NADI Kg Seri Pengkalan

NADI Kg Seri Pengkalan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI Kg Seri Pengkalan, Community Organization, Balai Belia Pengkalan, Seri Pengkalan, Alor Gajeh.
(1)

Sebuah inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat dan dilaksanakan oleh Syarikat Telekomunikasi Telekom Berhad (TM)

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGRO PELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!Detik yang dinanti-nantikan akhirn...
08/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGRO PELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba!

MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.
πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™ 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:





08/08/2026

πŸ”₯ TOK RAUF TURUN DUN REMBIA! πŸ”₯

Ahad, 9 Ogos 2026, jom kita meriahkan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat – MeSRA bersama Tok Rauf! β€οΈπŸ’™

πŸ“’ PERHATIAN PESERTA KONVOI
🏍️ Semua peserta konvoi diminta hadir pada jam 1.30 petang untuk taklimat dan persiapan konvoi sebelum bergerak.

πŸ“ LOKASI & MASA:
πŸ• 2.30 petang – Jalan Keretapi Lama, Kampung Pengkalan
πŸ• 2.45 petang – Taman Seri Pengkalan
πŸ•’ 3.05 petang – Kampung Kelemak
πŸ•ž 3.30 petang – Kampung Bukit Hantu, Rembia
πŸ•ž 3.50 petang – Kompleks JAPERUN Rembia, Sungai Petai

Turun padang, santuni rakyat, dengar suara Rembia!

Melaka Sayang Rakyat ❀️

Ab Rauf Yusoh

πŸ“’ PERSIAPAN PERTANDINGAN JAZRO CUP 2026 (TINY TECHIES)NADI Kampung Seri Pengkalan telah mengadakan sesi persediaan bersa...
05/08/2026

πŸ“’ PERSIAPAN PERTANDINGAN JAZRO CUP 2026 (TINY TECHIES)

NADI Kampung Seri Pengkalan telah mengadakan sesi persediaan bersama peserta Pertandingan JAZRO CUP 2026 (Tiny Techies) bagi Peringkat Zon Selatan pada 9 Julai 2026 dan 16 Julai 2026, sebelum tarikh akhir penghantaran penyertaan pada 30 Julai 2026.

Terima kasih kepada pihak sekolah, para guru dan pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 serta Sekolah Kebangsaan Sungai Petai atas penyertaan dan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.

Semoga segala usaha dan persediaan ini membuahkan hasil yang cemerlang. πŸ€–βœ¨




27/07/2026

PHONE DAH CANGGIH TU… KALAU KORANG ADA ILMU NI MESTI CONTENT KORANG LAGI GEMPAK.πŸ“±

So apa lagi geng.. meh upgrade skill dengan Program Perkhidmatan Pintar NADI. Ada banyak lagi kelas yang menarik ni:

πŸ“Έ Asas mobilegrafi
πŸ€– Prompt Engineer
🎨 Picsart & kandungan digital
🧡 Jahitan kreatif + baiki gajet
πŸ₯€ Jus buah & milk tea
πŸ” Fahami cara data korang dikumpul di TikTok, Instagram & Threads

πŸ’¬ Korang nak belajar yang mana dulu β€” Foto / AI / Design / Jahit / Gajet?

Jom follow semua media sosial Perkhidmatan Pintar NADI. Scan je QR pada poster untuk maklumat lanjut.

24/07/2026
21/07/2026

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini tular apabila maklumat berkaitan bil telefon milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, didedahkan di media sosial.

Beliau menyifatkan situasi itu sebagai β€œcreepy”.

Isunya bukan jumlah bil.

Isunya ialah bagaimana orang lain boleh mengakses maklumat akaun peribadi seseorang, kemudian menyebarkannya kepada umum.

Tahukah anda, Malaysia mempunyai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau Akta 709?

Akta ini mengawal cara organisasi mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi dalam urusan komersial.

Antara tindakan yang boleh menimbulkan pelanggaran ialah:

β€’ Mengakses akaun pelanggan tanpa tujuan kerja yang sah
β€’ Mengambil tangkap layar sistem dalaman
β€’ Mendedahkan bil, nombor telefon atau alamat pelanggan
β€’ Menjual atau berkongsi senarai pelanggan
β€’ Menggunakan data pelanggan untuk memalukan atau menghasilkan content
β€’ Gagal melindungi data sehingga berlaku kebocoran

Bukan semua hantaran individu di media sosial secara automatik menjadi kesalahan di bawah Akta 709. Namun, jika maklumat diperoleh melalui akses kerja atau sistem organisasi, kemudian disebarkan tanpa kebenaran, ia merupakan perkara yang serius.

Boleh akses tidak bermaksud boleh lihat sesuka hati. Boleh lihat tidak bermaksud boleh sebarkan.

Data peribadi bukan bahan gosip dan bukan bahan untuk diviralkan.

πŸ“Έ SEKITAR PROGRAM | SEMBANG SANTAI BERSAMA YAYASAN BELIA MADANI MALAYSIAπŸ“… Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)πŸ•‘ Masa: 2.00 Petang...
15/07/2026

πŸ“Έ SEKITAR PROGRAM | SEMBANG SANTAI BERSAMA YAYASAN BELIA MADANI MALAYSIA

πŸ“… Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•‘ Masa: 2.00 Petang – 5.30 Petang
πŸ“ Lokasi: NADI Kampung Seri Pengkalan

Alhamdulillah, Program Sembang Santai Bersama Yayasan Belia MADANI Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di NADI Kampung Seri Pengkalan.

Program ini diadakan sebagai platform untuk membincangkan perancangan pelbagai program yang akan dilaksanakan di NADI sepanjang tahun. Selain itu, sesi ini turut memberi penekanan kepada usaha memperhebat hebahan kepada komuniti setempat agar lebih ramai masyarakat mengetahui serta menyertai program-program yang bakal dianjurkan.

Pelbagai cadangan dan idea turut dikongsikan bagi merancang aktiviti-aktiviti akan datang yang mampu memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam memperkasakan penglibatan belia serta mengeratkan hubungan antara NADI dan masyarakat setempat.

Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Belia MADANI Malaysia serta semua pihak yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung. Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat komuniti.

"Bersama Memperkasa Komuniti, Mencipta Masa Depan yang Lebih Gemilang."

11/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah!

Warga Pusat Sebaran Maklumat Nasional ( NADI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi atas penganugerahan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (D.P.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.


Address

Balai Belia Pengkalan, Seri Pengkalan
Alor Gajeh
78000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Seri Pengkalan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share