permulaan tahun yang baharu, malah melambangkan harapan, kemakmuran, kebahagiaan serta pengukuhan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Dalam kepelbagaian budaya dan agama yang kita miliki, sambutan seperti ini menjadi jambatan yang mengeratkan perpaduan serta semangat saling menghormati antara kaum.

Semoga tahun yang baharu ini membawa rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik, keamanan serta kejayaan kepada semua. Marilah kita terus memupuk semangat muhibah dan bekerjasama membina masyarakat yang harmoni, sejahtera dan bersatu padu demi masa depan yang lebih baik.

Mohd Altab Pa Ibrahim
Ketua Cabang Pokok Sena

Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le!


16/02/2026

Gong Xi Fa Cai! 🧧
Edaran Buah Limau oleh Keadilan Cabang Pokok Sena di Kampung Baru,Pokok Sena.

Semoga Tahun Baharu Cina ini membawa kesihatan, rezeki dan kemakmuran untuk semua.

Tahun baharu, semangat baharu - kita terus bina Malaysia yang lebih stabil dan lebih makmur bersama.

Xin Nian Kuai Le! 🐉✨



Address

Jalan Hutan Kampung
Alor Setar
06500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MOHD ALTAB PA Ibrahim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share