Persatuan Penggiat Seni Kreatif Kedah

Persatuan Penggiat Seni Kreatif Kedah Performing Art's Group

Servis kami yg lain.

� Videografi
� Penulisan Skrip
� Pengurusan Acara
� Seni Budaya
� Sound And Light
� Website Design

12/05/2026

Jangan lupa warga Ipoh dan yang berdekatan dengannya.

12/05/2026
Mesyuarat pertama Jawatankuasa induk Temasya Orang Kedah 2026.
12/05/2026

Mesyuarat pertama Jawatankuasa induk Temasya Orang Kedah 2026.

🌟🎭 JOM SERTAI KELAS TEATER PETANG NI! 🎭🌟Tahukah anda… latihan teater bukan hanya untuk berlakon, tetapi membantu membina...
09/05/2026

🌟🎭 JOM SERTAI KELAS TEATER PETANG NI! 🎭🌟

Tahukah anda… latihan teater bukan hanya untuk berlakon, tetapi membantu membina diri menjadi lebih yakin, kreatif dan berani berkomunikasi?

Melalui kelas teater anda dapat:

✨ Meningkatkan keyakinan diri
✨ Belajar bercakap dengan lebih jelas & berkesan
✨ Mengawal emosi dan ekspresi diri
✨ Mengurangkan rasa malu & gugup
✨ Mengasah kreativiti dan imaginasi
✨ Membina kerja berpasukan & komunikasi sosial

📌 Program Bimbingan Hujung Minggu Teater
🗓 Setiap Sabtu
⏰ 2.30 – 6.30 Petang
📍 Bilik Kuliah JKKN Kedah

💥 MASUK PERCUMA 💥

Sesuai untuk pelajar, belia dan sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki keyakinan serta kemahiran diri melalui aktiviti seni yang menyeronokkan 😊


08/05/2026

BENGKEL MUZIK JIKEY 2026

Apa juga sesuatu hal yang besar, pasti bermula dari yang kecil. Hari ini hari pertama bengkel muzik Jikey dijalankan. Tak ramai yang dapat hadir kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Seronok tengok anak-anak kecil dan juga orang dewasa yang belum pernah bermain alat muzik Jikey berusaha untuk memahami dan mendalami sesuatu yang tak pernah mereka buat selama ini. Semoga bengkel ini akan berkembang dan menghasilkan pewaris-pewaris kesenian Jikey di Kedah.

Bengkel Perantisan Muzik Tradisional bermula dgn Muzik dan Lagiu-lagu Jikey. Jikey merupakan salah satu Teater tradision...
08/05/2026

Bengkel Perantisan Muzik Tradisional bermula dgn Muzik dan Lagiu-lagu Jikey.

Jikey merupakan salah satu Teater tradisional salah satu bentuk seni persembahan warisan yang unik di utara Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Kewujudannya dipercayai telah berkembang sejak lebih 300 ke 400 tahun lalu di Pulau Langkawi, hasil daripada pertembungan budaya tempatan dengan pengaruh luar, terutama dari wilayah Siam (Thailand Selatan) dan juga unsur-unsur India serta Timur Tengah.

Bengkel ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan seni warisan tradisional serta melahirkan pelapis yang mahir dalam seni muzik tradisional.

Program ini salah satu usaha dari Perspektif dan Exco Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah, Dato Salleh Saidin untuk memartabat serta memulihara seni warisan tradisional di Negeri Kedah.

Bagi yg berminat blh hadir setiap Jumaat , 3 ptg di JKKN Kedah.







🎶 *Jom Sertai Bengkel Perantisan Muzik Jikey & Hadrah!* 🎭🥁Persatuan Pengiat Seni Kreatif (PERSPEKTIF) dengan kerjasama K...
08/05/2026

🎶 *Jom Sertai Bengkel Perantisan Muzik Jikey & Hadrah!* 🎭🥁

Persatuan Pengiat Seni Kreatif (PERSPEKTIF) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah serta rakan strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah menjemput anda menyertai *Bengkel Perantisan Muzik Jikey dan Hadrah*.

📅 *Setiap Hari Jumaat*
🕒 *Jam 3.00 Petang*
📍 Bermula *8 Mei 2026*

Bengkel ini bertujuan memartabatkan seni warisan tradisional serta melahirkan pelapis muda dalam seni muzik Jikey dan Hadrah. Terbuka kepada semua yang berminat untuk belajar, mendalami dan menghayati keunikan seni budaya tempatan.

✨ Ayuh bersama-sama memelihara warisan seni budaya kita!
📣 Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada generasi pewaris seni tradisi.






