09/06/2026
Dari 200 Biji kepada 1,600 Biji Sehari!
Alhamdulillah, satu lagi kisah kejayaan usahawan mikro yang membanggakan berjaya direalisasikan.
En. Fadli, usahawan Nasi Lemak Daun Pisang dan Kuih Limas dari PPR Sri Kedah, Gombak telah berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran Kuih Limas daripada hanya 5 tray (200 biji) kepada 40 tray (1,600 biji).
Peningkatan yang signifikan ini berjaya dicapai hasil usaha gigih beliau serta sokongan yang diberikan melalui Program Pembangunan Usahawan Yayasan Jariah Aafiyat (YJA), termasuk penyediaan mesin Auto Pot Stirrer 80L, peralatan dapur dan bantuan modal bahan mentah.
Lebih membanggakan, peningkatan ini bukan sahaja dari segi kuantiti pengeluaran, malah turut melibatkan penambahbaikan kualiti produk, kebersihan penyediaan makanan serta pembungkusan yang lebih profesional bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
π Peningkatan Kapasiti:
β
Sebelum: 5 tray (200 biji)
β
Selepas: 40 tray (1,600 biji)
Kejayaan ini membuktikan bahawa apabila usahawan diberikan peluang, bimbingan dan sokongan yang tepat, mereka mampu mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan keluarga dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti.
Tahniah kepada En. Fadli atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus maju, berkembang dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan mikro di seluruh negara.
π Untuk tempahan Kuih Limas atau Nasi Lemak Pandan, boleh hubungi En. Fadli di talian 011-5138 4090.
π Lokasi: 27-00-08 Flat DBKL Sri Kedah, Jalan Madrasah, Gombak Setia, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
https://maps.app.goo.gl/AQc9HFfbzFA3mwBFA