Rumah Ngaji DARSA Taman Purnama, Jalan Pegawai, Alor Setar

Rumah Ngaji DARSA Taman Purnama, Jalan Pegawai, Alor Setar Rumah Ngaji DarSA, Taman Purnama, Jalan Pegawai, Alor Setar

05/05/2026

Kuliah Dhuha: USTAZ SYAMIL ZAIN.
KITAB : RISALAH AL JAAMI'AH

28/04/2026

Kuliah Dhuha:USTAZ AMIR ARSALAN
Kitab : SYAMAIL RASULULLAH صلى الله عليه وسلم.

21/04/2026

Kuliah Dhuha: USTAZ AMIR ARSALAN

14/04/2026

Kuliah Dhuha kitab AL AZKAR

14/04/2026

Kuliah Dhuha: USTAZ SYAMIL ZAIN

بسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmat ...
02/03/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-NYA, majlis iftar jam'ie & tausiah khas Ramadhan pada 28 Februari 2026 bersamaan 10 Ramadhan 1447H telah dapat dilaksanakan dengan penuh keberkatan.

Pihak Rumah Ngaji DarSa Taman Purnama & Maahad Tahfiz DarSa Alor Setar ingin merakamkan setulus - tulus penghargaan dan terima kasih khususnya kepada SYEIKHUNA SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HAJI ROMLI , yang sudi hadir menyantuni serta menyampaikan tausiah yang penuh hikmah dan menyentuh hati.

Semoga setiap butir nasihat menjadi asbab hidayah dan kebaikan yang berpanjangan buat kita semua.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada UMMUNA USTAZAH MAHANI , para Ustaz dan Ustazah, para waris, ahli keluarga serta para muhibbin yang hadir dari dekat dan jauh. Yang bersama-sama melapangkan masa, menyumbang tenaga dan sama sama membawa dan berkongsi juadah berbuka, serta mengeratkan silaturrahim dalam suasana berbuka puasa yang penuh barakah ini.

Semoga ALLAH SWT membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda, menerima segala amal kebajikan kita, serta mengurniakan keberkatan dalam kehidupan di Dunia dan Akhirat.

جزاكم الله خيرا كثيرا واحسن الجزاء

🌿 INFAQ JUMAAT YANG MULIA 🌿ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.Pada hari Jumaat yang penuh keberk...
23/01/2026

🌿 INFAQ JUMAAT YANG MULIA 🌿
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, kami membuka peluang kepada para dermawan untuk bersama-sama berinfaq bagi pembelian penapis air buat kegunaan para pelajar Maahad Tahfiz DarSa, Alor Setar.

Air bersih adalah keperluan asas untuk kesihatan dan kelangsungan pembelajaran para huffaz Al-Quran. Dengan adanya penapis air ini, para pelajar dapat menikmati air yang lebih bersih dan selamat setiap hari, sekali gus membantu mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam menghafaz KALAMULLAH.

✨ Sedikit daripada kita, besar nilainya di sisi ALLAH.

✨ Infaq anda adalah saham akhirat yang berpanjangan.

Marilah kita rebut pahala sedekah hari Jumaat, mudah-mudahan setiap titisan air yang diminum oleh para pelajar menjadi pahala jariah yang terus mengalir buat kita semua.

Semoga ALLAH menerima amal infaq kita dan memberkati rezeki para penyumbang. 🤲

جزاكم الله خيرا كثيرا وأحسن الجزأ 🤲*

BENGKEL INTENSIFSISTEM SYAHADAH TAHFIZSukacita dimaklumkan bahawa satu Bengkel Intensif Sistem Syahadah Tahfiz akan dian...
06/01/2026

BENGKEL INTENSIF
SISTEM SYAHADAH TAHFIZ

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Bengkel Intensif Sistem Syahadah Tahfiz akan dianjurkan bagi memberi pendedahan menyeluruh berkaitan pelaksanaan dan pengurusan sistem syahadah dalam institusi tahfiz.

Butiran Program adalah seperti berikut:

🗓 Tarikh: 15 & 16 Januari 2026
🕘 Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
📍 Tempat:
Maahad Tahfiz DarSa, Alor Setar
(Rumah Ngaji DarSa, Taman Purnama)

Penceramah Jemputan:
- Maulana Omar Farooq bin Maulana Soleh
- Al-Fadhil Ustaz Talhah bin Maulana Omar Farooq

Yuran Penyertaan:
💰 RM50 seorang (Termasuk makan & saguhati TUAN GURU)

Penyertaan terbuka kepada :
Mudir, pengusaha institusi tahfiz, serta Guru Tahfiz, Hafiz & Hafizah yang berminat untuk memahami dan mendalami Sistem Tahfiz secara lebih sistematik dan berkesan.

Tarikh tutup penyertaan :
13 JANUARI 2026

📞 Pendaftaran & Maklumat Lanjut:
Sila hubungi 019-523 9374

PENGAMBILAN PELAJAR SYAHADAH SESI 2026Maahad Tahfiz Al-Quran DarSA, Alor SetarMaahad Tahfiz Al-Quran DarSA membuka pelua...
11/12/2025

PENGAMBILAN PELAJAR SYAHADAH SESI 2026
Maahad Tahfiz Al-Quran DarSA, Alor Setar

Maahad Tahfiz Al-Quran DarSA membuka peluang kepada 10 orang calon pelajar untuk menyertai Program Syahadah selama 6 bulan, khusus bagi mereka yang ingin memperkukuh hafazan serta adab dan amali sunnah.

Syarat Kemasukan

✔ Lelaki
✔ Tidak merokok
✔ Minat dan komitmen yang tinggi
✔ Datang atas kemahuan sendiri
✔ Bersedia menerima tarbiyah
✔ Tiada rekod masalah sosial
✔ Patuh kepada peraturan
✔ Sihat tubuh badan

Kandungan Program Syahadah

📘 Pengulangan 30 juzuk secara bersistem
📘 Asas Fardu Ain
📘 Adab-adab dan praktikal sunnah
📘 Ratib & wirid harian
📘 Smart Tajwid

Kelebihan Program

🌿 Tempoh pengajian singkat (6 bulan)
🌿 Bilik kuliah berhawa dingin
🌿 Kelas khas berkitab mingguan bersama ( SYEIKH ZAINUL ASRI )

Maklumat Temuduga

📅 26 Disember 2025 (Jumaat)
⏰ 8.30 pagi – 11.30 pagi
📍 Rumah Ngaji (DarSA)
No. 190, Jalan Purnama 2,
Taman Purnama, 05050 Alor Setar, Kedah

📞 Untuk pertanyaan & pendaftaran:
019-5239 374

Address

Taman Purnama
Alor Setar
0505050

Telephone

+60124935689

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Ngaji DARSA Taman Purnama, Jalan Pegawai, Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share