Food Bank Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Food Bank Malaysia + Rescue Surplus Food
+ Feed the Hungry
+ Reduce Food Waste
www.foodbankmalaysia.com

10/10/2026
SERAHAN SUMBANGAN MAKANAN DAN KIT TABARUK KEPADA KELUARGA DI ALOR SETAR KEDAHFood Bank Malaysia telah melakukan serahan ...
29/09/2026

SERAHAN SUMBANGAN MAKANAN DAN KIT TABARUK KEPADA KELUARGA DI ALOR SETAR KEDAH

Food Bank Malaysia telah melakukan serahan Bantuan Kecemasan Makanan Asas sumbangan daripada Penyumbang Individu beserta serahan Kit Tabaruk sumbangan daripada pihak Tabung Amanah Baitulmal Kedah kepada sebuah keluarga yang terputus bekalan makanan di rumah PPR Alor Setar sebentar tadi.

Diharapkan semoga keluarga ini terus cekal menghadapi hari-hari yang mendatang.

Jutaan Penghargaan buat semua pihak yang prihatin akan nasib menimpa keluarga ini dan telah membantu meringankan beban yang ditanggung mereka.



Malam tadi (21 Sep 2026) sekumpulan sukarelawan Food Bank Malaysia sekali lagi singgah di Jitra Kedah untuk menyerahkan ...
21/09/2026

Malam tadi (21 Sep 2026) sekumpulan sukarelawan Food Bank Malaysia sekali lagi singgah di Jitra Kedah untuk menyerahkan satu unit Katil Pesakit untuk digunakan wargaemas yang terlantar.

Diharapkan ianya dapat meringankan beban kesakitan yang ditanggung oleh pesakit berkenaan.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyumbang dan menyokong usaha Food Bank Malaysia ini.

Lagi penyerahan satu unit Katil Pesakit oleh Food Bank Malaysia kepada pesakit terlantar di Alor Setar Kedah.Diharapkan ...
03/09/2026

Lagi penyerahan satu unit Katil Pesakit oleh Food Bank Malaysia kepada pesakit terlantar di Alor Setar Kedah.

Diharapkan ianya dapat membantu meringankan beban pesakit dan juga memberi manfaat untuk pesakit dan penjaga.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyumbang dan menyokong usaha murni ini.

Semalam sukarelawan Food Bank Malaysia telah menyerahkan sumbangan satu unit Katil Hospital untuk kegunaan pesakit kanse...
28/08/2026

Semalam sukarelawan Food Bank Malaysia telah menyerahkan sumbangan satu unit Katil Hospital untuk kegunaan pesakit kanser di Alor Setar.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan menyumbang kepada Food Bank Malaysia

Petang semalam selepas selesai tugas hakiki di Pejabat dan selesai ambil anak pulang dari asrama, saya turut sama dengan...
27/08/2026

Petang semalam selepas selesai tugas hakiki di Pejabat dan selesai ambil anak pulang dari asrama, saya turut sama dengan sukarelawan Food Bank Malaysia uruskan satu penghantaran Katil Hospital kepada seorang pesakit kanser di Alor Setar.

Usia pesakit kanser berkenaan belum pun mencecah 40 tahun dan telah menjalani chemotherapy sebanyak 6 cycle. Di usia muda sebegini, beliau telah diuji dengan ujian berat sebegini.

Jom kita doakan semoga pesakit dan keluarga yang menjaga terus diberikan kekuatan serta ketabahan dan semoga diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan semua InsyaAllah.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan menyumbang kepada Food Bank Malaysia. Anda semua adalah wira yang tak didendang.

www.foodbankmalaysia.com

SALAM MAULIDUR RASUL1448H/2026Maulidur Rasul bukan sekadar momentum untuk mengingati tarikh kelahiran Baginda Rasulullah...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL1448H/2026

Maulidur Rasul bukan sekadar momentum untuk mengingati tarikh kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w, malah ia merupakan wacana terbaik bagi menghayati Dan mempraktikkan akhlak terpuji yang ditinggalkan oleh Baginda s.a.w.

​Antara sifat keperibadian utama Rasulullah s.a.w yang sangat menonjol ialah kepedulian sosial yang tinggi, terutamanya dalam amalan memberi makan kepada sesama manusia. Baginda tidak pernah menolak permintaan orang yang memerlukan dan sentiasa mendahulukan kebajikan ummah berbanding diri sendiri.

​Sifat terpuji ini dizahirkan secara jelas melalui beberapa panduan hadis yang sahih:
​Amalan Islam Terbaik: Abdullah bin 'Amr RA meriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w :

“Apakah amalan Islam yang terbaik?”
Baginda s.a.w menjawab:

​“Memberi makan (kepada orang lain) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 12 & Muslim, No. 39)

​Amalan memberi makan merupakan sebahagian daripada asas keharmonian masyarakat.

​“Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berikanlah makan, hubungkanlah silaturahim, dan bersolatlah pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur; nescaya kamu akan masuk Syurga dengan sejahtera.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, No. 2485 – Dihasankan oleh At-Tirmidzi dan Disahihkan oleh Al-Albani)

​Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita menyemarakkan kasih sayang kepada Baginda s.a.w bukan sahaja menerusi ucapan dan selawat, tetapi juga melalui tindakan nyata—iaitu dengan meringankan beban golongan yang lapar dan memerlukan.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026

​Ikhlas daripada:

Pertubuhan Bank Makanan Malaysia
www.foodbankmalaysia.com

Last night, the Food Bank Malaysia Volunteers managed the delivery and handover of a Patient Transfer Lift Chair for the...
17/08/2026

Last night, the Food Bank Malaysia Volunteers managed the delivery and handover of a Patient Transfer Lift Chair for the use of a bedridden elderly patient.

​Continue to support our efforts.

​Visit www.foodbankmalaysia.com for any further information.

​

24/07/2026

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Khas untuk golongan B40 Sekitar Shah Alam & kawasan berhampiran. WhatsApp cepat untuk tempahan. Terhad kepada 40 pax sahaja.

Address

2967E, Jalan Sultanah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 23:59
Saturday 09:00 - 23:59

Telephone

+60129960559

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Food Bank Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Food Bank Malaysia:

Shortcuts

Share