Anak Muda AG

Directions

Anak Muda AG PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

30/09/2026

Perjuangan ini bukan mudah, dan perjuangan ini bukan murah.

Menuntut Kesetiaan,
Menuntut Keikhlasan,
Menuntut Kebertanggungjawaban.

MENUNTUT SETIA DAN KAWAN ๐Ÿ’™๐Ÿ’™

Ab Rauf Yusoh
Fairul Nizam Roslan Along
Amirul Basiron



#๐๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIโ€™UNPemuda UMNO Bahagian Alor Gajah merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Moh...
28/09/2026

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIโ€™UN

Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Daripada:

Amirul Basiron,
Ketua Pemuda
Serta barisan jawatankuasa
Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah

Fairul Nizam Roslan Along
Ab Rauf Yusoh

JUMAAT | 25 SEPTEMBER 2026MEMPERKEMAS JENTERA PEMUDAMalam tadi berlangsung sesi penyelarasan bersama Sahabat Pemuda Alor...
26/09/2026

JUMAAT | 25 SEPTEMBER 2026

MEMPERKEMAS JENTERA PEMUDA

Malam tadi berlangsung sesi penyelarasan bersama Sahabat Pemuda Alor Gajah dan Masjid Tanah bagi memperkemas perancangan serta gerak kerja jentera Pemuda menjelang PRN Melaka.

Turut hadir KPN Datuk Haji Abdul Hakim Abdul Wahid dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, Sdr. Amirul Basiron.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk menyelaras gerak kerja, memperkukuh kerjasama antara pasukan serta memastikan perancangan di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.

Penyelarasan yang kukuh, kerjasama yang erat, gerak kerja yang tersusun.

Fairul Nizam Roslan Along
Ab Rauf Yusoh



Khoo Poay Tiong (้‚ฑๅŸนๆ ‹) apa cerita ni Yb?
25/09/2026

Khoo Poay Tiong (้‚ฑๅŸนๆ ‹) apa cerita ni Yb?

๐ŸŽ‰ SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ๐ŸŽ‰YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf YusohKetua Menteri MelakaSetinggi-tinggi ucapan selamat ul...
20/09/2026

๐ŸŽ‰ SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ๐ŸŽ‰
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
Ketua Menteri Melaka

Setinggi-tinggi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh

Semoga YAB sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah memimpin dan membangunkan Negeri Melaka.

Semoga Melaka terus maju, rakyat terus sejahtera dan segala usaha membawa negeri tercinta ini ke arah masa depan yang lebih gemilang terus dipermudahkan.

Selamat Hari Lahir, YAB!

Ikhlas daripada,
Amirul Basiron
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah

Amirul BasironFairul Nizam Roslan Along

20/09/2026
MESYUARAT & PERJUMPAAN PEMUDA BN DUN DURIAN TUNGGALAlhamdulillah, Pemuda BN DUN Durian Tunggal telah mengadakan mesyuara...
08/09/2026

MESYUARAT & PERJUMPAAN PEMUDA BN DUN DURIAN TUNGGAL

Alhamdulillah, Pemuda BN DUN Durian Tunggal telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perancangan serta gerak kerja Pemuda BN di peringkat DUN, khususnya dalam memperkukuhkan jentera dan memperkemaskan gerak kerja di setiap PDM.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr. Amirul Basiron, Pengerusi Pemuda BN Parlimen Alor Gajah, yang turut menyempurnakan perlantikan Ketua Pemuda PDM bagi:

๐Ÿ”น PDM Parit Melana
๐Ÿ”น PDM Pantai Belimbing
๐Ÿ”น PDM Bukit Tambun
๐Ÿ”น PDM Pekan Durian Tunggal
๐Ÿ”น PDM Gangsa

Turut hadir Sdr. Zulaqmar, Pengurus Pemuda BN N09 Durian Tunggal, Sdr Koh Qi Min, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Parlimen Alor Gajah, Sdr. Fahmi Barakbah Mohamed Salleh, Ketua Penerangan Pemuda BN Parlimen Alor Gajah serta wakil Pemuda MIC Alor Gajah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ketua Pemuda PDM yang telah menerima amanah dan tanggungjawab baharu ini.

Pengerusi turut memberikan peringatan agar amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, memperkukuhkan jentera di akar umbi serta memastikan Pemuda BN terus dekat dengan masyarakat dan sentiasa bersedia untuk turun padang.

Kita susun gerak kerja. Kita perkukuh jentera. Kita turun padang.

Amirul Basiron
Fairul Nizam Roslan Along
Ab Rauf Yusoh
Abdul Hakim Abdul Wahid




KONVOI ANAK MUDA MELAKA Alhamdulillah, sambutan anak muda Melaka memang luar biasa! ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พDeruman enjin, lautan anak muda ...
07/09/2026

KONVOI ANAK MUDA MELAKA

Alhamdulillah, sambutan anak muda Melaka memang luar biasa! ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Deruman enjin, lautan anak muda dan semangat yang memenuhi jalan raya membuktikan bahawa anak muda Melaka bukan sekadar melihat perubahan โ€” kita adalah sebahagian daripada perubahan itu.

Terima kasih kepada semua yang turun bersama dalam Konvoi Anak Muda Melaka. Kehadiran dan semangat anda semua benar-benar memeriahkan program hari ini. ๐Ÿ™Œ



MESYUARAT & PERJUMPAAN PEMUDA BN DUN MACHAP JAYAAlhamdulillah, Pemuda BN DUN Machap Jaya telah mengadakan mesyuarat bagi...
05/09/2026

MESYUARAT & PERJUMPAAN PEMUDA BN DUN MACHAP JAYA

Alhamdulillah, Pemuda BN DUN Machap Jaya telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perancangan serta gerak kerja Pemuda BN di peringkat DUN, khususnya dalam memperkukuhkan jentera dan memperkemaskan gerak kerja di setiap PDM.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr. Amirul Basiron, Pengerusi Pemuda BN Parlimen Alor Gajah, yang turut menyempurnakan perlantikan Ketua Pemuda PDM bagi:

๐Ÿ”น PDM Tebong Station
๐Ÿ”น PDM Ayer Pasir
๐Ÿ”น PDM Machap Baru
๐Ÿ”น PDM Hutan Percha
๐Ÿ”น PDM Kemuning
๐Ÿ”น PDM Solok Menggong
๐Ÿ”น PDM Machap Umboo
๐Ÿ”น PDM Melaka Pinda

Turut hadir Sdr. Ghazali Baharuddin, Pengerusi Pemuda BN Dun Machap Jaya merangkap Setiausaha Pemuda BN Parlimen Alor Gajah, Sdr. Fahmi Barakbah Mohamed Salleh, Ketua Penerangan Pemuda BN Parlimen Alor Gajah, Sdr Haw & Edwin serta wakil Pemuda MIC Alor Gajah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ketua Pemuda PDM yang telah menerima amanah dan tanggungjawab baharu ini.

Pengerusi turut memberikan peringatan agar amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, memperkukuhkan jentera di akar umbi serta memastikan Pemuda BN terus dekat dengan masyarakat dan sentiasa bersedia untuk turun padang.

Kita susun gerak kerja. Kita perkukuh jentera. Kita turun padang.

Fairul Nizam Roslan Along
Ab Rauf Yusoh




Address

Alor Gajah
78000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Muda AG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share