RT Mergong Perdana

Directions

RT Mergong Perdana Memperkasa komuniti, memperkukuh perpaduan πŸ§‘πŸ’™
Platform info, aktiviti & hebahan penduduk RT Mergong Perdana

πŸ“’ JOM SERTAI PROGRAM BRISK WALK KOMUNITI KRT MERGONG PERDANA 2026! πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈπŸ’ͺAssalamualaikum dan salam sejahtera.Kepada s...
14/08/2026

πŸ“’ JOM SERTAI PROGRAM BRISK WALK KOMUNITI KRT MERGONG PERDANA 2026! πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈπŸ’ͺ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua komuniti KRT Mergong Perdana, anda dijemput hadir untuk memeriahkan:

🌟 PROGRAM BRISK WALK KRT MERGONG PERDANA 2026 🌟

πŸ“… Tarikh: 16 September 2026
πŸ“ Tempat Berkumpul: Perkarangan SAN
⏰ Mula: 8.00 pagi
πŸ“ Tarikh Akhir Pendaftaran: 31 Ogos 2026

πŸ’° Yuran Komitmen:
πŸ‘• L β€” RM10.00
πŸ‘š P β€” RM15.00

πŸ’— Senaman Ringan, Badan Cergas!

Mari luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan santai yang penuh manfaat kepada kecergasan dan kesihatan jantung.

✨ Senaman ringan, badan cergas β€” bukan pertandingan
✨ Mengeratkan silaturahim komuniti
✨ Aktiviti sesuai untuk semua peringkat umur

🀝 JOM SAMA-SAMA MERIAHKAN PROGRAM INI!

Pakat ajak keluarga, jiran dan sahabat untuk turut serta. Jangan lepaskan peluang untuk beriadah sambil berkenalan dengan warga setempat dalam suasana yang santai, sihat dan ceria. πŸ₯°

πŸ“² DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/1LvqnTgGevLN5Qtg7

πŸ’³ Selepas pembayaran, sila WhatsApp slip/bukti pembayaran kepada:
Bendahari: Encik Mohd Rosli Bin Abdul Halim
πŸ“± 013-9384419

Ayuh warga KRT Mergong Perdana, kita meriahkan program ini bersama-sama! πŸ’ͺ❀️






πŸ“– Program Jiran Wanita KRT Mergong Perdana – Khatam Al-QuranπŸ“… Sabtu | 8 Ogos 2026πŸ“ Surau An-NaimAlhamdulillah, telah ber...
13/08/2026

πŸ“– Program Jiran Wanita KRT Mergong Perdana – Khatam Al-Quran

πŸ“… Sabtu | 8 Ogos 2026
πŸ“ Surau An-Naim

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Jiran Wanita KRT Mergong Perdana – Program Khatam Al-Quran yang melibatkan para muslimah dari taman-taman sekitar Mergong Perdana.

Program ini menjadi satu wadah yang baik untuk mengimarahkan Surau An-Naim, mempereratkan ukhuwah sesama muslimah serta memupuk budaya membaca dan menghayati Al-Quran dalam komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua muslimah yang hadir serta pihak yang bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi pahala yang berpanjangan dan semoga usaha ini terus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan jiran serta komuniti RT Mergong Perdana. 🀲

πŸ§‘πŸ’™
RT Mergong Perdana
Memperkasa Komuniti, Memperkukuh Perpaduan

🚲😎 TARIKH NI KITA STOP SAT GEREK!Pakat-pakat mai join Program Brisk Walk Komuniti KRT Mergong Perdana 2026! πŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™€οΈπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“… ...
12/08/2026

🚲😎 TARIKH NI KITA STOP SAT GEREK!

Pakat-pakat mai join Program Brisk Walk Komuniti KRT Mergong Perdana 2026! πŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… 16 September 2026 (Rabu)
πŸ•— 8.00 pagi
πŸ“ Perkarangan Surau An-Naim

Tak payah laju pun… πŸ˜†
Ini bukan pertandingan! Kita jalan santai, keluar peluh sikit, sambil sembang-sembang dan kenal jiran-jiran.

Yang penting:
πŸ’ͺ Badan sihat
🀝 Silaturahim makin rapat
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Aktiviti untuk seisi keluarga
❀️ Ada pemeriksaan kesihatan percuma
πŸ›οΈ Ada pameran & gerai jualan
🎁 Ada peluang rebut hadiah cabutan bertuah!

πŸ’° Yuran penyertaan:
πŸ‘¨ L – RM10
πŸ‘© P – RM15

πŸ“Œ Pendaftaran tutup: 31 Ogos 2026

Jangan dok kata nanti-nanti… 😎
Tarikh ni kita stop sat gerek 🚲, pakat-pakat mai Brisk Walk!

πŸ“² DAFTAR SEKARANG melalui borang yang disediakan pada poster.

Jumpa semua 16 September nanti! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

πŸ§‘πŸ’™
RT Mergong Perdana
Memperkasa Komuniti, Memperkukuh Perpaduan

πŸ“– Kuliah Maghrib KhamisπŸ“… Khamis | 6 Ogos 2026πŸ“ Surau An-NaimAlhamdulillah, telah berlangsung Kuliah Maghrib Khamis yang ...
12/08/2026

πŸ“– Kuliah Maghrib Khamis

πŸ“… Khamis | 6 Ogos 2026
πŸ“ Surau An-Naim

Alhamdulillah, telah berlangsung Kuliah Maghrib Khamis yang disampaikan oleh Tuan Ustaz Faris dengan kupasan daripada Kitab 70 Dosa Besar.

