PUSPANITA Negeri Kedah

PUSPANITA Negeri Kedah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA)

πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” - ...
31/08/2026

πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” - ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ π‘π€πˆπ‡ π“π„πŒππ€π“ πŠπ„πƒπ”π€ πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 / ππ†πŽ / 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 / πŠπ„π‹π€π

ISNIN (31.08.2026)

Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, hari ini.

Istiadat ini telah disempurnakan oleh KDYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah.

Lebih 3,000 orang peserta daripada 96 kontinjen mewakili Jabatan dan Agensi Kerajaan (Negeri & Persekutuan), PBT/ Badan Berkanun/ Swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan tahun ini.

Sambutan turut mendapat sambutan meriah daripada rakyat apabila dianggarkan seramai 45,000 orang membanjiri Dataran Medan Bandar bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri.

PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah turut menyertai acara perbarisan menerusi kontinjen yang diketuai oleh Puan Hajah Farahzatul Shima binti Harith Fadzellah, Pengerusi PUSPANITA Majlis Sukan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Lebih membanggakan, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah berjaya meraih tempat kedua bagi Kategori Persatuan/NGO/Pertubuhan/Kelab. Manakala Johan bagi kategori yang sama adalah Persatuan Bekas 9 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Tempat Ketiga adalah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah telah perkenan menyampaikan piala kemenangan dan wang tunai berjumlah RM2,500.00 kepada YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen perbarisan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang ditunjukkan sehingga berjaya mencatat pencapaian membanggakan ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat untuk terus melakar pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Berangkat hadir sama ke istiadat ini, DYAM Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah dan Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Syafinaz Almarhum Sultan Abdul Halim, Tunku Temenggong Kedah.

Hadir sama YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Zubir bin Ahmad, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan YB Mej (B) Mansor Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Istiadat Perbarisan dan Perarakan.

β€Žβ€œWANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”



30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kepelbagaian agama, budaya dan bangsa bukanlah pemisah, sebaliknya menjadi kekuatan yang membentuk keunikan dan keharmonian masyarakat Malaysia.

Semoga semangat perpaduan, rasa cinta akan negara serta keharmonian yang dikecapi terus dipelihara demi kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

β€œWANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT”



π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‹π€π‡πˆπ‘ π˜π€ππ† ππ„π‘ππ€π‡π€π†πˆπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐍 π’π‘πˆ πƒπ€π“π”πŠ πŒπ€π‡π„π‘π€π ππˆππ“πˆ π‰π€πŒπˆπ‹, π˜π€ππ† πƒπˆππ„π‘π“π”π€ ππ”π’ππ€ππˆπ“π€JUMAAT (28.08.2026)Setulus...
28/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‹π€π‡πˆπ‘ π˜π€ππ† ππ„π‘ππ€π‡π€π†πˆπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐍 π’π‘πˆ πƒπ€π“π”πŠ πŒπ€π‡π„π‘π€π ππˆππ“πˆ π‰π€πŒπˆπ‹, π˜π€ππ† πƒπˆππ„π‘π“π”π€ ππ”π’ππ€ππˆπ“π€

JUMAAT (28.08.2026)

Setulus ingatan dan sekalung ucapan Selamat Hari Lahir kepada YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA. PUSPANITA Kebangsaan - RASMI

Semoga YBhg. Puan Sri Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi kebahagiaan dan kesejahteraan, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui PUSPANITA.

Semoga segala usaha dan khidmat bakti YBhg. Puan Sri Datuk terus menjadi inspirasi dalam memperkasa peranan serta memperkukuh kebersamaan seluruh warga PUSPANITA.

Selamat Hari Lahir, YBhg. Puan Sri Datuk.

Ikhlas daripada:
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Seluruh Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah

β€œWANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”

π’π„π’πˆ ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π€πŒπ€ππ€π“ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ π’π„πŒππ„ππ€ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀...
27/08/2026

π’π„π’πˆ ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π€πŒπ€ππ€π“ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ π’π„πŒππ„ππ€ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

KHAMIS (27.08.2026)

ALOR SETAR – Menjelang Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 pada 31 Ogos ini, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak telah menyampaikan amanat kepada kontinjen perbarisan yang bakal mewakili PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Sesi yang berlangsung di Majlis Sukan Negeri Kedah, Alor Setar itu menjadi wadah untuk memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada seluruh anggota kontinjen sebagai persediaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan. Pada sesi berkenaan, YBhg. Datin Seri turut menyerahkan kit perbarisan kepada setiap anggota kontinjen yang terlibat.

