22/11/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Koperasi Pemilik Livina Kedah Berhad ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota koperasi yang hadir menjayakan Mesyuarat Agung pada hari ini, 22 November 2025 (Sabtu). Kehadiran sahabat2 semua menunjukkan komitmen, keprihatinan serta rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap pembangunan dan masa depan koperasi kita.
Tanpa sokongan dan penyertaan aktif daripada para anggota, koperasi tidak akan dapat bergerak jauh atau mencapai matlamat yang kita impikan bersama. Semoga semangat kebersamaan pada hari ini terus mengukuhkan perpaduan dan memacu kecemerlangan koperasi kita.
Sekali lagi, terima kasih atas kehadiran dan sokongan berterusan.
Semoga segala keputusan yang dibuat hari ini membawa manfaat kepada semua anggota.
Ikhlas daripada barisan Anggota Lembaga.