28/05/2026
🐂🕌🐂🕌🐂🕌🐂🕌
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalammualaikum wbt.
Bertarikh - 27 & 28/ 05/ 2026
Hari - Rabu dan Khamis
Masa - Hari Pertama
👉Bermula jam 2.00 ptg
sehingga jam 6.00 ptg.
- Hari ke Dua
👉Bermula jam 9.00
pagi sehingga
jam 11.30 pagi .
PENGAGIHAN DAGING IBADAH KORBAN PADA HARI RAYA PERTAMA DAN HARI RAYA KEDUA SEMPENA AIDILADHA 1447H/2026M
ANJURAN:
SURAU AL-FALAH, RUMAH AWAM PULAU SEBANG 3
Makluman kepada semua yang dikasihi..
Ibadah Korban Anjuran Surau Al-Falah pada tahun ini adalah sebanyak 15 ekor lembu, 1 ekor kerbau, seekor lembu dari pihak pembekal dan 2 ekor kambing dari individu.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT. dengan izin-Nya, pihak Pengurusan Ibadah Korban 1447H/ 2026M ,telah membuat persiapan awal bersama pihak pembekal ( PAK TAM FARM ), untuk proses pemilihan ternakan, proses penyembelihan, melapah, pembungkusan dan pengagihan Daging Ibadah Korban.
CARA AGIHAN KEPADA ORANG AWAM:-
Keutamaan Agihan khas kepada penerima ASNAF dan penduduk- penduduk Di Taman-Taman yang disenaraikan di bawah, iaitu;-
👉 Taman Mahsuri
👉 Rumah Awam
Pulau Sebang 3
👉 Taman Pegoh Baru
👉 Tanah Lot
👉 Taman Malinja Wangi
( Anggaran penduduk adalah seramai 320 orang )
Pengagihan daging Ibadah Korban, dilaksanakan selama 2 hari berturutan.
Petugas dan Sukarelawan akan mengagihkan daging² Ibadah Korban kepada semua penduduk di Taman-Taman yang disenaraikan pada hari pertama, bermula jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang.
Agihan di teruskan pada hari kedua bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi , ke rumah penduduk yang tidak ada di rumah pada hari pertama, sekiranya keadaan masih sama, Pihak Urusetia memohon maaf, kerana tidak ada penyimpanan agihan daging Ibadah Korban kepada penduduk² yang tidak ada di rumah.
Pihak Urusetia amat berharap, semua penduduk ada pada hari Raya Pertama di kediaman masing- masing sewaktu agihan Daging Ibadah Korban dibuat.
SEKALI LAGI DI MAKLUMKAN, AGIHAN DAGING IBADAH KORBAN HANYA PADA HARI PERTAMA DAN HARI KEDUA SAHAJA MENGIKUT MASA YANG TELAH DITETAPKAN.
Penerima ASNAF telah diberi KUPON dan perlu datang sendiri ke Surau untuk mengambil bahagian ASNAF.
Untuk perhatian semua, tidak ada penyimpanan lebihan daging Ibadah Korban di Surau Al-Falah.
Lebihan daging² Ibadah Korban ini, akan diagihkan keluar, mengikut persetujuan daripada Jawatankuasa Program Ibadah Korban 2026.
Semoga Allah SWT. melimpahkan rezeki seluas-luas Arasy-Nya, mengurniakan kesabaran, ketakwaan, keimanan, keredhaan dan keberkatan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat kelak kepada Peserta Ibadah Korban 1447H Khasnya , seluruh Ahli Jawatan kuasa Surau Al-Falah, Sukarelawan dan Pak Tam Farm dalam usaha membuat kebaikan, amal jariah dan menunaikan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, telus dan sempurna.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib🤲😊
" SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN "...
Terima kasih.
Sekian.
🐂🕌🐂🕌🐂🕌🐂🕌