Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad

Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad KOPERASI PEMBANGUNAN INSAN WILAYAH UTARA BERHAD
- SEKOLAH RENDAH ISLAM UMMI
- TADIKA DAN TASKA UMMI
- PERUSAHAAN ROTI SERI
- PASAR MINI KOINSAN

10/02/2026

4443 likes, 71 comments. Check out Rabiah Hakim Hakim’s video.

Penghargaan dan Penghormatan buat Tuan Haji Mohamad Ismail IbrahimPada 31 Disember 2024 yang lalu,  kontrak perkhidmatan...
02/01/2025

Penghargaan dan Penghormatan buat Tuan Haji Mohamad Ismail Ibrahim

Pada 31 Disember 2024 yang lalu, kontrak perkhidmatan Tuan Haji Mohamad Ismail sebagai Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (Koinsan) telah berakhir.

Haji Mohamad Ismail sebenarnya adalah antara pengasas Koinsan ketika ia ditubuhkan pada tahun 1992. Dalam mesyuarat agung pertama pada tahun berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Koperasinya dan kemudian menjadi Setiausahanya yang pertama. Dua tahun kemudian beliau dilantik sebagai Pengerusi Koinsan dan memegang jawatan itu selama 18 tahun.

Pada 2022, beliau dilantik semula ALK Koinsan, kemudian dilantik sebagai Pengarah Eksekutifnya selama enam bulan berikutan kekosongan jawatan Pengurus Besar.

Pada 1 Januari 2023, beliau meletakkan jawatan sebagai ALK Koinsan selepas dilantik sebagai Pengurus Besarnya secara kontrak selama dua tahun.

Kami di Koinsan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala usaha, sumbangan, komitmen dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh ini.

Kami mendoakan semoga Allah Subhanahu wata'ala memberkati setiap usaha dan amalnya pada masa hadapan.

19/12/2024

🌟 JUALAN KOMBO ROTI SERI: NIKMATI BERSAMA KELUARGA TERCINTA! 🌟

Cuti sekolah sudah tiba! Inilah masa terbaik untuk meluangkan detik berharga bersama keluarga. Apa yang lebih indah daripada menikmati roti lembut, gebu, dan penuh rasa cinta dari Roti Seri?

Kami bawakan Tawaran Istimewa sempena cuti sekolah dan akhir tahun ini!

🍞 Kombo 1:
1 Pek Roti Planta + 1 Pek Roti Kacang atau Kelapa
💰 HANYA RM17 (Harga sebenar RM22)

🍞 Kombo 2:
2 Pek Roti Kacang atau Kelapa
💰 HANYA RM17 (Harga sebenar RM22)

🍞 Kombo 3:
1 Pek Roti Susu + 1 Pek Roti Kacang atau Kelapa
💰 HANYA RM11 (Harga sebenar RM14.20)

✨ JIMAT HINGGA RM5!

👉 Jangan lepaskan peluang untuk menggembirakan anak-anak dan keluarga anda dengan roti yang penuh keistimewaan ini!

📅 Tempoh Tawaran:
19 hingga 31 Disember 2024
⏳ Cepat, sebelum promosi tamat!

📍 Kunjungi kami di:
Perusahaan Roti Seri
Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad
4037, Jalan Nuri 4, Taman Rakyat, Jalan Sultanah, Alor Setar
📞 Hubungi: 011-2069 0399

Jualan kombo ini hanya sah untuk belian terus di kilang Perusahaan Roti Seri.

🌟 Dapatkan kombo istimewa ini di kilang Roti Seri dan rasai kehangatan kasih sayang dalam setiap gigitan. 🌟

05/12/2024

INFAQ ROTI UNTUK MANGSA BANJIR
🌊 Banjir Datang Menguji, Prihatin Kita Terus Bersemi 🌾

Dalam setiap ujian, ada ruang untuk kita menunjukkan kasih sayang sesama insan. Mangsa banjir di Kedah kini amat memerlukan bantuan, dan dengan RM9 sahaja, anda boleh menghulurkan 1 pek mengandungi 10 biji roti untuk mereka yang terkesan.

