Surau Al Fayyadh Taman Pinang Emas

Surau Al Fayyadh Taman Pinang Emas Kumpul Dana Bagi Menyiapkan Surau

04/09/2025

ASSALAMUALAIKUM
ampa tau dak gi apa yg sdg viral di Bukit Pinang lani?

Ni nak habaq kat ampa, baca sampai abis nah,agar ampa tak salah faham apa yg ampa dengaq, banyak kali dah dok perasan orang habaq lain depa dengaq lain depa cerita jadi lain😆😆😆
Ahad minggu ni ampa ada pi mana2 dak? Pagi Ahad tu? 7 haribulan 9 nak mai ni.. kami nak ajak ampa nak minta tolong dari ampa nak ajak berhimpun ramai2 depan Masjid.
Berhimpun depan masjid Al Hidayah Bukit Pinang, mai bawa sekali golok,parang.

Pakai sama kasut boot👢👢, kalau ada Cangkul bawak mai, ada penyakaq bawa penyakaq, pakai topi, nak bg nampak smart pakai topi kebun, tak pon topi koboi🤠,topi cepui tu pon boleh ja...

Rumput kat Kuboq lama panjang sangat dah... Nak ikut tu plan nak buat 📅20 haribulan, memang la sengaja pon tinggai rumput tu bagi panjang, sebab rancang nak ajak orang Bukit Pinang berimpun beramai2, pastu kita buat gotong royong sama2.

Tengok2, tak dan 📆20hb rumput dh paqas pinggang, tu yg percepat tarikh tu...
Sapa2 yg ada mesin rumput bawa mai sekali, kita tolong isi minyak bagi penuh, kabel potong rumput kita bagi juga, minyak tuti pa semua complete.
Bab nak makan pagi tu jangan risau & jangan bimbang kita sedia jugak, bawa penyakaq qumput, bawa la apa2 saja yg boleh bantu ringankan tugas gotong royong.

Ampa semua mai la nah, pakat mai semua, geng taman, PPAM taman sireh, Taman Pinang Emas, Taman Pinang Merah, geng Kg.Baru, semua la 🏡kita kira anak kariah masjid semua turun, laki2, 🙋🏼‍♀️remaja, kanak2, ibu bapa, Abg,Kakak, adik2 semua kita seru.

Mai lah kita bagi ramai, Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Kita plan tu nak mula pukoi 7.30am, senaman ringan sikit, baca doa, bagi taklimat tugasan dan keselamatan apa semua, bahagi kumpulan pastu kita pakat atur kerja masing.
Yang mana tak dan nak mai awai, mai la waktu mana pon tak pa, kita rancang tu akan habis dlm pukul 12. Kot boleh mai awai pastu kena balik awai pon tak pa mai la. Mai waktu tu tengok apa2 yg patut buat sorang sikit.
Nak santai2 ja, sebab nak nak ajak bagi ramai, sambil nak menghubungkan silaturrahim antara kita, kadang tu ada yg dok semayang sebelah2 berhari2 tp tak kenai pon nama, biasalah habis solat semua pakat bawa haluan sendiri..
Inilah apa yang cuba kita nak buat, kalau ada kekurangan tu minta maaf, adat manusia tak lekang dari salah silap. Jika perlu ditambaik kita murnikan agar program ni dapat dilestarikan...

Mai lah nah... Sapa pon mai la, takpa jgn risau kita semua peramah2 belaka. U will never walk alone. Semoga Allah memberkati usaha dan sumbangan kita semua dan membalasnya dengan yang paling terbaik. Jangan lupa Ahad ni 7/9/2025 Ahad kita berhimpun dekat Masjid Bukit Pinang. Pakat2 share maklumat ini sampai viral!!!


Majlis Kesyukuran & Bacaan Yassin
19/06/2025

Majlis Kesyukuran & Bacaan Yassin

08/05/2025
Bacaan Yasin Mingguan
08/05/2025

Bacaan Yasin Mingguan

08/05/2025
QR code untuk infaq Surau Al Fayyadh Taman Pinang Emas
28/04/2025

QR code untuk infaq Surau Al Fayyadh Taman Pinang Emas

Team Gegaq Kedohoq TPE
27/04/2025

Team Gegaq Kedohoq TPE

Address

Jalan Pinang Emas
Alor Setar
06250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Fayyadh Taman Pinang Emas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share