Alhamdulillah. Jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Salleh Saidin yang tidak pernah membiarkan agenda Pelancon...
07/05/2026

Alhamdulillah. Jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Salleh Saidin yang tidak pernah membiarkan agenda Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah bergerak tanpa dipimpin dan dibantu. Seorang EXCO yang amat prihatin terhadap kami NGO kebudayaan yang mengangkat seni budaya dan warisan negeri ke tahap yang lebih baik

Kami menerima saranan dan bantuan dari Yang Berhormat berkenaan pembangunan dan pelestarian seni teater tradisional Jikey yang telah berusia lebih 400 tahun, berasal dari Pulau Langkawi. Tahun 2026 menjadi tahun ketiga Yang Berhormat Dato membantu memperkasakan seni teater tradisional Jikey Langkawi ini. Dari bangsal kampung ke pentas berprestij tinggi, Yang Berhormat Dato tidak pernah membiarkan seni ini terbiar sepi. Hinggalah seni teater tradisional Jikey ini dapat dipersembahkan dengan jayanya di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MaTIC, Kuala Lumpur pada tahun lepas. Ini membuktikan dengan sokongan padu dan kerjasama dari Yang Berhormat Dato dan JKKN, membolehkan seni budaya Kedah diangkat hingga ada yang telah menjelajah ke luar negara bagi tujuan pelestarian.

Kali ini Yang Berhormat Dato berhasrat untuk melihat perkembangan yang lebih berimpak tinggi dalam program pembangunan dan kelestarian Jikey Langkawi ini. Kali ini khazanah negara dari Langkawi ini bakal diwarisi oleh perantis-perantis baru dari pelbagai peringkat umur untuk dimantapkan dan diteruskan legasinya hingga ke peringkat dunia. In syaa Allah.

Tidak ketinggalan, turut bersama dalam pertemuan kali ini adalah Puan Rina Zaharina dari Persatuan Sanggar Warisan (PESARI) yang bakal mementaskan sebuah teater di Kompleks JKKN Kedah Julai ini. PESARI turut menerima sokongan dan bantuan dari Yang Berhormat EXCO bagi membantu melancarkan pementasan yang bakal diadakan nanti.

Moh kite .... Jumpa kami di sana....Kami bawakan pelbagai kesenian dari utara. pakat mai na.
05/05/2026

Moh kite ....
Jumpa kami di sana....
Kami bawakan pelbagai kesenian dari utara. pakat mai na.

MOH KOME KITA MERIAHKAN FESTIVAL BUDAYA MALAYSIA @ PERAK 2026! 🥳

📆 25 Jun - 28 Jun 2026 (Khamis - Ahad)
⏰ 9.00 pagi - 12.00 tengah malam
📌 Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh

Pelbagai pengisian menarik menanti anda! Antaranya:
💡Persembahan Kebudayaaan dan Kesenian dari 14 Negeri di Malaysia
💡Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asli, India dan Cina
💡Permainan Tradisional
💡Pameran dan aktiviti interaktif dari Balai Seni Visual Negara, Kraftangan Malaysia, Tourism Malaysia dan Tourism Perak
💡Hot Air Balloon
💡Pertandingan Marching Band
💡Ipoh Culture Fun Run
💡Jualan dan Aksesori Cina, India, Sabah dan Sarawak
💡Jualan MADANI Rahmah
💡Jualan Pekan Pop Pup
💡Jualan Makanan Warisan dari Jabatan Warisan Negara
💡Pesta Seri Rasa by Havoc Food Festival
💡Persembahan Artis Tempatan
💡Persembahan Muzik Basking
💡Pertandingan Battle Of The Band

Dan banyak lagi aktiviti menarik menanti anda serta keluarga! Apa lagi? MOH LER KITER ke FBM @ Perak 2026! 🥰



Korang pernah dengar tak Jikey & muzik Hadrah?? Tak Pernah?? Kalau tak pernah, mari sertai perantisan muzik Jikey & Hadr...
05/05/2026

Korang pernah dengar tak Jikey & muzik Hadrah?? Tak Pernah?? Kalau tak pernah, mari sertai perantisan muzik Jikey & Hadrah bermula 8 Mei 2026 pada jam 3:00 petang hingga 6:00 petang. Kelas akan ada pada setiap hari Jumaat di JKKN KEDAH. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang ada di poster. Jom kita sama - sama belajar tentang seni muzik tradisional moyang kita zaman dulu - dulu. Terbuka pada semua. ❤️ Warisan kita Tanggungjawab kita. ❤️







Alhamdulillah.. Mengorak selangkah lagi.
04/05/2026

Alhamdulillah..
Mengorak selangkah lagi.




Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penggiat Seni Kreatif Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penggiat Seni Kreatif Kedah:

Share