02/10/2026
🐾 PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN RABIES ANJING DAERAH KUBANG PASU - PERCUMA! 💉
Sempena Program Simulasi Rabies anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, satu Program Suntikan Vaksin Rabies akan diadakan pada :
📅 Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
📍 Tempat: Pertubuhan Jawatankuasa Pengurusan Keng Heng Beow, Padang Sera, Kodiang, Kedah.
✅ VAKSIN PERCUMA - Sila bawa anjing anda!
⚠️ AMARAN KEPADA PEMILIK ANJING DI KAWASAN CHANGLUN:*
Di bawah Warta Perintah Vaksinasi Anti-Rabies Negeri Kedah 2026, kegagalan mengambil suntikan vaksinasi Rabies merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42(8) Akta Binatang 1953.
DENDA / KOMPAUN:
🔴 Kesalahan Pertama - RM1,000.00
🔴 Kesalahan Kedua - RM2,000.00
🔴 Kesalahan Ketiga - Saman mahkamah didenda tidak melebihi RM5,000.00
Anjing Sihat, Keluarga Selamat. Vaksinasi Rabies Tanggungjawab Bersama!