11/07/2026
PROGRAM 'ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY' EDISI KETIGA ANJURAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS).
REHDA Kedah/Perlis merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, atas perkenan mencemar duli melawat ke reruai pameran (booth) REHDA Kedah/Perlis di Program 'Alor Setar Car Free Saturday' Edisi Ketiga di Dataran Medan Bandar, hari ini.
Ia merupakan satu detik bersejarah dan penghormatan besar buat REHDA Kedah/Perlis apabila berpeluang menyambut keberangkatan Baginda Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja yang berkenan meluangkan masa beramah mesra di reruai kami.
Keberangkatan Baginda juga adalah bersempena dengan Keputeraan Tuanku Sultan Kedah Ke-84 dan turut di hadiri oleh Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin; Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamed Ariff; Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin; Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff; Yang Teramat Mulia Tunku Zara Bahiyah Tengku Sarafudin Badlishah dan Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah Tengku Sarafudin Badlishah.
Turut hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato' Seri Norizan Khazali serta isteri, Yang Berbahagia Datin Seri Norhasni Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri, Dzowahir Ab Ghani; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Yang Berbahagia Dato' Muhamad Mahazi Ibrahim; Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato' Abdul Gafar Yahya dan Ketua Polis Kedah, CP Dato' Adzli Abu Shah.
Selari dengan tema inisiatif anjuran MBAS, "Bandaraya Hijau Komuniti Sejahtera", REHDA Kedah/Perlis sentiasa komited dalam menyokong usaha mewujudkan persekitaran pembangunan yang lebih hijau, sihat, dan mampan demi kesejahteraan rakyat di Negeri Kedah.
Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh pengunjung yang turut memeriahkan suasana dan singgah ke reruai kami! 🌿🏘️
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku!