Majlis Belia Daerah Kota Setar

Majlis Belia Daerah Kota Setar Majlis Belia Daerah Kota Setar

Program Tautan Kasih Ramadhan 1447H / 2026 🌙✨  Alhamdulillah, Program Tautan Kasih Ramadhan 1447H/2026 telah berjaya dil...
14/03/2026

Program Tautan Kasih Ramadhan 1447H / 2026 🌙✨

Alhamdulillah, Program Tautan Kasih Ramadhan 1447H/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan hasil kerjasama erat antara Majlis Belia Daerah Kota Setar dan Majlis Belia Negeri Kedah, serta sokongan dan tajaan daripada Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Kedah.

Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam bertempat di Perkarangan dan Dewan Teratai, Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah, yang menghimpunkan belia dan gabungan Majlis Belia dalam Negeri Kedah dalam suasana ukhuwah sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Antara pengisian program yang telah dilaksanakan termasuk:
• Aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong
• Sesi perkenalan bersama Majlis Belia Daerah Kota Setar
• Sesi suai kenal bersama Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah, Puan Azura binti Sarbin serta Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Saudara Amir Murshidi bin Dato’ Haji Samsudin
• Program edaran bubur lambuk kepada orang ramai di luar pekarangan Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah
• Program sebelum berbuka puasa yang dihiasi dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Abd Rahman, Yang Dipertua ABIM Negeri Kedah

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga jalinan kerjasama strategik antara organisasi belia dan agensi kerajaan ini akan terus diperkukuhkan demi memperkasa peranan belia dalam masyarakat. 🤝





01/03/2026

SELAMAT DATANG PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH⚡️

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YBrs. Puan Azura binti Haji Sarbin ke negeri Kedah bagi menyemarakkan lagi semangat belia dalam memperkukuhkan pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yakin dengan pengalaman, kepakaran dan komitmen yang ada, jabatan ini akan terus berkembang maju dan mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang.

Selamat menjalankan tugas!

Happy Chinese New Year Gong Ci Fa Cai
17/02/2026

Happy Chinese New Year

Gong Ci Fa Cai

03/12/2025

DOA UNTUK SUMATERA 🇮🇩🇲🇾

Belia Malaysia turut berdukacita dan bersimpati mendalam atas musibah yang menimpa saudara-saudara kita di Aceh, Sumatera Utara & Barat.

Semoga mangsa-mangsa diberikan kekuatan dan segala urusan pemulihan dipermudahkan.





20/09/2025

MBM gesa tangguh had umur belia 30 tahun dan cadang ruang baharu untuk kumpulan pasca belia agar terus menyumbang dalam pembangunan generasi muda.

06/08/2025
30/07/2025

📣 Isu Had Umur Belia

Pendirian Page Rasmi - Majlis Belia Sabah

🎙️ Abqaree Fawwaz Abekan
Presiden Majlis Belia Sabah

23/07/2025

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) menafikan dakwaan bahawa pihaknya membuat ‘pusingan U’ dalam pendirian berhubung isu pelaksanaan had umur belia 30 tahun mulai 1 Januari 2026.

23/07/2025

🇲🇾 DIRGAHAYU MBM KE-77! 🎉✨

Hari ini merupakan ulang tahun ke-77 Majlis Belia Malaysia (MBM) - badan induk pergerakan belia tanah air yang sentiasa konsisten mengangkat suara, potensi dan kepimpinan anak muda! 💪🏼🔥

Sejak 1948, MBM telah menjadi nadi penggerak perubahan belia di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pemimpin, aktivis dan penggerak belia terdahulu yang telah meletakkan asas yang kukuh dalam membentuk hala tuju kepimpinan belia negara. Tanpa usaha, keringat dan pengorbanan kalian, tidak mungkin MBM berdiri teguh sehingga ke hari ini. ❤️

💥 77 tahun perjuangan 🌱 77 tahun kepimpinan belia 🌟 77 tahun membina masa depan negara.





22/07/2025

KENYATAAN MEDIA

ISU HAD UMUR BELIA: MBM PERJELAS PENDIRIAN PASCA JAWAPAN LISAN YB MENTERI DI PARLIMEN

Majlis Belia Malaysia (MBM) menekuni penuh Sidang Parlimen bertarikh 22 Julai 2025, khususnya jawapan YB Menteri Belia dan Sukan terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh YB Ahli Parlimen Kuching berkenaan pelaksanaan had umur belia 30 tahun pada 1 Januari 2026.

MBM berpandangan bahawa kenyataan YB Menteri yang mendakwa MBM telah melakukan “pusingan-U” dalam pendirian berhubung isu ini adalah tidak tepat, serta tidak mencerminkan realiti sebenar yang sedang dihadapi ribuan pertubuhan belia di seluruh negara.

Sejak awal, MBM telah berpendirian yang sebarang usaha penstrukturan semula landskap kepimpinan belia berlandaskan Akta 668 perlulah dilaksanakan secara berfasa, berstrategi serta dengan bantuan dana khusus dengan mengambil kira impak langsung terhadap struktur kepimpinan akar umbi serta kesinambungan program sedia ada.

Sebagai rekod, dana transisi RM1.5 juta yang dinyatakan semasa jawapan lisan YB Menteri di Parlimen adalah tidak tepat. Tiada peruntukan khusus bagi program transisi kepimpinan belia daripada Kementerian Belia & Sukan (KBS) kepada MBM & Badan Gabungan. MBM hanya menerima dana pentadbiran serta peruntukan rakan muda yang khusus untuk pelaksanaan program di bawah 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Kenyataan YB Menteri Belia & Sukan ini boleh dianggap mengelirukan Dewan.

Sehingga kini, MBM hanya menggunakan peruntukan khas YAB Perdana Menteri sebanyak RM1.5 Juta daripada RM3 Juta yang diumumkan bagi pelaksanaan program transisi kepimpinan belia di seluruh negara.

MBM juga ingin menggariskan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Transisi Umur Belia MBM–KBS yang sepatutnya menjadi platform utama rundingan dasar dan pemantauan pelaksanaan had umur belia, hanya dilakukan pada 20 Februari 2023 (Kali Pertama) & 20 September 2024 (Kali ke-2). Kemudian, tiada lagi kesinambungan perbincangan rasmi dilakukan pasca dua mesyuarat ini.

Permintaan MBM agar pelaksanaan penuh had umur belia pada 1 Januari 2026 diteliti semula bukanlah untuk menolak dasar tersebut, tetapi demi memastikan kestabilan organisasi belia serta kelangsungan program yang sedang berjalan. Tanpa mekanisme transisi yang tersusun dan tuntas, terdapat risiko besar terhadap kesinambungan kepimpinan, pengurusan dana, serta keupayaan pertubuhan belia untuk melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa.

MOHD IZZAT AFIFI HJ. ABDUL HAMID
Presiden
Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 22 Julai 2025

Address

Kompleks Sultan Abdul Hamid
Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Daerah Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Belia Daerah Kota Setar:

Share