πŸ•Œ Tajuk: Meninggalkan Haji Walaupun Mampu

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan menjadi peringatan kepada kita semua tentang kepentingan menunaikan kewajipan agama apabila telah memenuhi syarat dan berkemampuan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Ustaz Faris, pihak Surau An-Naim serta semua jemaah yang hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu ini.

🀲 Semoga budaya menuntut ilmu dan mengimarahkan masjid serta surau terus subur dalam komuniti kita.

πŸ§‘πŸ’™
RT Mergong Perdana
Memperkasa Komuniti, Memperkukuh Perpaduan

πŸ—οΈ Lawatan Penanda Aras & Perkongsian IdeaπŸ“… Khamis | 6 Ogos 2026πŸ“ Flat Paya Nahu, Sungai PetaniAlhamdulillah, hari ini A...
11/08/2026

πŸ—οΈ Lawatan Penanda Aras & Perkongsian Idea

πŸ“… Khamis | 6 Ogos 2026
πŸ“ Flat Paya Nahu, Sungai Petani

Alhamdulillah, hari ini AJK RT Mergong Perdana berkesempatan turun ke Flat Paya Nahu, Sungai Petani bagi melihat sendiri contoh pelaksanaan kemudahan komuniti.

Antara perkara yang menjadi perhatian ialah:

🏠 Contoh tapak kabin
πŸ—οΈ Struktur anak tiang
β˜‚οΈ Contoh sambungan (extension) bumbung

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha mendapatkan idea dan rujukan yang sesuai untuk perancangan kemudahan serta penambahbaikan komuniti RT Mergong Perdana.

Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu dalam merancang kemudahan yang bersesuaian serta memberi manfaat kepada penduduk pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan kerjasama sepanjang lawatan ini.

πŸ§‘πŸ’™
RT Mergong Perdana
Memperkasa Komuniti, Memperkukuh Perpaduan

πŸ‡²πŸ‡Ύ Sembang Santai Bersama KomunitiπŸ“… Rabu | 5 Ogos 2026πŸ“ Warung DanAlhamdulillah, satu sesi santai bersama komuniti RT Me...
11/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Sembang Santai Bersama Komuniti

πŸ“… Rabu | 5 Ogos 2026
πŸ“ Warung Dan

Alhamdulillah, satu sesi santai bersama komuniti RT Mergong Perdana telah diadakan di Warung Dan.

Sapa-sapa yang free, jom minum sambil sembang-sembang santai pasai bendera! πŸ‡²πŸ‡Ύβ˜•οΈ

Pertemuan santai sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama jiran, malah menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan berbincang tentang aktiviti serta semangat kemerdekaan dalam komuniti.

Jom kita luangkan masa, kenal jiran-jiran dan hidupkan lagi semangat kejiranan. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ§‘πŸ’™
RT Mergong Perdana
Memperkasa Komuniti, Memperkukuh Perpaduan

🚨 MAKLUMAN KESELAMATAN KOMUNITIKepada semua jiran dan penduduk RT Mergong Perdana, mohon agar kita sentiasa berhati-hati...
10/08/2026

🚨 MAKLUMAN KESELAMATAN KOMUNITI

Kepada semua jiran dan penduduk RT Mergong Perdana, mohon agar kita sentiasa berhati-hati dan meningkatkan tahap keselamatan di kediaman masing-masing.

⚠️ Dimaklumkan bahawa kes pecah rumah semakin meningkat di kawasan RT kita.

Sama-sama kita tingkatkan kewaspadaan dengan:
πŸ”’ Pastikan pintu, tingkap dan pagar dikunci sebelum meninggalkan rumah.
πŸ’‘ Pastikan kawasan rumah mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
πŸ‘€ Peka terhadap kehadiran individu atau kenderaan yang mencurigakan.
🀝 Saling memaklumkan kepada jiran sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan.
πŸ“± Segera laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian atau terdapat ancaman keselamatan.

Keselamatan kawasan bukan hanya tanggungjawab individu, tetapi memerlukan kerjasama seluruh komuniti.

Sama-sama kita lebih berwaspada dan saling menjaga antara satu sama lain.

πŸ§‘πŸ’™
RT Mergong Perdana
Memperkasa Komuniti, Memperkukuh Perpaduan

πŸ“Œ MESYUARAT AJK RT MERGONG PERDANA BIL. 3/2026πŸ“… 2 Ogos 2026 (Ahad)πŸ•˜ 9.45 malamπŸ“ Cafe SANAssalamualaikum dan salam sejaht...
10/08/2026

πŸ“Œ MESYUARAT AJK RT MERGONG PERDANA BIL. 3/2026

πŸ“… 2 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ•˜ 9.45 malam
πŸ“ Cafe SAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ahli Jawatankuasa (AJK) RT Mergong Perdana hadir ke Mesyuarat AJK Bil. 3/2026 membincangkan perkembangan semasa serta hala tuju program dan pengurusan RT.

Antara agenda yang dibincangkan:
βœ… Laporan G7
βœ… Cadangan Kabin RT
βœ… Perbincangan berkaitan AJK yang tidak aktif
βœ… Laporan Kewangan RT
βœ… Hal-hal lain

Kehadiran dan komitmen semua AJK amatlah dihargai dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur demi manfaat komuniti RT Mergong Perdana.

πŸ§‘πŸ’™
RT Mergong Perdana
Memperkasa Komuniti, Memperkukuh Perpaduan

Address

Mergong Perdana
Alor Setar
05150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RT Mergong Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share