10/08/2026
PELANTIKAN BARISAN KEPIMPINAN DEWANMUDA DPMM KEDAH | PENGGAL 2026–2029.
10 Ogos 2026
Hari ini mencatatkan satu lagi detik penting buat DPMM Negeri Kedah apabila Yang Dipertua, Tuan Haji Zuhaizar Abdul Karim, menyempurnakan penyerahan surat lantikan kepada barisan kepimpinan Dewanmuda DPMM Kedah bagi penggal 2026–2029.
Pelantikan ini dibuat atas cadangan Pengerusi Dewanmuda, Muhammad Furqon b Mohamad Naim sebagai langkah memperkukuh organisasi, memperkemas pentadbiran serta memperkasa gerak kerja dan perancangan strategik Dewanmuda sepanjang penggal ini.
Penyerahan surat lantikan berlangsung sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan, yang turut disusuli dengan amanat dan harapan Yang Dipertua agar Dewanmuda terus menjadi wadah penting dalam membangunkan potensi usahawan muda Melayu dalam DPMM Kedah.
Barisan yang dilantik:
🔹 Timbalan Pengerusi – Muhammad Zhafri bin Zakaria
🔹 Setiausaha – Muhammad Fawwaz Hakim bin Abidin
🔹 Bendahari – Muhamad Amirun bin Azhar
🔹 Ahli Jawatankuasa – Mohd Kamal bin Md Zaki
🔹 Ahli Jawatankuasa – Badrul Hisham bin Mohamad
Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua yang dilantik. Semoga barisan baharu ini dapat menggalas tanggungjawab dengan dedikasi, integriti dan komitmen tinggi, khususnya dalam memperjuangkan kepentingan usahawan muda, memperkukuh jaringan perniagaan serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada ahli.