Seramai 33 orang ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah daripada pelbagai jabatan dan daerah telah terpilih menyertai kontinjen perbarisan dan perarakan pada tahun ini.

Penyertaan kontinjen PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah bukan sahaja mencerminkan semangat patriotisme, malah menyerlahkan semangat kebersamaan dan komitmen ahli dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di peringkat negeri.

Turut hadir, Puan Hajah Farahzatul Shima binti Harith Fadzellah, Pengerusi PUSPANITA Majlis Sukan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

β€œWANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”



πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 ππˆπ‘πŽ 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡RABU (26.08.2026)Biro Pesara ...
26/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 ππˆπ‘πŽ 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

RABU (26.08.2026)

Biro Pesara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Khatam Al-Quran bertempat di Rumah PUSPANITA, hari ini.

Seramai enam puluh (60) orang ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menyertai program ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh YBhg. Datin Hajah Mariah binti Haji Hitam selaku khalifah, diikuti dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program yang diadakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul ini turut meraikan ahli-ahli pesara yang telah berjaya menyempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Turut hadir ialah YBhg. Datin Noor Hayati binti Ismail, Pengerusi Biro Pesara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Paduka Dato' Hajah Che Barni binti Haji Mohd. Noor, mantan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Pengerusi juga ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan Jabatan serta ahli-ahli Biro Pesara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian. Semoga segala usaha dan penglibatan dalam menjayakan program ini mendapat keberkatan serta keredaan Allah SWT, di samping terus mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA.

β€œWANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”




π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒSalam Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam.Marilah kita bersama-sama menghayat...
24/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Salam Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan meneladani akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dengan menjadikan ajaran serta sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. terus mekar dalam jiwa, diterjemahkan melalui keindahan akhlak, kasih sayang sesama insan dan ukhuwah yang erat demi keharmonian serta kesejahteraan bersama.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

۞ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ۞

β€œWANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”


ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π–πŽπŒπ„π 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 πƒπ€π˜ ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ π‹π„πŒππ€π†π€ πŒπ€πŠπ“π€π πŒπ€π‡πŒπ”πƒ "π–π€ππˆπ“π€ π’πˆπ‡π€π“ πŽπ‘π†π€ππˆπ’π€π’πˆ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀" 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”AHAD (23.08.202...
23/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π–πŽπŒπ„π 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 πƒπ€π˜ ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ π‹π„πŒππ€π†π€ πŒπ€πŠπ“π€π πŒπ€π‡πŒπ”πƒ "π–π€ππˆπ“π€ π’πˆπ‡π€π“ πŽπ‘π†π€ππˆπ’π€π’πˆ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀" 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

AHAD (23.08.2026)

Lembaga Maktab Mahmud dengan kerjasama PUSPANITA Lembaga Maktab Mahmud telah menganjurkan Program Women Wellness Day PUSPANITA Lembaga Maktab Mahmud bertemakan β€œWanita Sihat, Organisasi Sejahtera” Tahun 2026 di Dewan Sultan Badlishah, Lembaga Maktab Mahmud, hari ini.

Program berkenaan dirangka khusus bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan wanita mengenai kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh merangkumi aspek kesihatan fizikal, pemakanan sihat, kesihatan pergigian, kecergasan serta kesejahteraan diri.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir, YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Siti Ruhilah binti Abdull Hamid, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBrs. Puan Noraidah binti Mohd Ariff, Pengerusi PUSPANITA Lembaga Maktab Mahmud, para Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan Jabatan, ahli-ahli PUSPANITA Lembaga Maktab Mahmud serta para pelajar.

Program turut diisi dengan tiga slot ceramah kesihatan yang menyentuh aspek penting kesejahteraan wanita. Slot pertama bertajuk β€œKesedaran Kanser untuk Kesejahteraan Wanita” telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Tok Wei Ling, Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar.

