Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK)

Directions Website Contact the organization

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) "BERSAMA-SAMA PELIHARA WARISAN SEJARAH KITA"

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) menzahirkan setinggi-tinggi takziah...
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) menzahirkan setinggi-tinggi takziah kepada seluruh keluarga Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pemergian Allahyarhamah Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Hasmah Mohd Ali (12 Julai 1926 – 28 September 2026).

Allahyarhamah dikenang sebagai wanita Melayu perintis dalam bidang perubatan dan seorang tokoh yang berbakti kepada kesihatan ibu dan anak serta kebajikan masyarakat. Jasa dan sumbangan beliau akan terus tercatat dalam lembaran sejarah negara.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha
"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia."

Al-Fatihah.

Dengan penuh dukacita,
Pengerusi dan seluruh warga PSMCK

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Tanah air ini milik kita. Perpaduan ini kekuatan kita. Malaysia ini jiwa kita.Pengerusi ...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Tanah air ini milik kita. Perpaduan ini kekuatan kita. Malaysia ini jiwa kita.

Pengerusi dan seluruh Ahli Jawatankuasa PSMCK mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita menyemarakkan semangat cintakan tanah air, menghargai pengorbanan generasi terdahulu dan mempertahankan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan negara.

Walau berbeza kaum, agama, budaya dan bahasa, kita tetap berdiri di bawah satu Jalur Gemilang, berkongsi satu tanah air dan menjunjung satu Malaysia.

🇲🇾 Malaysia tanah tumpah darahku.
Malaysia tetap di hatiku.
Malaysia selamanya!

Daripada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PSMCK ❤️🇲🇾

PSMCK BUKA DIMENSI BAHARU WACANA HUBUNGAN KEDAH–PULAU PINANGALOR SETAR, 10 September 2026 – Persatuan Sejarah Malaysia C...
12/09/2026

PSMCK BUKA DIMENSI BAHARU WACANA HUBUNGAN KEDAH–PULAU PINANG

ALOR SETAR, 10 September 2026 – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) membuka dimensi baharu dalam perbincangan hubungan sejarah Kedah–Pulau Pinang dengan mengangkat perspektif jurisprudens watan yang menghubungkan penelitian sejarah dengan prinsip perundangan dan perlembagaan.

Pendekatan itu diketengahkan menerusi Wacana Terong Pipit Siri 33 bertajuk “Pensejarahan Kedah–Pulau Pinang Dari Sudut Kebijaksanaan Tempatan: Menilai Semula Status Kewilayahan Menurut Jurisprudens Watan” di Pustaka Kedah. Wacana tersebut menampilkan Datuk Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ Wan Husain sebagai pembentang.

Program ini merupakan kesinambungan usaha hampir dua dekad yang dirintis oleh PSMCK sejak tahun 2007 untuk mengetengahkan persoalan hubungan Kedah–Pulau Pinang kepada masyarakat. Usaha itu turut diperkukuh melalui penganjuran Siri Ceramah Terung Pipit Ke-27 pada tahun 2011 bertajuk “Sejarah Perjanjian Kedah–Pulau Pinang Semenjak 1786”.

Dalam pembentangannya, Wan Ahmad Fauzi menjelaskan bahawa jurisprudens watan menilai sejarah dan Perlembagaan berdasarkan kedaulatan asal, sejarah tempatan, adat serta prinsip perundangan yang telah wujud sebelum campur tangan kuasa asing.

Menurut beliau, perbezaan antara pendudukan atau pajakan bersyarat dengan penyerahan kedaulatan secara mutlak merupakan perkara penting dalam memahami hubungan Kedah–Pulau Pinang. Setiap istilah mempunyai maksud dan kesan perundangan yang berbeza serta perlu ditafsirkan berdasarkan bahasa dan konteks asal sesuatu perjanjian.

