Tengku Mahmud Cluster School (TMCS)

Tengku Mahmud Cluster School (TMCS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud atau nama ringkasnya SMKTM terletak di daerah Besut, Terengganu. Ia terletak di atas tapak seluas 40.25 ekar. A.

SMKTM berada di tengah-tengah perjalanan iaitu 8 km dari bandar Jerteh dan 10 km dari pekan Kuala Besut . SMKTM berada di tepi jalan besar berhadapan masjid kampung Alor Lintang. Di utara SMKTM, Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Mahmud, di selatan Sekolah Nasiruddin Shah dan di timur, Sekolah Menengah Tengku Mahmud II. Latar Belakang SMKTM

Sekolah Menengah Tengku Mahmud atau ringkasnya SMTM telah

diasaskan dalam tahun 1954. Ia adalah hasil daripada desakan penduduk-penduduk Besut yang inginkan pendidikan Inggeris bagi anak-anak mereka. Dalam tahun 1953, beberapa orang wakil penduduk daerah Besut telah menemui pegawai pentadbir Besut, Encik Abdul Rahman bin Mat bagi membincangkan hasrat mereka untuk membina sebuah sekolah Inggeris. Satu kempen memungut derma untuk pembinaan sekolah dilancarkan. Salah seorang daripada wakil, Allahyarham Dato' Bentara Luar, Encik Ismail bin Yusof (JP) berjaya mendapatkan sebidang tanah di kampung Alor Lintang. Encik Abdul Rahman p**a berusaha untuk mendapatkan kebenaran dan peruntukan dari pihak atasan. Segala usaha membuahkan hasil dan pada 9 Januari 1954 terasaslah Sekolah Menengah Tengku Mahmud. Seramai 40 orang murid dipilih untuk memasuki darjah satu. Cik Fatimah Ahmad, seorang guru lepasan Maktab Perguruan Kirby, England dilantik menjadi guru besar pertama. Beliau dibantu oleh seorang guru penolong, Cik Faridah Akmal bt. Abdul Rani dan seorang tukang kebun. Pada mulanya murid-murid SMTM menumpang di Sekolah Pertukangan Besut dan hanya dalam bulan Ogos 1955 barulah siap sebuah bangunan kayu yang mengandungi tiga buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat kecil. Pada 14 Ogos 1954, upacara pembukaan rasmi Sekolah Menengah Tengku Mahmud dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sultan diiringi oleh Yang Dipertuan Muda, Tengku Mahmud. Turut hadir dalam perasmian tersebut ialah Tuan Pegawai Pelajaran Negeri Terengganu, Mr. Halliday, Pegawai Daerah Besut, M.I.M. Edye, pembesar-pembesar negeri dan juga ibu bapa. Bersempena upacara ini, nama sekolah telah diubah dari 'Besut Government English School kepada Sekolah Menengah Tengku Mahmud sempena nama peribadi Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda ketika itu. Kelahiran Sekolah Menengah Tengku Mahmud bukan sahaja merupakan sekolah Inggeris pertama tetapi juga sebagai anak tangga pertama ke arah pendidikan peringkat menengah di daerah Besut. Last Updated ( Sunday, 15 November 2009 05:16 )
Muat Turun

* Teknik Menjawab Paper 3 Chemistry SPM (340)
* Perancangan PuAS 2011 (14)

Address

22200 Besut
Alor Lintang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tengku Mahmud Cluster School (TMCS) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share