Slot kedua p**a membawakan tajuk β€œPemilihan Makanan Sihat dan Tips Menurunkan Berat Badan” yang disampaikan oleh Encik Asrul Effendy bin Rashid, Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Simpang Kuala, Alor Setar.

Sementara itu, slot terakhir berkaitan β€œKepentingan Kesihatan Pergigian” telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Yuhaniz binti Ahmad Yaziz, Pakar Pergigian Perunding (Periodontik), Klinik Pakar Pergigian Kota Setar.

Selain perkongsian ilmu menerusi sesi ceramah, para pengunjung turut berpeluang mendapatkan pemeriksaan melalui kaunter saringan kesihatan yang disediakan serta mengunjungi pelbagai reruai jualan makanan dan produk sepanjang program berlangsung.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkasa kesedaran wanita terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri, seterusnya melahirkan warga organisasi yang lebih sihat, produktif dan sejahtera.

β€œWANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT”



π‰πŽπŒ π’π„π‘π“π€πˆ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ ...
18/08/2026

π‰πŽπŒ π’π„π‘π“π€πˆ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah akan menghantar 1 kontinjen kawad seramai 33 orang bagi Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2026.

Sehubungan itu, ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang berminat untuk menyertai kontinjen perbarisan pada tahun ini dimohon untuk mengemukakan maklumat diri kepada urus setia seperti berikut:

1. Safia : 017-5156208
2. Mimi: 012-5454626
3. Nisa : 018-4086757

Penyertaan dan sokongan anda semua amatlah dihargai.

β€œWANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”



π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŸπŸŽπŸπŸ” : ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€πŒππ€π’π’π€πƒπŽπ‘ ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ πŒπˆππƒπ€ISNIN (10.08.2026)PUSPANITA Kebangsaan telah menganjurkan Semi...
13/08/2026

π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŸπŸŽπŸπŸ” : ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€πŒππ€π’π’π€πƒπŽπ‘ ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ πŒπˆππƒπ€

ISNIN (10.08.2026)

PUSPANITA Kebangsaan telah menganjurkan Seminar Kesihatan 2026 : Program Ambassador Prihatin Minda yang telah diadakan di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI.

Seramai 210 orang ahli PUSPANITA seluruh Malaysia hadir bagi memeriahkan program tersebut. PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menghantar wakil seramai 4 orang ahli dari Biro Keahlian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA hadir bagi merasmikan program. Program juga dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja (JKT) PUSPANITA.

Para penceramah terdiri daripada YBrs. Dr. Azra binti Aziz yang merupakan panel selebriti dan Pegawai Perubatan serta YBrs. Dr. Siti Aishah binti Abas, Panel Pakar dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam.

Para peserta didedahkan dengan kemahiran kesihatan mental termasuk pendedahan PFA, diikuti sesi forum dan perkongsian, aktiviti senaman ringkas, zumba bertenaga, pemeriksaan kesihatan percuma serta program derma darah.

"WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"



ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππˆπƒπ€πƒπ€π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡: 'πŒπ„ππ‰π„π‰π€πŠπˆ 𝐀𝐙 𝐙𝐀𝐇𝐑𝐀' πŒπ„πŒππˆππ€ π”πŒπŒπ€π‡ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”SABTU (01.08.2026)Seramai 16...
02/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππˆπƒπ€πƒπ€π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡: 'πŒπ„ππ‰π„π‰π€πŠπˆ 𝐀𝐙 𝐙𝐀𝐇𝐑𝐀' πŒπ„πŒππˆππ€ π”πŒπŒπ€π‡ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

SABTU (01.08.2026)

Seramai 16 orang ahli PUSPANITA Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghadiri Program Bidadari Kedah "Menjejak Az Zahra" Membina Ummah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 bertempat di Dewan Seri Mentaloon, hari ini.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Negeri Kedah.

Slot Tausiah dan Selawat disampaikan oleh Da'i Hamidah binti Abdul Razak dan Ustazah Siti Hajar binti Ghazali.

"WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"

Address

PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Rumah PUSPANITA, Jalan Menteri, Alor Setar Darul Aman
Alor Setar
05503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPANITA Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share