Bagi menyokong analisis tersebut, beliau meneliti perjanjian-perjanjian terdahulu dan dokumen penting berkaitan proses menuju kemerdekaan Tanah Melayu. Penelitian itu memberikan perspektif alternatif terhadap naratif lazim yang menilai kedudukan Pulau Pinang hanya berdasarkan perkembangan selepas tahun 1957.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PSMCK untuk memperluas pemahaman mengenai sejarah negeri Kedah, di samping menghimpunkan ahli akademik, ahli persatuan dan orang awam bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pensejarahannya.

SEMINAR MERDEKA TEKANKAN KEFAHAMAN SEJARAH, PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN PEMELIHARAAN WARISANSUNGAI PETANI, 3 September 2...
03/09/2026

SEMINAR MERDEKA TEKANKAN KEFAHAMAN SEJARAH, PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN PEMELIHARAAN WARISAN

SUNGAI PETANI, 3 September 2026 – Sejarah bukan sekadar catatan masa lalu, tetapi asas untuk mengenali jati diri, membina negara bangsa dan menentukan masa depan.

Mesej itu menjadi tumpuan Seminar Merdeka bertemakan “Sejarah, Pendidikan dan Teknologi: Memperkasa Warisan Membentuk Masa Depan” yang berlangsung di Auditorium Al-Farabi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH), hari ini.

Seminar tersebut menghimpunkan tiga pemakalah untuk mengupas aspek diplomasi dalam sejarah Kedah, cabaran pembinaan negara bangsa Malaysia, serta usaha memelihara warisan sejarah lisan melalui teknologi digital.

Penasihat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr. Ibrahim Bakar, menekankan kepentingan manuskrip dan sumber yang sahih dalam memahami sejarah. Menerusi kisah Syarif Aznan dan Tunku Anum, beliau menunjukkan bahawa kedaulatan Kedah turut dipertahankan melalui kebijaksanaan diplomasi, strategi dan perundingan bagi mengelakkan pertumpahan darah.

Dr. Ahamad Jama’ Amin Yang dari Jabatan Sejarah, IPGKSAH p**a membincangkan pengaruh kolonial yang masih membentuk struktur dan pemikiran masyarakat meskipun negara telah mencapai kemerdekaan. Beliau menjelaskan bahawa Konsensus Perlembagaan, integriti, keadilan dan kepercayaan terhadap institusi merupakan asas penting untuk mengubah kepelbagaian masyarakat menjadi identiti kebangsaan yang dikongsi bersama.

Pengerusi PSMCK, Ts. Syamsyul Anuar Ismail, menekankan bahawa guru sejarah berperanan penting sebagai penghubung antara warisan sejarah lisan masyarakat dengan pembelajaran di bilik darjah. Melalui penceritaan digital, guru boleh membimbing pelajar menjejaki dan mendokumentasikan sejarah lisan tempatan agar khazanah tersebut terus terpelihara serta diwariskan kepada generasi seterusnya.

Seminar itu turut memperlihatkan bahawa guru dan pelajar bukan sekadar pengguna sejarah, malah mampu menjadi penyelidik serta penyampai warisan tempatan. Gabungan sejarah, pendidikan dan teknologi diyakini dapat memastikan khazanah bangsa terus hidup, difahami dan diwariskan kepada generasi akan datang.

VETERAN ATM KONGSI PENGALAMAN ERA INSURGENSI KOMUNIS DI GUBIRALOR SETAR, 2 September 2026 – Pengalaman anggota keselamat...
02/09/2026

VETERAN ATM KONGSI PENGALAMAN ERA INSURGENSI KOMUNIS DI GUBIR

ALOR SETAR, 2 September 2026 – Pengalaman anggota keselamatan menghadapi ancaman komunis diketengahkan menerusi Program Bicara Pejuang: Era Insurgensi Komunis di Gubir yang berlangsung di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK), hari ini.

Program sempena Bulan Kemerdekaan 2026 itu menampilkan dua orang veteran Angkatan Tentera Malaysia, iaitu Mejar (B) Ishak Mohd Isa dan Koperal (B) Noor Mohammad bin Lawa Miah. Sesi bicara dikendalikan oleh Haji Mukhtar bin Haji Mansor selaku moderator.