Infaq kecil anda mampu menjadi sumber kekuatan buat mereka. Roti ini bukan sekadar makanan, tetapi simbol prihatin dan komitmen berterusan kita bersama untuk memastikan mereka tidak berasa keseorangan dalam ujian ini.

Jom sertai program Infaq Roti hari ini. Bersama, kita mampu membawa senyuman kepada mereka yang memerlukan.

📞 Hubungi kami di 011-2069 0399 untuk maklumat lanjut atau sumbangan.
📍 Atau datang terus ke Roti Seri untuk menyumbang.

Roti Seri – Bersama Kita Memberi, Bersama Kita Peduli.

Tindakan Pantas SADA Atasi Paip BocorSemalam, seorang staf Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (Koinsan) mem...
19/11/2024

Tindakan Pantas SADA Atasi Paip Bocor

Semalam, seorang staf Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (Koinsan) memaklumkan kebocoran paip air di hadapan Lot 4035.

Kira-kira jam 11.00 pagi semalam, aduan dihantar kepada pihak Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) menerusi WhatsApp +60 11-6521 0500.

Alhamdulillah kira-kira jam 3.00 petang hari ini, kontraktor SADA sudah sampai untuk mengesan dan membaiki kebocoran berkenaan. Dalam tempoh sejam kerja-kerja membaik kebocoran itu siap.

Selepas ini, tunggu pegawai SADA datang buat pemeriksaan dan kemudian kontraktor akan turap tar di tempat berkenaan.

Terima kasih SADA atas tindakan pantas.

DI SETIAP YANG SUKAR PASTI ADA KEMUDAHANTiada pergantungan lain selain dariNya."Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa ya...
04/11/2024

DI SETIAP YANG SUKAR PASTI ADA KEMUDAHAN
Tiada pergantungan lain selain dariNya.
"Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan.Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan"
Semoga setiap urusan kerja, keluarga, ibadat dan perjalanan kehidupan ini di permudahkan dengan izin dari Allah SWT.

MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI SEMPENA CUTI HARI DEEPAVALI 2024TARIKH : 31 Oktober 2024HARI : KhamisKami akan beroperasi sem...
30/10/2024

MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI SEMPENA CUTI HARI DEEPAVALI 2024

TARIKH : 31 Oktober 2024
HARI : Khamis

Kami akan beroperasi semula pada :
TARIKH : 3 November 2024
HARI : Ahad

08/10/2024
Allahuma solli ala' MuhammadSalam Maulidur Rasul 2024 / 1446HDiriwayatkan oleh Ka'ab bin Ujzah bahwa Nabi Saw bersabda: ...
16/09/2024

Allahuma solli ala' Muhammad
Salam Maulidur Rasul 2024 / 1446H
Diriwayatkan oleh Ka'ab bin Ujzah bahwa Nabi Saw bersabda: "Hadirilah (khutbah ku) dalam mimbar. Maka kami datang. Ketika Rasulullah Saw menaiki tangga yang pertama beliau berkata amin, ketika melangkah ke tangga kedua beliau berkata amin, dan ketika beliau menaiki tangga ketiga beliau berkata amin.

Ketika beliau turun dari mimbar kami bertanya: wahai Rasulullah kami mendengar sesuatu yang tidak pernah kami dengar darimu sebelumya. Rasulullah Saw bersabda: sesungguhnya Jibril memaparkan sesuatu kepadaku dan berkata: celakalah bagi orang yang melaksanakan (puasa) di bulan Ramadhan sedangkan dosanya tidak terampuni, maka ku jawab: amin. Dan ketika ku menaiki tangga kedua Jibril berkata: celakalah orang yang ketika disebut namamu dan dia tidak bershalawat untukmu, maka ku jawab: amin. Ketika ku menaiki tangga ketiga Jibril berkata: celakalah bagi siapa yang mengetahui kedua orang tuanya ataupun salah satu dari mereka tidak masuk Surga, maka ku jawab: amin." (HR. Sunan Ibnu Khuzaimah dan Ibn Habban dan al-Hakim)
Rasulullah S.A.W suri teladan yang terbaik buat sepanjang zaman.
Hadirmu membawa rahmat ke sekelian alam
Sesungguhnya kami mendambakan syafaatMu ya Rasul tercinta.

Address

4028, Taman Rakyat, Jalan Sultanah
Alor Setar
05350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad:

Share