Pertubuhan Amal Bersatu Malaysia Kedah

Directions

Pertubuhan Amal Bersatu Malaysia Kedah Pertubuhan Kebajikan Jaringan Amal Bersatu Malaysia

28/09/2026

AL FATIHAH TUN DR SITI HASMAH BIN MOHAMAD ALI.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga amnya dan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas pemergian isteri tercinta. Semoga sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.

Kami mendoakan supaya roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosanya, lapangkanlah kuburnya dan masukkanlah dia ke syurgaMu kelak. Allahuma aamiiin.

Ikhlas,
Pertubuhan Amal Bersatu Malaysia

15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti perpaduan, menghargai kepelbagaian dan memperkukuh semangat kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.

Kekuatan negara terletak pada kesatuan hati, sikap saling menghormati serta kesediaan untuk bekerjasama demi membina masa depan yang lebih sejahtera, harmoni dan gemilang.

Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur, serta kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Selamat Hari Malaysia 2026
Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN JARINGAN AMAL BERSATU MALAYSIA

BEKERJASAMA โ€ข BERSATU โ€ข BERAMAL




30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 69 TAHUN.

Kemerdekaan yang kita kecapi ini adalah sebuah perjuangan yang amat berharga untuk kita kenang pada setiap tahun. Para pejuang tanah air kita berjuang bermati-matian untuk memastikan anak cucu mereka tidak dijajah lagi pada hari ini. Justeru itu kita sebagai generasi kini mestilah mempunyai sikap cintakan tanah air yang mendalam supaya dapat kita memegang amanah yang telah diwariskan untuk menjaga maruah Negara ini. Tidak lupa juga dalam mengenang jasa para pejuang tanah air, kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka.

Pertubuhan Kebajikan Jaringan Amal Bersatu Malaysia
BEKERJASAMA BERSATU BERAMAL

24/08/2026

SALAM MAULIDUL RASUL 1448H

Sempena menyambut hari istimewa junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, marilah kita sama-sama menelusuri sirah baginda supaya dapat kita jadikan pedoman dalam kehidupan seharian kita.
Baginda diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Oleh kerana itu, kita sebagai umat baginda seharusnya menunjukkan akhlak yang mulia sebagai seorang Islam supaya dapat memberi contoh yang baik kepada masyarakat di sekeliling.
Akhir kalam, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda sebagai tanda kasih dan sayang kepada Rasullullah.
ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Pertubuhan Kebajikan Jaringan Amal Bersatu Malaysia
BEKERJASAMA BERSATU BERAMAL

20/08/2026
20/08/2026

FENOMENA EL NINO | Paras air di Empangan Timah Tasoh, Perlis dan Empangan Muda, Kedah dilaporkan berada pada tahap kritikal susulan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.

Address

Alor Setar
05400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amal Bersatu Malaysia Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share