Kedua-dua panel berkongsi pengalaman mereka terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis di kawasan Gubir pada tahun 1978. Mejar (B) Ishak pernah mengetuai platun dalam Operasi SEDAR, manakala Koperal (B) Noor Mohammad terlibat dalam Op Gubir Muda dan pernah mengalami kecederaan akibat jerangkap samar.

Perkongsian tersebut memberikan gambaran tentang cabaran, keberanian dan pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Kisah mereka turut mengingatkan generasi hari ini bahawa keamanan yang dinikmati dibina melalui perjuangan para perajurit terdahulu.

Program turut diserikan dengan deklamasi sajak patriotik oleh Dr. Hajah Bainah binti Mustafa, disamping pameran sejarah kemerdekaan negara, serta jualan buku.

Penganjuran program ini merupakan usaha PPAK dan PSMCK untuk mendokumentasikan sejarah perjuangan pasukan keselamatan di Kedah serta memastikan pengalaman para veteran terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Foto: Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK)

🇲🇾 69 TAHUN MERDEKA — MENYUSURI JEJAK SEJARAH, MENGHAYATI MAKNA KEDAULATAN 🇲🇾Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-6931 O...
30/08/2026

🇲🇾 69 TAHUN MERDEKA — MENYUSURI JEJAK SEJARAH, MENGHAYATI MAKNA KEDAULATAN 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69
31 Ogos 2026

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Kemerdekaan tidak hadir dalam sekelip mata. Ia lahir daripada perjuangan, pengorbanan, keberanian dan kebijaksanaan generasi terdahulu yang meletakkan kepentingan tanah air mengatasi kepentingan diri.

Setiap lembar sejarah yang kita warisi adalah saksi perjalanan sebuah bangsa daripada zaman perjuangan menuntut kebebasan, kepada pembinaan sebuah negara berdaulat yang terus melangkah menghadapi cabaran zaman.

Bagi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), menghayati kemerdekaan bererti menghargai sejarah, memelihara warisan dan memastikan ingatan tentang perjuangan bangsa tidak terhapus ditelan zaman.

Kerana bangsa yang menghargai sejarah akan lebih memahami nilai sebuah kemerdekaan.

Pada ulang tahun ke-69 kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama menyemai rasa cinta kepada tanah air, memperkukuh perpaduan dan meneruskan amanah generasi terdahulu untuk membina Malaysia yang lebih sejahtera, bermaruah dan berdaulat.

Sejarah menjadi akar.
Kemerdekaan menjadi warisan.
Perpaduan menjadi kekuatan.
Kesejahteraan menjadi cita-cita bersama.

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-69.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Daripada barisan kepimpinan dan seluruh warga
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK)

GOTONG-ROYONG CERIAKAN RUMAH PUSTAKAALOR SETAR, 25 Ogos 2026 – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) mengada...
25/08/2026

GOTONG-ROYONG CERIAKAN RUMAH PUSTAKA

ALOR SETAR, 25 Ogos 2026 – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) mengadakan gotong-royong membersihkan dan mengemas Rumah PUSTAKA bagi membolehkan premis tersebut digunakan sebagai pusat kegiatan persatuan.

Gotong-royong yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu disertai oleh Ahli Jawatankuasa dan ahli PSMCK. Kerja yang dilaksanakan meliputi pembersihan ruang dalaman, penyusunan meja dan kerusi serta pembersihan halaman dan kawasan sekitar bangunan.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada persediaan PSMCK untuk menggunakan Rumah PUSTAKA sebagai tempat penganjuran wacana, bengkel, perbincangan ilmiah, mesyuarat dan pelbagai kegiatan berkaitan sejarah, tamadun serta kebudayaan negeri Kedah.

Dengan ruang yang lebih bersih, kemas dan selesa, Rumah PUSTAKA diharapkan dapat menjadi tempat pertemuan ahli persatuan, penyelidik dan masyarakat yang berminat untuk mendalami sejarah serta warisan negeri Kedah.

24/08/2026

Address

Lebuhraya Darul Aman
Alor Setar
05100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK):

Shortcuts

Share